Nuffnang Ads

Sunday 29 June 2014

First Ramadhan : Sahur

Ahad - 29 June 2014 - 6:27 am : 1 Ramadhan

Alhamdulillah..Masih diber kesempatan lagi..Alhamdulillah dengar bunyi jam pukul 5 pagi tadi..hehe..sebenarnya tak lena pun tidur..tadi sempat sahur..minum air nescafe buat malam td..makan nasi lauk telur goreng, hotdog rebus dan daging burger..kembung perut..bab tengok jam hampir habis waktu imsak..jap lagi nak kunci jam bangun pukul 4.45 pagi sok dan berikutnya..sempat la minum air masak senang lenang..tadi tak sempat nak minum air masak..dapat minum sikit jer..

Alhamdulillah juga diberi kekuatan lepas solat subuh mengaji Al-Quran 3muka surat..Sebenarnya tahun ni nak khatam Al-Quran dalam bulan puasa ni..Moga diberi kesempatan serta kekuatan..Aktiviti hari ni, klu en tunang ada masa nak buat kad jemputan untuk kenduri nanti..Semalam da pergi survey..Tengok kat Pertama Complex dekat Jalan TAR..

Rini nak pergi la buat..Owh aku lupa..Aku kene lukis Map lokasi kenduri kat kertas..Jap lagi aku buat..hihi..Kat situ aku ambek package paling murah..Biasa-biasa sahaja..Sebab kad kawin bagi akula, nanti lepas kenduri org buang jugak..Aku ambek package 1ribu keping : RM 300, dapat free 2 banner. Ni aku 500 keping, tunang aku 500 keping..sebenarnya kami nak buat lagi sikit..Almaklumla kenduri kecik..Aku dan en tunang masing-masing nak buat 300 keping sahaja..Tapi klu 300 keping harga dia agak mahal sikit..Jadi ambekla package seribu..gittew..Kami tak survey plak kat tempat lain..hmmm..jap lagi aku nak ajak dia pergi survey la..klu larat dan jadi keluar..Busy bebenor dia..susah sangat ajak jumpa..

huhu..aku check balik tak ada perenggan rupanya aku taip..haha..Aku persediaan untuk raya tak ada buat apa-apa lagi..Tunggu gaji baru boleh fikir..Jap aku nak buat perenggan la..

Ok..da buat perenggan..senang nak baca..Aku ni jenis klu baca apa-apa, klu yang ada perenggan tu rajin sikit baca..Klu panjang melebar je karangan dia, tanpa apa-apa perenggan aku jadi malas..Bab tengok pun adoiii panjang benor..padahal sama saja dengan karangan yang ada perenggan tu..Tapi mindset da kata gittew..susah nak tukar..hihi..korang plak macam mane? eh tetiba! haha..

ni ak amek kat google :

Selamat Beramal Semua..




Friday 27 June 2014

Sihir kaki

27.6.2013 : Jumaat : 9.05am : 29 Sya'ban

Kisah yang aku nak cerita ni tak ada la seram mne..
Tapi saja aku nak bercerita untuk ingatan aku..
Kisah ni berlaku 2, 3 tahun yang lepas..
Masa ni arwah abah aku ada lagi..
Dan dalam waktu yang sama arwah abah aku terkena sihir..

Kisah bermula bila abah aku asyik sakit-sakit ja, demam teruk
Bawa pergi jumpa doktor, doktor check memang tiada apa-apa penyakit.
Walaupun abah aku da tua tapi dia memang sihat dan alhamdulillah tiada penyakit..
Pada suatu malam tu, dalam pukul 3 pagi macam tu, abah aku sakit dan muntah-muntah..
Paling teruk abah aku muntah darah..
Mak aku risau dan kejutkan kakak aku mintak bawa pergi hospital..
Bawa la pergi hospital dekat unit kecemasan tu..
Tapi bila check doktor, doktor kata tiada apa-apa(butiran lanjut aku tak ingat)
Doktor bagi ubat dan mintak bawa balik..

Malam berikutnya jadi perkara yang sama..
Kali ni muntah darah yang lagi teruk..
Kami bawa abah pergi hospital dan mintak doktor check betul-betul..
Abah aku kene tahan hospital, untuk tindakan lanjut..
Masa ni nasib baik aku tengah cuti sem selama 2 bulan..
Jadi selama 1 bulan tu la aku tido hospital, teman abah aku..
Aku tido atas kerusi jer..
Tapi pernah la katil sebelah abah aku tu orang dia meninggal..
Jadi aku take over katil dia malam-malam..
Nurse pun ok sebab da kenal aku..

