Nuffnang Ads

Tuesday 25 August 2015

Elffie Beauty Dropship

 
 
#tambahpendapatan
#dropshipellfiebeauty
#ajajual
#produkkecantikankeluaranmuslim
 
boleh gittew hastaq aja????
 
 
 


 


 
Produk ini sesuai untuk:
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Semua jenis masalah kulit
  • Berkesan dalam 3-4 minggu (bergantung kepada jenis kulit dan hormon)
  • sesuai untuk semua peringkat usia 
 
Produk ini membantu masalah kulit dari segi
  • Masalah kulit tona tidak sekata
  • mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
  • memudarkan pigmentasi
  • mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
  • membantu mencerahkan kulit
  • memperbaiki kulit kusam
  • kulit tidak berminyak
 
 
Produk ini tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang saat ini banyak digunakan oleh produk-produk kecantikan yang lain.  Zat merbahaya ini dapat menyebabkan KANSER KULIT.  Perlu diketahui ciri dari ubat yang menggunakan Mercury dan Hydroquinon biasanya bila pengguna memakainya, wajah akan menjadi merah dan dilarang untuk terkena sinar matahari.  Tetapi Ellfie Essence tidak demikian, dengan bahan semulajadi, Ellfie Essence selamat digunakan.
 
Kebaikan Ellfie Essence
Cleanser
Membersihkan segala kotoroan dimuka.  Kulit muka akan menjadi lembab dan tidak berminyak.  
Toner
Membantu kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Menegangkan kulit muka dan menyegarkan kulit menjadi lebih lembut.
Night Cream
Membantu memulihkan wajah yang tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan kesan rekahan dari pori terbuka.
Day Cream
Membantu menjadikan rona kulit sekata dan melambatkan sistem penuaan.  Melembabkan kulit sepanjang masa dan memudarkan pigmentasi.
 
Cara pemakaian Ellfie Essence
Day
Cleanser, Toner dan Day Cream
 
Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan toner keseluruh wajah.  Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream.  Selepas itu anda boleh menggunakan loose powder seperti biasa.  Tidak perlu menggunakan foundation.  Make up seperti biasa.
 
Night
Cleanser, Toner dan Night Cream
 
Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan Toner keseluruh wajah.  Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan Night Cream.
 
Harga 
Semenanjung : RM120.00 (Free Postage) 
Sabah dan Sarawak : RM130.00 (Free Postage)  
 
Berminat boleh contact aja..
COD/POS semua boleh:
 
0175355407
 

Monday 10 August 2015

Nak kurus tapi malas


 
Tak ada tips yang aku nak kongsikan..
Nak ajak makan jerni..
BIG APPLE + CHATIME
jOM rELEASE KAN fikiran.....


Friday 7 August 2015

I just want to be happy


Kebanyakan kita terburu-buru mengejar kebahagiaan. Ada yang berpendapat kebahagiaan merupakan petunjuk terbaik terhadap kesihatan kita. Lebih bahagia bermakna lebih sihat. Semua orang pun nak happy!
 
 
"Kalau saya ada duit, saya akan pilih untuk..."
 
 
 


 
 

 
 
 
 


Thursday 6 August 2015

Transformer Optimus Prime dan Bumblebee di Padang Kota Pulau Pinang

 
Sebelum gambar hilang, jomlah i update blog..

Mai mai ceq mai  penang..
Kita lawat Padang Kota Lama..
Mai mai mai..

Ni kisah seminggu sebelum raya hari tu..
Aku kan balik kampung Sungai Burung..
Aku amik cuti 3 hari..
Sabtu, ahad, isnin..
Sebab nak rasa buka puasa dan bersahur di kampung..

Hari ahad aku buka puasa di Penang..
Rumah along aku di Bayan Lepas..
Lepas buka puasa, rehat2, dalam pukul 10 malam tu nak beransur pulang ke kampung..
Kak ipar aku cakap ada Transformer kat Padang Kota..
Alang2 da ada kat Penang, aku pun pujuk rayu husband aku nak pergi tengok..
Tak adalah pujuk rayu pun..
Dia pun nak tengok sama..
Nasib baik naik 2 kete..
Mak aku naik dengan kakak aku balik kampung..
Aku berdua jer dengan husband aku pergi Padang Kota..
 
Taklah jauh dalam 20 minit sampai..


