Nuffnang Ads

Wednesday 3 May 2017

Asbab-asbab dimurahkan rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

من اﻷسباب لتيسير الرزق

Asbab-asbab dimurahkan rezeki :

1) Solat awal waktu

2) Membaca surah al-Waqiah (pg&ptg)

3) Duduk dtmpt solat slps solat subuh hgga terbit matahari
-dpt pahala haji&umrah sempurna

4) Solat isyroq
   -waktu tu malaikat turun&tebarkn rezeki hamba tersebut imma rezeki hissiyyah atau maknawiyyah

5) Solat dhuha
-rezeki yg akan dtg kpd kita

6) Belajar & mengajar

7) Qiamullail
-membaca azkar didalam khulasah(bkn Allah mudahkn rezeki utk kita je tp jga utk org sekeliling kita )

8) Zikir lps azan subuh
     -Subhanallah wabihamdih subhanallahil azim astaghfirullah (100×)

9)Zikir sblm iqomah
    -SubhanAllah(10×)
    AlhamduliLlah(10×)
    La ilaha illAllah(10×)
    Allahu akbar(10×)
    AstaghfiruLlah(10×)
    Ayat kursi (1×)

10) Mbaca surah al-ikhlas,alfalaq n annas
-mengeratkn hubungan

11) Membasuh tangan
     -murahkn rezeki & hindarkn dr kefaqiran

...والله تعالى أعلم...

|Hubabah Ummu Zein|

Tuesday 2 May 2017

Cara mudah haluskan anai-anai tanpa racun

 INTERIOR | TERKINI.....


Cara Mudah Hapuskan Anai-Anai Tanpa Menggunakan Racun...

Anai-anai adalah sejenis serangga perosak bersaiz kecil yang membuat sarang dalam kayu atau tanah. Kayu sering dirosakkan oleh anai-anai kerana itulah makanan utamanya. Biarpun ada spesies anai-anai yang dianggap berfaedah untuk ekosistem kita, ada juga spesies anai-anai yang menjadi perosak.



Selain kayu, anai-anai juga boleh menjadi ‘agen’ perosak kepada barangan lain seperti pakaian , perabot dan juga lantai kayu.



Tip Mengesan Kehadiran Anai –Anai



i) Wujudnya Rekahan & Lubang

Cuba ambil pemutar skru dan cocok serta ketuk secara perlahan-lahan bagi mengesan lubang yang wujud pada kayu. Perhati dengan teliti jika terdapat rekahan pada kerangka kayu cermin mahupun pintu kediaman anda. Dan jika terdapat selut berpasir, sah anai-anai sedang membiak!



ii) Hadirnya Kalkatu

Hadirnya kalkatu sebenarnya memberikan tanda bahawa ada bahagian dalam kediaman anda yang dihuni sama bersama anai-anai. Perhatikan dari mana kalkatu itu keluar, makan di situlah sarang anai-anai.



iii) Warna Paquet Mula Bertukar

Anda juga boleh mengesan kehadiran anai-anai berdasarkan pemerhatian warna kulit kayu pada lantai paquet atau kerangka tingkap dan pintu. Kayu yang mula diserang anai-anai akan berubah daripada warna coklat gelap kepada warna coklat yang lebih cair.



Kaedah Menghalau Anai-anai Dari Rumah

 CARA HALAU ANAI-ANAI

1. Garam Dapur – Taburkan garam dapur di tempat anai-anai membuat sarangnya. Namun cara ini agak kurang efektif untuk menghalau atau membunuh kesemua anai-anai yang berada dalam sarang tersebut kerana garam hanya akan berada di permukaan saja. Jadi untuk memastikan ia lebih berkesan, campurkan sahaja garam dengan air. Biarkan campuran itu semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.







2. Air Kapur Sirih – Kapur bersifat panas dan ia sangat tak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut. Dan air kapur akan membakar kulit mereka. Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur sirih ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

Wednesday 26 April 2017

*PENGGANTI SUAMI*

*PENGGANTI SUAMI*

Di tanah perkuburan, seorang ustaz mendekati wanita cantik yang baru kehilangan suaminya.

*Ustaz:* (Berbisik) Saya turut berdukacita atas pemergian suami kamu. Semoga suami kamu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

*Wanita:* Mudah-mudahan. Terima kasih Ustaz.

*Ustaz:* Kamu tak boleh lama2 larut dalam kesedihan. Bolehkah saya menggantikan tempat suami kamu?

*Wanita:* Ustaz serius ke?

*Ustaz:* Ya, saya benar2 serius!

Tiba-tiba wanita itu berkata kepada si penggali kubur.