Aku ni sebenarnya sangat - sangat la pengecut..
Pengecut la, takut dengan seram-seram ni, keadaan hospital korang paham la kan..
Aku makan, minum, tido, solat sume kat hospital..
Ward yang abah aku duduk tu ward kelas ketiga hospital kerajaan..
Tapi fasiliti dan layanan alhamdulillah..memuaskan..
Tapi macam orang kata, bila kita betul-betul terpaksa berhadapan dengan situasi yang kita takut tu, automatik kita akan jadi berani..
Selama aku duk tinggal kat hospital ni Alhamdulillah memang tidak ada kene gangguan langsung..
Tertengok yang menakutkan pun tiada..

Selama dalam hospital tu sure la abah aku demam..
Tapi doktor check memang tiada apa-apa sakit pun..
Cuma dorang suspek mungkin hati bengkak..gittew jer..
Kaki abah aku kat tempat buku lali kaki tu da tenggelam dalam..
Ish aku tak reti nak cerita..
Jap aku cari gambar ye..

Ni gambar dari mr google:

















Korang nampak bahagian yang timbul tu..
Sume kaki kita adakan..
Kat situla bahagian kaki abah aku yang da tak timbul da..
Makin lama makin tenggelam..
Memang nampak la segala tulang kaki dan isi daging yang tinggal..
Hari-hari kene cuci, nurse korek -korek daging yang da tak melekat da tu..
Klu tengok memang ngeri..

Berbalik cerita hospital..jadi abah aku terpaksa duduk hospital selama sebulan..
Aku pun samala tido hospital gak..hehe..
Memang doktor check tiada apa-apa penyakit..
Jadi doktor benarkan abah aku balik..
Tapi tiap bulan kene datang hospital buat check up la dengan doktor..

Alternatif lain, kami bawa abah berubat kampung..
Berubat cara Islam yer..Bukan jumpa bomoh..
Mula-mula pergi, dia tak ada la nak syak apa-apa ke..
Dia just bagi air penawar ja dulu..
Kami pun tak cerita banyak..

Ok..masa guna air penawar tu memang nampak kaki abah aku mcm pulih sikit..
Tapi bila mungkin air dia da kering..Sakit tu datang balik..
Abah aku pun dekat time maghrib dengan dalam kul 3 pagi macam tu dia da start demam..
Tapi mai hari cerah dia sihat balik..
Bukanla sihat macam tak sakit lansung tu..
Tapi maksud sihat tu badan tak rasa lemah la..Boleh buat kerja sikit..
Ok air penawar da habis..Kaki abah aku jadi balik makin teruk..

Pla balik berubat kat tok tu..
Cerita la kat dia itu ini..
Jadi dia mintak izin nak tengok rumah..
Klu yang da biasa berubat traditional ni mesti taw cara dorang tengok rumah bukan pergi kat rumah tu..
Tapi dorang boleh tengok dari jauh..Cuma bagila details sikit rumah tu kat mane..
Mane taw salah bagi taw rumah orang lain pulak kan..hehe..

Ok dia da tengok rumah tu melalui gambaran yang kami bagi..
Sebenarnya kami satu family ni pun asyik duk gatal-gatal badan..
Kadang sampai bengkak badan..
Kami pun cerita sikit sebanyak pasal itu jugak..

Tok tu cakap, dia nampak banyak hantu berkeliaran kat rumah aku..
Aku lupa nama hantu tu apa..Ada 3 jenis..Tapi banyak la..
Yang aku ingat hantu raya..langsuir dan lagi satu memang aku lupa..
Aku kan pengecut..mane la nak dengar ini semua..

Dia tanya abah aku keje apa..
Abah aku cakap la abah aku berniaga gerai makan..
Kecik jer..
Dia cakap melaui gambaran yang dia nampak..
Ada orang hantar benda tu kat kami..Sebab cemburu tengok abah aku berniaga..

Untuk pengetahuan korang, sebelum pindah kat "Tanah Kebun" ni, abah aku da berniaga kat Bagan Serai da lebih 20tahun..Abah aku jual makanan..daging import..dan berniaga kat pasar ramadhan..
Kedai kami pun kat "Bazar Melayu Bahagia" dekat dengan kawasan sekolah dan pejabat kerajaan..
Memang orang Bagan Serai kenal abah aku dan kedai makan kami..
Kami pindah kat Tanah Kebun pun sebab Bazar Melayu tu da terlalu uzur..
Pengusaha nak robohkan bangunan tu dan bina bangunan rumah kedai baru..

