Nuffnang Ads

Thursday 21 November 2013

Surah Al- Waqiah


Selamat Pagi Semua..

Kita mulakan hari dengan ucapan Bismillahhirahmanirrahim... ^_^




        Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita segala nikmat yang melimpah ruah, rezeki kesihatan yang baik, keperluan yang mencukupi walaupun ala- ala kadar je (syukur!!!), mak ayah, anak-anak, jiran-jiran yang baik dan saling menghormati, tempat tinggal yang selamat dan sebagainya. ALHAMDULILLAH

       Bacaan selepas subuh....Selalunya selepas subuh banyak juga doa yang aku baca. Aku gtaw salah satu sahaja ye dulu. Salah satunya adalah surah " AL WAQIAH ". Jom kita kaji apa khasiat dia.


      Klu nak tahu lebih lanjut boleh cek link ni http://www.surah.my/56, surah Al- Waqiah berserta ayat dan maksud. Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W

                   "Barangsiapa membaca Surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tiadalah akan                                                                    menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan"

     
     Sebenarnya bukan masa malam sahaja boleh baca surah nie. Bila-bila masa pun boleh. Macam aku baca selepas subuh. Salah satu khasiat nya untuk mengpermudahkan segala urusan harian. Bila aku baca aku rasa segala urusan seharian aku berjalan dengan lancar dan tenang. 

 Antara Fhadilatnya:-


1.  Membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2. Baca setiap malam satu kali, maka dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

4.  Baca 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

5.   Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

6.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

7.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.









Thursday 14 November 2013

My Happy Family

Inilah keluarga bahagia saya..Gambar masa raya 2008 rasanya..

Keluarga aku tidak besar, kecik je. Ada 12 orang semuanya. Seperti dalam gambar. Tapi sekarang lagi kecik. Tinggal 10 orang je. Sebab arwah abah dan angah dah meninggalkan kami pada tahun 2010. Moga arwah abah dengan arwah angah tenang kat sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.. Aja selalu rindu abah ngan angah n berdoa untuk kesejahteraan abah dengan angah dekat sana.

       Sekarang ni tinggal mak je. Duk kt kampung sana nun, sorang-sorang kat Kampung Sungai Burung. Tapi tiap minggu kakak aku yang keje dekat USM, Penang tu akan balik dan keperluan barangan. Aku, kakak aku , dan adik aku@ my twin duk kt KL. Tiap sebulan sekali balik kampung. Paling tidak pun 2 bulan sekali..hehe..Rindu dekat mak dan masakan mak. Aku duk kat KL ni tak reti nak makan masakan orang KL.Tak kene dengan deria rasa aku. Jadinya aku jarang makan luar dan selalunya masak la. Masak pun simple jer..Masak nasi dan goreng telur. Tu je yang mampu dan pandai. Hidup kat KL ni kene pandai jimat!!

      Let me introduce my family..Ewah, cakap omputeh pulak. Aku ni 5 beradik jer. Sorang laki dan 4 perempuan. Yang sulung semestinya lelaki. Yang pakai baju "Gold" hujung belakang sekali tu abg aku la. Aku panggil along, tapi kawan-kawan panggil "Pyan". Along duk kat Penang. Along da kawin. Yang duk berkepit sebelah dia tu, isteri dia la. Aku panggil "Kak Zura " je. Orang Bota.  Yang berderet 3 orang kat depan tu anak dia. "IKA, AFIQ & AQIL". Sumenye da masuk sekolah da.

     Kakak aku yang duk KL 1 rumah dengan aku yang pakai tudung pink cantik tu. Just call "Akak @ Kak Suria". Yang selalu jenguk mak kat kampung, duk tengah-tengah tu, pakai tudung oren. Comel kan die??? Aku panggil dia " Eton" jer..hehe..Da biasa tak pernah panggil kakak pun.Last but not lease yang ujung belakang sekali...tu la my twin..Panggil " Ida" jer ataupun "Eddie Groovy".Aku?? huhu..Carila yang mana satu aku????..kkkk sampai sini dulu..Salam.