Nuffnang Ads

Wednesday 26 November 2014

Majlis Muaz Setiawangsa

26 November 2014 8.54am Rabu 3 Safar 1436 Hijrah

Nak cerita tentang Majlis Maulid yang diadakan setiap jumaat malam sabtu di Masjid Muaz Setiawangsa..
Majlis Maulid ni bermula selepas solat fardhu Isyak sehingga la pukul 11 malam..
Ramai sangat orang sekitar Kuala Lumpur yang hadir..
Aku pun baru 2 kali hadir..Ikut suami sebab dia tiap minggu wajib dating, jarang tertinggal..
Melalui pemerhatian aku majlis ni bermula dengan bacaan qasidah sehingga pukul 10 malam..
Dan akan di sambung dengan ceramah agama sehingga pukul 11 malam..
Bukan tiap-tiap masa ada qasidah dan ceramah ni..
Di masa lain, mereka pun ada buat bacaan dalam kitab dan penghuraian kitab..

Bawah ni pengalaman aku masa pergi kuliah di Masjid Muaz 21 November 2014 hr tu :-

Ni pengalaman kedua aku.. Pengalaman pertama aku, 8 November haritu..aku pergi cari tempat duduk dekat tepi-tepi pagar..Senang aku nak sandar..Yang aku ingat aktiviti dia bacaan qasidah dan ceramah..Tentang apa aku mmg tak ingat..sebab aku pun blur tambah mengantuk..hehe..Tapi pengalaman kedua aku ada rekod sikit..

Kami tiba agak lewat dalam pukul 9.55 malam..Naik kancil kereta kesayangan aku..Pergi berdua sahaja..Sebab apa datang lewat ? jap aku nak recall..huhu aku memang tak ingat..yang aku ingat memang keluar lewat sikit..lepas tu cari klinik dulu..owh aku rasa aku ingat..masa suami aku amek aku balik kerja dia amek aku naik kereta kancil..sebenarnya kereta kancil ni kat bengkel..dia cakap dia test bawak dulu nak tengok bengkel tu repair ok ke tidak..lepas tu pergi balik kedai bengkel tu baru dia nak bayar upah repair..gittew..lepas tu dalam perjalanan balik ingat nak singgah klinik..sebab aku tak berapa sihat..tapi tak jadi terus balik rumah..Sampai rumah..makan..solat maghrib dengan isyak sekali dan terus bersiap..Dalam perjalanan nak ke Masjid cari lagi klinik tapi aku plak malas nak jumpa doctor..itula kisah kenapa lambat..eh..melalut plak aku..

Ni sikit ringkasan yang boleh aku bagi tentang ceramah hari tu..
Penceramah : - maaf aku tak ingat nama..tapi dia memang terkenal..
Title : - Harta anak yatim

Ringkasan ceramah : -

1. Contohlah kalu sesiapa meninggal dunia..Dia tak boleh sedekahkan semua harta dia, jika dia masih mempunyai waris dan tidak mendapat keizinan waris..walaupun dia sedekahkan semua harta dia, tapi hanya 1/3 dari harta dia sahaja yang dikira sedekah..lagi 2/3 tidak dikira ( jika waris tidak membenarkan)..kira dia hanya dapat pahala 1/3 harta sedekah sahaja..

2. Jika ada banyak masa lapang bacalah kitab, kerana kitab sentiasa mengingatkan kita pada kematian dan mengurangkan angan-angan kosong kita..

3. Jika berada di waktu pagi janganlah kamu menunggu sehingga petang, dan jika berada di waktu petang , janganla kamu menunggu sehingga pagi, gunakanlah masa dengan sebaiknya..

4. Didunia ni hanya seperti RnR, hanyala sebuah tempat persinggahan..

5. Gunakanlah masa sihat dengan sebaiknya sebelum datangnya masa sakit..

6. Ketika tidur anggapla ini tidur yang terakhir..Banyakkan zikir sebelum tidur..

7. Jika berhutang harusla menulis wasiat agar waris mengetahui kewujudan hutang si mati tersebut , dan letaklah wasiat tersebut di tempat yang mudah di jangkau atau di jumpai..

ok itu sahaja yang sempat aku tulis..harap korang paham..



Tuesday 25 November 2014

da lama tak update

25 Nov 2014 8.28am Selasa 2 safar

Assalamualaikum..
Lama benar aku tak update blog..
Banyak hal yang berlaku dalam 2 3 bulan ni..
Setiap hari semakin sibuk..
Sekarang aku tinggal dengan keluarga mertua..
Jadi waktu lapang aku semakin terbatas..
Ni tengah taip blog sambil makan nasi..
Bekal suami aku buat..
Setiap hari..
Mak mertua aku yang masak..hehe..


Nasi kosong + masak lomak daging salai + Sayur kobis goring

Mak mertua aku rajin masak..
Setiap hari lauk yang berbeza..
Tapi boleh kata setiap minggu dalam 2 3 hari mesti ada masak lomak daging salai ni..
Al maklumla orang nogori..
Tu kan makanan rasmi mereka..
Sodap..

Rumah mertua aku dekat sentul jer..
Hari-hari hubby aku antar aku ke stesyen LRT Sentul Timur naik moto..
Pastu dia plak pusing balik rumah tukar kereta..
Dia kerja di Rawang..
Balik kerja dia amek aku dekat stesyen LRT Sentul Timur jugak..
Sampai rumah da pukul 7 lebih..
Makan dulu.. Pastu bersiap solat Maghrib berjemaah..
Tula rutin aku hari-hari..
Klu malam tengok la macam-macam aktiviti ada..

Belajar mengaji, dengar ceramah agama, lawat saudara mara, jiran tetangga dan macam-macam..
Waktu aku telah digunakan dengan sebaiknya sekarang nie..
Agak penat jugakla..
Sebab kurang rehat..
Balik rumah selalunya da pukul 11 lebih..
Apa lagi tidola terus..
Nak kumpul energy balik..

Eh tetiba aku blur pulak nak cerita..
Tu jela..


Gambar pemilik blog..tiada edit..tapi camera da rosak..sebab asyik jatuh..