Tanah kebun ni sebab abah aku dia ada buat part time dengan company broker tanah..
Dorang tengah buat pembangunan rumah kedai dan banglow..
Sebab abah aku da tak berniaga da bos abah aku suruh bukak kedai makan kat situ..
Sebab nya dulu kawasan situ agak terpencil..
Susah ataupun jauh nak cari kedai makan..
Dia buat macam tu supaya senang pekerja dia nak beli makanan..
Siang malam pun boleh cari makanan..
Itu sebab kami pindah buka kedai makan kat situ..

Alkisahnya lepas abah aku bukak kedai makan banyak orang datang beli makanan..
Kebanyakan yang beli tu adalah customer lama abah aku..
Macam dorang kan keje kat company mane-mane bawakla staff dorang ramai-ramai makan kat kedai makan abah aku..
Disebabkan gerai makan abah aku da makin banyak pelanggan..
Jadi seperti biasa la, bermulanya orang lain pun nak buka kedai makan jugak berhampiran kawasan pembangunan tu..
Abah aku ni jenis yang tak kisah..Dia langsung tak risau dan cakap rezeki kita dah ditentukan oleh Allah..tak payah risau..
Gerai makan abah aku agak laku la sebab customer lamakan..
Tapi gerai makan orang lain tu kurang laku..

Berbalik pada cerita tok tadi, orang tu hantar benda supaya kedai makan kami tak laku..
Tapi kuasa Allah kan, kedai makan kami masih lagi laku..
Benda apa tu aku kurang pasti la..(yang aku ingat dia ada tanam botol kt kawasan kedai ni abah aku)
Tapi nanti lain entry aku cerita perasaan aku tentang pengalaman ni..

Disebabkan gerai ni masih beroperasi..
Dia tak puas hati..
Aku tak tahu dari mane dia ambek gambar abah aku..
Tok tu kata dia ada gambar abah aku dan dia buat satu patung untuk sihir kan abah aku..
Supaya kami berhenti berniaga..
Jap aku google cari contoh..

Huhu..aku tak jadi nak letak patung tu kat sini..
Tiba2 seram sejuk plak..
Haha...aku tengah sorang ni kat ofis..
Yang lain da kuar rehat da..
Korang bayang kan jela..

K sambung balik..
Tiap malam benda yang dia hantar tu, akan hisap darah abah aku di tempat yang luka tu..
Haha..aku nak kuar la..takut..

Bersambung....










Wednesday 11 June 2014

Kisah Baju

11.6.2014 : 13 Syaaban 1435 Hijrah : Rabu : 2 : 30pm

Disuatu petang...

Perbualan antara aku (H) dengan tunang aku( F)..

Situasi 1 : F tunggu aku, nak kuar beli barang (F masih didalam kereta), aku tengah turun nak ke kereta F.

Situasi 2 : Perbualan dalam kereta.

F      : Wah, kamu nampak kurusla..(senyum-senyum kambing).

Aku  : Betul ke kurus??? ( dalam hati da senyum-senyum malu). Tapi orang lain sume kata makin gemuk!!

F      : Sape yang kata tu? (masih senyum kambing)

Aku  : Tiap kali balik kampung mesti mak tegur makin gemuk..Kamu perli kan???( dalam nada merajuk).

F      : Takla. Mak cakap macam tu untuk bulan lepas. Bulan ni tak balik kampung lagi kan? Nanti balik mak pun puji kurus.(nada memujuk tapi masih senyum kambing)..

Aku  : Heeee..betul ker? (Hati berbunga riang). Ala lupa nak bawa tali tape ( tali ukur badan tu). Hmmm..

F      : Nak buat apa dengan tali tape? ( Wajah hairan dan tak lekang senyum kambing).

Aku  : Saya nak beli baju kamu. Tak tahu saiz. Jadi nak la ukur bahu kamu. Saya tak suka kamu pakai baju besar-besar. (Ayat serius seperti biasa = perempuan skema).

F      : Ishhhh.. tak pe..kamu ukur dengan badan kamu..Kitakan sama saiz..( sambil gelakkan aku..)

