Selamat Pagi Semua..
Kita mulakan hari dengan ucapan Bismillahhirahmanirrahim... ^_^
Bacaan selepas subuh....Selalunya selepas subuh banyak juga doa yang aku baca. Aku gtaw salah satu sahaja ye dulu. Salah satunya adalah surah " AL WAQIAH ". Jom kita kaji apa khasiat dia.
Klu nak tahu lebih lanjut boleh cek link ni http://www.surah.my/56, surah Al- Waqiah berserta ayat dan maksud. Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W
Sebenarnya bukan masa malam sahaja boleh baca surah nie. Bila-bila masa pun boleh. Macam aku baca selepas subuh. Salah satu khasiat nya untuk mengpermudahkan segala urusan harian. Bila aku baca aku rasa segala urusan seharian aku berjalan dengan lancar dan tenang.
Antara Fhadilatnya:-
1. Membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2. Baca setiap malam satu kali, maka dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
4. Baca 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
7. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
No comments:
Post a Comment