 
Tudia besaqnya..Transformers Optimus Prime

Hampa nampak tu lambang dia..berkabus sebab hari nak hujan aka kamera murah.. 
Selfie perlu nak buktikan betui ada kat lokasi..
Ni hari da start hujan rintik2..laki iolls tak suka kena hujan
I paksa senyum..manihkan..
Ada pagaq tak boleh mai dekat
 




 


Transformer Bumblebee
 



 
 


 

 
Transformer kat Padang Kota ni betui2 sebelah pantai tu..
Hampa masuk-masuk jalan utama Padang Kota tu memang hampa akan nampak dia..
Senang sangat..
Tak dak bayaq apa2 nak masuk..
Free saja..
Tak lama pun kat situ..
Dalam 10 minit macam tu..
Sebab hujan turun selebat-lebat alam..
Sib bek keta dekat..
Berlari-lari kami dalam hujan macam KUCH KUCH HO TA HAI..
Masuk kereta balik..
Tuja cerita dia..
 
p/s maaf kualiti gambaq tak baik..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sayang suami berjuta - juta lemon..

Sapa tak sayang suami oiiiiiiiiiiiiiii...
Walaupun orang duk tengok aku ni garang suka bebel2..
Tapi ketahuilah aku sayang dia sangat2...
Suami dunia akhirat aku..

Suami aku ni baik..
Sangat2 baik..
Dengan manusia baik, dengan tuhan pun baik..
Bukan baik buat2..
Tapi baik seikhlas2 hati..

Bukan aku sengaja memuji2..
Tapi kalu tanya dengan orang sekeliling yang mengenali dia semua akan cakap perkara yang sama..
Suami aku ni disenangi dan disayangi oleh banyak2 orang..
Sebab apa??
Sebab hati dia baik..
Perbuatan dia ikhlas pada semua makhluk Allah..
Samaada manusia ataupun haiwan..

Berbeza dengan isteri dia..
Aku la tu..
Aku ni tak mesra alam dan telalu PROTECT diri dan orang kesayangan aku..
Alhamdulillah dia terima aku seadanya..
Sangat2 protect aku..
Jaga aku dengan sebaik2nya..
Orang kata jodoh ni selalunya berlawanan dengan kita..
Sebab itulah kot Allah jodohkan aku dengan dia..
Untuk melengkapi..hehehehhe...

Suami aku ni baik serba serbi..
Tapi itulah orang yang baik ni, orang lain suka amik kesempatan..
Aku sebagai isteri pun terpaksa mengalah dengan kesempatan orang lain tu..
Bila aku merungut, nanti dia jawab.."tak apalah, abang nak pahala."
Jadi apa yang ko nak balas balik???

Apa yang boleh aku buat adalah, PROTECT diri aku dan PERTAHANKAN hak aku..
Walaupun aku sedar memang nampak sangat2 SELFISH..
Tapi aku suka jer sebab orang da kurang amik kesempatan atas kebaikan suami aku..
Itulah cara aku lindungi orang kesayangan aku..

Macam peribahasa kata..
Biaq lah dia nak jadi kucing,
Tapi aku tetap nak jadi harimau.

Perjalanan hidup kami dan cara hidup kami berbeza..
Tapi kami ada matlamat hidup yang sama..
Cinta kami bahagia sampai ke syurga..
Matlamat simple..




Sayang suami berjuta - juta lemon..

 
 
 
 
 
 
 
 

[OFFICIAL TRAILER] The Man From U.N.C.L.E: Saving The World Never Goes Out Of Style

Sad! Sad! Sad!

Sedih gambaq p jalan2 kenang2 terdelete..
gambaq bertunang dulu hilang sbb hp kena curi..
hmmm gambaq merupakan object untuk kita memperingati kenangan..
moga kenangan dalam hati dan fikiran terus tersemat abadi sampai ke akhir hayat..
 
 
 

Jurutera si penjual burger..



Ni kisah hari jumaat, malam sabtu, 8 Mei 2015, 22:26am..malam jumaat ni sepatutnya aku g Setiawangsa ada Maulid setiap minggu di Masjid Muaz Al Jabbar ..tapi minggu ni hubby aku ajak g Putrajaya..ada Maulid kat sana..

Aku macam biasa tunggu hubby aku lepas habis kerja kat lrt sentul timur..hubby aku amek aku terus gerak..

Sebelum tu amek kawan dia kat Gombak sebab kawan dia nak join sekali..dalam perjalanan nak gerak..kawan dia nak ajak kawan dia lagi sorang join sekali..tapi kawan dia ni duduk dekat kajang..

So bergerak la kami ke kajang..dari gombak tu kami gerak kul 8 malam..ok nak ke kajang redah jem segala bagai, sampai kajang kul 9 malam..

Ok sampai kajang kawan hubby aku tu dia jual burger..bukak gerai jual burger..kawan dia tu kawan aku jugak..

kawan aku tu dia engineer..gaji 3 ribu la ke atas..tapi malam2 lepas Maghrib dia berniaga burger..kawan aku tu klu perempuan tengok pandang sebelah mata jer..sebab apa, sebab dia tak bergaya..hidup cuma ada moto jer..tapi orang tak tahu sebenarnya dia jurutera..