Aku  : Hmmm tadi kata kurus!! Pastu sama saiz plak!!! Bencila!!

Akhirnya ketawa dia kuar jugak terbahak-bahak..Pengajaran.. Aku harus kurang kan makan..hehe..
Tak da kene mengenakan..hehe..aku saja nak buat cerita..sebab bagi aku ayat dia tu sedikit kejam bagi aku yg lemah lembut ini..hehe..Sekian dahulu siaran..







Tuesday 10 June 2014

Missing My Engagement Ring..

Selasa, 10.6.2014, 12 Syaaban 1435, 3ptg, Kt work station WNS

Hati menangisi..
Jauh dilubuk hati paling dalam..
Kerinduan yang amat sangat..
Pada pinjaman yang telah kembali kepada yang hak milik abadi..

Semua benda yang ada di alam ini adalah pinjaman..
Selagi masih ada harus disyukuri..
Biar buruk, biar hina..
Kerna kita tidak tahu berapa lama ia akan dengan kita..
Semuanya hanya pinjaman..
Bila tiba masa, Sang Pemilik akan mengambilnya kembali..

Sumenya hanya pinjaman..
Cincin itu aku tak hargai..
Aku pandangnya sepi beserta rungutan..
Acapkali aku menolaknya..
Membiarkan dia sendiri sepi tanpa di sayangi..

Sumenya hanya pinjaman..
Sang Pemilik telah mengambilnya kembali..
Aku???
Sedih! Bersalah! Terkilan!
Jauh di lubuk hati aku sayang ia..
Tapi apakan daya..
Ia da pergi dan aku masih mengharap ia kembali..
Moga ada keajaiban yang berlaku..

Sumenya hanya pinjaman..
Aku belajar dari kesilapan..
Walau buruk, hina, dan tak berharga..
Tetap aku hargai dan syukuri nikmatNya..

Moga awak kembali ye..

Dalam kenangan..
Sabtu 8 Mac 2014( 6 Jamadil Awwal 1435 ) - Rabu 4 June 2014( 6 Syaaban 1435)

Sayang minta maaf..Dan sangat merindui awak..

Kenangan dengan cincin tunang.. Love u..

Awak jaga diri ye..Moga kita akan bertemu kembali..



Friday 6 June 2014

Kehilangan..

Jumaat, 6/6/2014, 2:11pm, 8 Sya'ban..

Assalamualaikum wahai pemerhati diri..

Hari ni aku masih bersedih..
Aku hilang cincin tunang aku..
Aku cuba bertenang..
Aku cuba berzikir..
Ye aku nampak tenang..
Tapi aku masih sedih..
Hari da masuk hari ke 2 stgh cincin tunang aku hilang..
Cincin tu hilang masa hari rabu..
Tak silap aku lepas aku makan Subway lunch dkt ofis aku hari tu..
Sume salah aku..
Aku tak alert dengan persekitaran aku..
Aku dengar ada benda jatuh..
Bunyi macam syiling..
Sebab aku pikir aku tak ada duit syiling..
Jadi aku tak ada hati untuk melihat benda apa yang berbunyi tu..
Aku sedap makan jer..
Balik ofis, relax-relax lagi..
Bila petang tengah aku menaip tiba aku perasan jari aku kosong..
Cincin dah tak ada..
Aku cari kat meja kerja aku..
Aku tengok tak ada..
Aku teringat bunyi masa aku makan kat Subway ritu..
Aku pun terus turun pergi Subway tu balik..
Aku check cari kat tempat aku makan tadi, aku tanya pekerja kat situ..dorang kata tak ada..
Dorang kata lepas aku makan, ada group banyak duduk kat tempat aku duduk tu..
Memang cari memang tak jumpa..
Aku sedih suma sebab kelalaian aku..
Aku tak berani cite kat sape-sape
Sebab aku takut aku kene marah..
Aku sayang cincin tu..
Aku tak sempat nak tangkap gambar cincin tu..
Sekarang aku tengah berdoa berzikir, moga kalau ada rezeki aku dipertemukan dengan cincin tu balik..
Korang doakan aku ye..

YaAllah, kau bantu la hamba Mu yang lemah ini, aku merayu dan meminta bantuan daripada Mu, bantula aku, berilah aku pertunjuk Mu, dimana cincin tunang ku berada, bantula aku untuk menemuinya kembali..Hanya pada Mu tempat aku bergantung hidup. Amin Ya Rabbal Alamin...