Nuffnang Ads

Wednesday 24 August 2016

U mobile di Bandar Country Homes, Rawang


Sejak duduk rawang ni specifiknya Country Homes, ada la 3 jenis plan internet yang aku try guna..
Bukan internet broadband tu, simkad telephone..

Maxis – celcom – u mobile

Maxis memang talian tetap hp aku dari dulu, kini dan selamanya..
Tapi maxis ni macam main tipu..
Masa aku beli plan internet, bukan main slow line dia..
Dah nak habis tarikh/ waktu internet tu baru dia nak laju..
Paling best, dahla slow pastu aku just buka fb dan wassap jer, tak ada tengok video, dekat wassap pun aku dah off auto download gambar dan video, then bukan main cepat giler data dia habis..
Tak logic taw!!!

Since aku ada 2 hp, lagi satu hp memang dari azali tak pernah guna simcard sebab hp tu just untuk tangkap gambar jer sebab kamera dia cantik.
Jadi aku berniat untuk guna celcom magic pulak..
Ni sebab aku duk tengok kt fb, masa tu ramai orang komplen pasal internet maxis..
Banyak orang puji celcom magic..
Banyak kelebihan itu ini, ada internet Burung hantu, unlimited data bagai, call free..
Since dah terpengaruh, aku pun kalut la nak beli simpad tu..
Ok dah dapat..
Berbunga hati..

Internet ok best..klu ko nak dapat kol free ko kene ambik plan internet magic sim, tak kisahlah untuk satu hari ke, seminggu atau sebulan..
Yang jadi masalahnya aku ni memang kuat bergayut..
Masa aku guna internet magic sim ni aku dapatla call free kan untuk celcom sahaja..
Aku suka call mak aku..
Mak aku guna maxis (masa ni aku dah xtopup hp maxis sebab macam membazir topup 2 hp)
Mak aiii..punya mahal credit dia makan..
Ada masa aku tak buat package internet..
Aku call dari celcom ke celcom pun memang bapak punya mahal..
Lupa dah aku berapa..
Tapi memang mahalla..
Lagi mahal dari call maxis ke celcom..

Kebetulan time tu, line celcom ni problem sebab ada penyelenggaraan..
Kawan aku plak bercerita..
Dia guna umobile..
Sangat – sangat untung..
Topup RM 10 da dpt free internet 1GB..
Laju internet dia..
Aku pun memasang angan – angan nak guna umobile plak..
Sincerely, umobile kat kawasan ni tak lah laju..
Slow sangat pun ada..
Bukan hanya guna internet free je slow, aku beli internet pun slow jugak..
Ofcoz rasa tertipu..
Kat mana lajunya internet ni..

Kebaikannya aku just topup RM 10, dan gunakan free internet tu, tak dad ah nak beli internet plan bagai..
Call dari umobile ke maxis, atau umobile ke celcom agak berpatutan..
Tidaklah semahal celcom magic , yang dari celcom ke celcom tanpa guna plan internet..
Rabak taw tak..
Kesimpulannya sekarang aku guna umobile dan maxis..
Nak tengok video aku guna internet maxis, selainnya aku guna sebaik mungkin internet umobile free tu..

Bijakkan aku..

K tata , Assalamualaikum

Monday 8 August 2016

Kuala Lumpur ke Rawang


Assalamualaikum
Selamat siang semua..

Sihat ker??
Buat apa tu???

Kuala Lumpur ke Rawang
Rawang ke Kuala Lumpur
Selalunya korang ikut jalan mana yer??

Aja selalu ikut jalan yang melalui templer tu..
Sebab aja rasa dekat..
Cuma jalannya agak gelap (di waktu malam) dan banyak kereta..

Korang ikut jalan mane?
Highway kuar ikut duta ker?

Ok..dari KL, aja keluar ikut Batu Caves - Selayang - melalui templer - Rawang

Dah sampai..

By the way aja duduk kat Bandar Country Homes, berhampiran dengan tol Rawang dalam 10 minit dari rumah aja..

Even da dekat dengan highway aja tetap rasa jauh klu ikut highway..

Apa pendapat korang?? :-) 

Keutamaan Surah Al - Fatihah


Rasulullah saw bersabda, "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin adalah induk kitab, tujuh ayat Al - Matsani ( tujuh ayat yang berulang - ulang dalam solat), dan Al - Quran yang mulia. "

Dari sahabat Jabir r.a. menuturkan, bahawasanya Rasulullah saw bersabda, "Wahai Jabir ibn Abdullah, sudikah engkau untuk memberitahukan surah yang terbaik dalam Al - Quran? " Akupun menjawab, "Baik." Beliau saw bersabda, "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin, hingga ayat akhir." (HR. Ahmad dengan sanad yang hassan, Majma' az-Zawaid, 6/310).

Monday 1 August 2016

Tidur mengeruh (berdengkur)

Assalamualaikum

Sapa sini tido mengeruh kita geng
Sep sikit

Aku ni termasok dalam golongan yang kuat mengeruh
Dalam keadaan sedar ataupun tidak
Dimana mana
Bila bila masa

Kadang klu kat tempat awam aku sedar jer
Memang tak boleh buat apa
Bunyi ni datang sendiri

Tak sapa pulak yang tegur aku masa aku tido mengeruh
Huhu
Aku sedar dan ada jugak tanya kawan2, aku mengeruh ker
And YES ABSOLUTELY
hehe

Aku pernah baca salah satu sebab tido berdengkur ni ada kaitan dengan saluran pernafasan
Saluran pernafasan sempit
Jadi menyebabkan udara bergesel dan menghasilkan bunyi
Gittewla

Ok otak aku jem da
Tak taw nak taip apa

K jumpa lagi

Senangnya dia tido

Assalamualaikum

Selamat pagi uollssss
Sekarang pukul 2.48 pagi hari isnin

Aku macam biasa tak boleh tido lagi
Aku memang susah nak lelap mata
Mengantuk sangat pun memang susah jugak mata nak lelap
Mak aku kata mata merajuk
Hehe
Pernah 2 hari aku tak tido
Walaupun badan letih sangat
Klu tido pun 2 jam macam tu da terjaga
Walaupun siang tu memang aku tak tido langsung
Malam pun tak tido jugak

Husband aku senang sangat tido
Letak kepala atas bantal , lena terus
Jeles taw
Aku, kena golek2 dulu
Cuba pejam mata dan bayangkan langit biru
Ni yang selalu aku buat
Lama2 tu baru tertido
Amik masa gak la 2, 3 jam
Benda ni dari aku sekolah rendah lagi

Kalu aku da tido
Pastu terjaga
Amik masa plak 1, 2 jam untuk tido balik

Tapi aku ada tabiat iaitu suka menguap
Setiap masalah aku menguap
Tapi tak lelap pun
Huhu

Aku pun pantang tengok orang menguap
Mesti nak menguap sama

Oklah mata dah berair
Hope dapatla lelap sekejap sebelum subuh

K good night everyone
Have a nice dream