Selasa, 29.7.2014, 10.29pm, 2 Syawal 1435 Hijrah
Maryam melahirkan anaknya di celah- celah akar pohon kurma. Beliau benar-benar keletihan selepas melahirkan anak dan dipenuhi dengan tekanan serta ketakutan. Tetapi kemudian beliau terdengar satu suara yang memanggilnya,
"Janganlah kamu bersedih, Tuhanmu telah meletakkan sebatang anak sungai dibawah sana, dan goncangkan pohon kurma itu, pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu. Makan dan minumlah agar kekuatan tenagamu segera pulih. Segala yang kamu lihat ini merupakan kuasa Allah SWT, yang menjadikan pokok tersebut untuk membekalkan makanan kepadamu."
Allah SWT membekalkan Maryam dengan air dari sebatang anak sungai yang muncul dibawah tempatnya berteduh. Allah SWT juga membekalkan Maryam dengan makanan.
Surah Maryam (19:16-39)
No comments:
Post a Comment