Sampai kami ke gerai dia, dia belanja kami burger ikut suka hati kami nak burger apa..dia tak kedekut..tapi aku mintak burger double special jer..

Dan bukan dia yang buat burger tu, tapi kawan hubby aku yang duduk kat gombak tu..bolehlah sedap jugakla..

Ok..niat ke Putrajaya da terbatal sebab sudah pukul 10 malam..jadi lepak di gerai burger sahaja ler..

Hoiii mengantuk bernyamuk aku..

Wednesday 5 August 2015

Kek Strawberry : Birthday ofismate

Ni kisah isnin tadi.. 3 Ogos 2015..
Birthday ofissmate aku : Fennie..
Actually birthday dia bulan depan 5 September..
Tapi ikut kepercayaan dia dalam sebulan tak boleh potong kek 2 kali..
Jadi budak offis celebrate awal sebulan..
 
Alhamdulillah rezeki dapat makan kek..
Memang teringin pun, walaupun memang aku ni kurang makan kek atau kuih..
Syukur...
 
Apa-apapun aku heppy dapat makan kek..nyumy nyummy..
 
Fennie ni meja dia sebelah meja aku jer..Dialah kawan cerita aku sepanjang 2 tahun aku kerja kat ofis ni..kawan yang baik dan banyak bagi nasihat dan tauladan..
 
 
 
 
 
Happy n Blessed Birthday. May all the days of your life be blessed with lots of love,
 
care and peace. God bless.
 
 
 
 

Tuesday 4 August 2015

Buah Kurma belum proses

Selasa, 4 Ogos 2015, 4:16pm, 18 Syawal 1436 Hijrah
 
 
Bersiaran lagi Aja..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki rehat tadi..
Kawan ofis bagi buah kurma belum proses ni..
5 biji..
Sedappppppppp..dappp..dappp..dapppp...
kulit dia pahit-pahit..
isi dia manis-manis..
2 biji Aja makan, 1 biji bagi kawan yang duk sebelah.. balance 2 biji simpan untuk suami tercinta balik kerja karang..
 
Ni first time makan buah ni..
Ingatkan pelam yang kecik2 tu..
Rupanya buah kurma..
Overall Aja bagi 5*
 
 
 
 
 

Roti Canai Sedap Jalan Dato Senu Sentul

 
Selasa, 4 Ogos 2015, 9:44PM, 18 Syawal 1436 Hijrah
 
Hye uoollsss...Assalamualaikum..
Miss me???
Dah lama kan Aja menyepi..tak ada ilham nak menulis..jiwa kacau..
Alhamdulillah, masih di beri peluang untuk bernafas di bumi Allah SWT ini..
Masih lagi di bulan Syawal..
Masih lagi dalam mood raya..
Raya tahun ni, Aja so-so ja..
 
Ni kisah pagi ni hari ni..
En Husband masuk kerja lewat sikit sebab nak pergi klinik gigi..
Jadi sebelum klinik buka kul 8 pagi jom sarapan pagi sama2..
 
First time datang dan tahu tempat ni..
En Husband kata sedappppp..
Tapi dia tak pernah bawa pun..
Kawasan dia dekat Jalan Dato Senu Sentul..
Berdekatan dengan LRT Sentul Timur..
Kawasan dia agak sibuk la sebab banyak rumah dekat sini kan..
Dan merupakan jalan yang selalu orang guna untuk mengelak jem di jalan utama..
 
Kedai ni tepi jalan dekat corner hujung..
Dekat lokasi Pasar Malam Dato Senu..
Tanya orang sini memang depa taw rasanya..
 
Overall kedai ni best..
Kedai biasa tepi jalan..
Kedai pun bersih..
Pekerja pun ok..
Makanan memang sempoi sedap..
Harga berpatutan..
Jangan risau..
 
Nama kedai dia UMMI'S FOOD'S
 
Aja order macam biasa 2 keping roti canai..
1 keping memang tak cukup untuk perut aja..
En Husband sekeping sahaja..
Minum milo ais n the o panas..
 
Muka melantak makanan
Ni la nama kedainya


Tengok aja makan pun da Nampak sedapkan


Persekitaran


Tukang tebar roti canai
Semua pekerja melayu lelaki..tapi tukang bagi air tadi tu perempuan Indon

 
Sebenarnya ada video Aja buat..Tapi tak taw kenapa tak boleh masuk plak..
Itu sahaja Aja nak kongsi..
Overall 4*