Topik aku hari ni cari kerja..Even aku da kerja permanent dan gaji pun ok..Tapi aku masih lagi nak cari kerja kt company yang stabil..Company aku sekarang pun stabil..Cuma aku suka lagi klu bekerja dengan company yang 50% pekerja dia adalah bumiputera..Company aku sekarang nie cuma 2% sahaja bumiputera dan yang selebihnya bangsa lain...tak fun kan..tak ada geng nak buat mesyuarat tingkap..kihkihkih..
Minggu lepas aku ada pergi interview kat satu company, aku harap sangat aku dapat kerja kt situ..lagi satu faktor aku cari kerja lain sebab company aku nak pindah Sungai Besi. Sekarang ofis aku kat Megan Avenue 2.. tu pun aku rasa jauh dari rumah..huhu..aku duduk kat Bukit Kerinchi..Klu org tengok tak adala jauh sangat tapi bagi orang yang memahami dorang akan kata jauh..Pengangkutan aku naik LRT Putra sahaja..Aku akan ride dari Stesyen University ke Stesyen KLCC dan kemudian berjalan ke Megan Avenue 2 untuk sampai ke ofis...Maknanya aku perlu lalui 9Stesyen dan berjalan dalam 10 minit untuk sampai ke ofis..Keseluruhan perjalanan ambik masa dalam 40minit..Klu aku berjalan laju dari rumah ke lrt stesyen dan dari lrt stesyen ke ofis..
Dari Stesyen Universiti ke Stesyen KLCC
Bulan depan ofis pindah Sungai Besi kat Foursquare. Perjalanan aku ke ofis akan mengambil masa yang lebih..Sebabnya..aku perlu transit dari LRT Putra ke LRT Star. Mari aku cite perjalanan aku..
Seperti biasa dari rumah ke stesyen Universiti 10 minit perjalanan. Memang apartment aku sebelah je lrt stesyen tu..Tapi block aku duk atas bukit, kira jauh sikit la nak kena jalan..Da sampai stesyen universiti aku naik train gerak sampai stesyen Masjid Jamek..Kira aku lalui 6 stesyen iaitu, Stesyen Kerinchi, Abdullah Hukum, Bangsar, KL Sentral, Pasar Seni dan Masjid Jamek. Da sampai Stesyen Masjid Jamek aku kena transit tukar LRT Star..Aku naik lrt ke Seri Petaling sampai Chan Sow Lin..aku lalui 4stesyen iaitu Stesyen Plaza Rakyat, Hang Tuah, Pudu, dan Chan Sow Lin. Da sampai aku kena tukar naik bas ke ofis yang terletak di Southgate Mall..mungkin dalam 10minit perjalanan naik bas sebab dorang cakap klu berjalan jauh..Huhhh...Lap peluhhhh...aku ok je sebenarnya ...Cuma jauh sikit...
Perjalanan aku start dari Masjid Jamek ke Chan Sow Lin naik lrt ke Sri Petaling/ Ampang
Kt ofis aku waktu bekerja adalah 10jam..10jam campur perjalanan kira dalam 12jam.. Bukan aku tak bersyukur dengan kerja sekarang..Alhamdulillah bersyukur sangat..Cuma klu aku boleh dapat kerja yang dekat dengan rumah lagi aku suka..Aku tetap bekerja dan dalam masa yang sama aku tetap mencari...tak salahkan..
Waktu operasi : -
8pagi-6petang
9pagi-7petang
10pagi-8malam
Gaji aku kat ofis gaji mati..maksudnya tak ada elaun ataupun bonus..klu aku kerja lebih masa bos hanya bagi duit makan sahaja..itupun kita yang kena mintak..klu diam sahaja memang tak dapat la..Klu boleh nak dapat company yang ada elaun dan bonus ataupun dipanggil KPI.. barula rasa dihargai sebagai pekerja..