*Wanita:* Pak Cik! Tolong gali semula kubur suami saya tu kerana ustaz ini ingin menggantikan tempatnya!

*Ustaz:* Astaghfirullah....        

🤣🤣🤣🤣🤣

Adik Beradik

Allah hu Akhbar

"Masa kecik-kecik... adik beradik tidur bersama,
Bila sudah besar bilik masing-masing,
Bila sudah nikah, rumah masing-masing,
Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi, tiada lagi bising,

* Mulanya* berkumpul ...

*penutupnya* kubur masing-masing.

Wahai adik-beradikku, _
~disebabkan kubur masing-masinglah *kita selalu kena saling berpesan-pesan.*
*Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong,*
*Ingatlah ... disana tiada abang, kakak, adik...*
*Hanya kau dan amal mu,*
*Bersedia selalu, bersiap selalu,*
*Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi*,
* tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda...!!!*

*Jika anda ingat mati, anda orang yg bijaksana...!!!*

"ALAM BARZAKH PERMULAAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR"

Wednesday 29 March 2017

*REZEKI???*


Bukan rezeki yang sempit,
mungkin sedekah kita yg masih sedikit.

Bukan rezeki yang sedikit,
mungkin kita yang kuat mengungkit.

Bukan rezeki yg kelat,
mungkin maksiat kita makin melarat.

Bukan  rezeki tidak meletus,
mungkin usaha yg terputus putus.

Bukan nikmat yang kurang,
mungkin terima kasih dan syukur kita yang tersangat jarang.

Bukan hidup tidak tenang,
mungkin solat kita  culas, cacat dan terbelakang.

Bukan rezeki yang tidak kunjung tiba,
mungkin Quran kita jarang buka apalagi baca,
kelas ngaji, talaqqi pun tak ada,
nak menghafaz pun tak tahu bila?

Bukan rezeki yang payah,
mungkin kita berdoa pun goyah,
nak zikir pun payah,
makin sombong makin susah.

Bukan rezeki yang menyimpang *sesat*

Kerana,
Sesungguhnya..
REZEKI...
TIDAK pernah salah alamat.

Sunday 26 March 2017

Bagaimana membuat anak solat

"Bagaimana membuat anak2 solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah?

""Seorang sahabat
bercerita: "Aku menceritakan satu kisah yg terjadi
padaku "

"Anak perempuanku yg berumur 16 tahun, solat baginya adalah hal yang sangat berat ..
Pada suatu hari aku berkata kepadanya :
"Bangun  solat subuh..
dan aku mengintainya dengan ekor mataku.

"Aku melihatnya mengambil sajadah, kemudian
melemparkannya ke lantai sudut biliknya... Lama kemudian ia keluar.

Aku bertanya kepadanya : "Apakah kamu sudah solat .. ?"
Ia menjawab : "Sudah"

Kemudian aku mencubitnya.
Kerana berbohong

Aku benar2 marah padanya, aku denda dia dan aku menakut2kannya akan siksa Allah ..tapi ternyata semua kata2ku itu tidak ada yang menakutkannya...

Suatu hari, seorang sahabatku bercerita suatu kisah...
""Suatu ketika ia berkunjung ke rumah seorang saudara dekatnya, ketika datang waktu solat, semua anak2nya langsung bersegera melaksanakan solat tanpa diperintah

Ia berkata :
Aku berkata padanya "Bagaimana anak2 kamu solat dengan kerelaan mereka tanpa disuruh.

"Ia menjawab :
 Ada satu doa, sebelum aku menikah aku selalu amalkan
dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdoa dengan doa tersebut dalam... Sujudku ..
Saat sebelum salam ..
Ketika solat witir ..
Dan di setiap waktu2 yang mustajab ..

Demi Allah wahai saudara2ku ..
Anakku saat ini telah bekerja sejak aku  berdoa dengan doa itu, anakku itulah
yg rajin membangunkan kami dan mengingatkan
kami dan adik2nya utk solat

Alhamdulillah .. Mereka semua selalu menjaga solatnya.
Sampai2 .. neneknya bertandang ke rumah kami, ia tercengang melihat anak perempuanku bangun pagi, kemudian membangunkan kami untuk solat subuh.......  jadi doa apa yg di baca...
..........doa dari surahIbrahim ayat 40

رب اجعلني مقيم الصلاة ِﻭَﻣِﻦ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻲ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞْ ﺩُﻋَﺎﺀ )

Rabbij'alni muqimassolati wamin zurriyati rabbana wataqobbal du'a e.....

"Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yg tetap melaksanakan
solat .. Ya Robb kami , perkenankanlah doaku"
(QS. Ibrahim : 40 )

Ye saudara2ku  semua berdoalah untuk anak kita semua... Sebagaimana kita semua tahu bahwa doa adalah senjata seorang mukmin.




Tuesday 21 March 2017

Laptop dan handphone sakit

Assalamualaikum..

Alkisahnya..aja da susah sikit nak berblog..sebab laptop tengah tenat..
Nak edit apa2 pun susah, sebab aja tak reti guna hp..kecik..hehe
Hp pun tenat dalam masa yang sama dengan laptop..ni guna hp baru..

Oklah aja tak reti nak bebel ni..moga hampa semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

K assalamualaikum

Friday 17 March 2017

Assalamualaikum

SUBHANALLAH
Maha Suci ALLAH

ALHAMDULILLAH
Pujian Bagi ALLAH

ALLAHHUAKBAR
ALLAH Maha Besar

LA'ILAHAILLALLAH
MUHAMMAD RASULALLAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه😍

Thursday 16 March 2017

Zon khas motosikal di Kuala Lumpur oleh DBKL


16.7.2017

Jgn terkejut lak...mulai hari ni DBKL dah buat zon khas motosikal di lampu isyarat di Kuala Lumpur buat masa ni ada di Jln. Raja Laut, Jln. Tunku Abd Rahman dan Jln. Tun Perak....yg bawak kereta tu pandai2 la berhenti di belakang garis merah ya...

Lirik Lagu Ara AF2016 – Warkah Untukku



Cintamu Hancurkan Zahirku,

Rela Dicampak Ke Penjaramu,

Dari Diperlakukan Begini.


Sungguh Kau Yang Kumahu,

Berdoa Semoga Kau Kan Berubah,

Mendampingiku Selalu.


Kasihku Tolong Lihatkanlah,

Tunjuk Dia Jalan Kepadamu,

Yang Tersesat Tiada Bertuju.



 

Berikan Hatimu Padanya,

Kau Akan Rasa Cinta Sebenar,

Dalam Kau Mencari Aku.


Sungguh Kau Yang Kumahu,

Berdoa Semoga Kau Kan Berubah,

Mendampingiku Selalu.


Sungguhnya Kau Yang Kumahu,

Berdoa Semoga Kau Akan Berubah,

Mendampingiku Selalu (loop).

Wednesday 15 March 2017

Tazkirah yg indah di hari rabu.




          Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab..       
                 
          Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.    
          

Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.        
            

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga    
          
Subhanallah.... 
        
          Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.          
آمين يارب العالمين

Tuesday 14 March 2017

✳ *Umur 40, 60 & 70 Tahun*



Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sbgnya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah dia mempersiapkannya…?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Mari kita dekatkan diri dgn Allah, rajin2 Solat Jemaah, tunaikan Zakat, Haji, Umrah, puasa dan sebagainya. Tunaikan yg Wajib dahulu, dan tingalkan larangan insyaAllah.

Tazkirah utk diriku n sahabat semua

Monday 13 March 2017

🌸WANITA HEBAT🌸



🎀 Wanita hebat bukan karena dia cantik
🎀 Wanita hebat bukan karena dia kaya
🎀 Wanita hebat bukan karena dia pintar 
🎀 Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
     
Tapi wanita hebat adalah :
🎀 Wanita yang mampu terus berdiri  menyelesaikan masalahnya
🎀 Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
🎀 Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
🎀 Bersabar saat tertekan
🎀 Tersenyum saat hati menangis
🎀 Diam saat terhina
🎀 Mempesona karena memaafkan
🎀 Mampu membalut luka hati dengan sabar
🎀 Mampu memadam amarah dengan istighfar
🎀 Mampu menghapus dendam dengan maaf.

🌸Slmt Hari Wanita🌸

Sunday 12 March 2017

Stroke



```Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman``` *siapakah engkau......?.*

```Maka dijawab oleh Angin tersebut :``` *akulah Angin Rihul Ahmar....dan*
*Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari*
*rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....*

```Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin
tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:```
_Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan *Allah SW T*_.
_Lalu Rihul Ahmar pun menghilang._

```Diriwayatkan cucu``` *Nabi Muhammad SAW* ```terkena Rihul Ahmar
sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.```

```Maka datang Malaikat Jibril kepada```
*Nabi SAW*  ```dan bertanya Nabi kepada Jibril.```

```Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada``` *Nabi SAW* ```kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu``` *Rasulullah* ```sembuh serta merta.```

Lalu bersabda *Nabi S AW :* _Bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit_ *_ANGIN AHMAR_* atau
*_STROKE._*

*Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :*

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

*Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....*
_*Artinya :*_
```Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.```