Nuffnang Ads

Wednesday 12 February 2014

Acer Z120

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..





Aku nak tunjuk..ni la hp yang aku guna sekarang..Hp budget..Masa aku beli dulu masa awal-awal hp nie baru keluar..masa tu harga dia RM419..tapi sekarang aku check harga hp ni da jatuh ke harga RM180 gittew..aku tak sure, tapi aku ada tengok kat dalam paper iklan tesco..hehe..

Hp acer ni so far so good la aplikasi dia..Contohnya macam kamera..kamera dia cantik macam samsung jugak..tapi mcm samsung yang harga dalam lingkung RM500 kebawah..jadi pahamla kamera dia macam mane..Untuk hp ni, dia hanya ada kamera belakang je..kamera depan tiada..jadi tak boleh la korang nak selfie ye..

Hp ni boleh online, boleh wifi dan mobile internet..no problem..Cuma dia agak slow untuk detect internet or nak bukak sesuatu browser..di situ korang kene bersabar..korang kene tunggu dan tak boleh bukak aplikasi lain..sebab ia tidak terus browsing ke page yang korang nak sebaliknya akan kembali kepada mula untuk browsing..paham x??

Untuk nada dering boleh pilih nada yang korang suka..hp ni bunyi nada dia kuat tak kira la nada dering ke, clock ke ataupun notification..Tapi bunyi getaran dia sangat perlahan atau pun tak rasa langsung getaran..Bab tu aku tak best sebab bila buat silent aku suka klu ada getaran..ini tak rasa langsung getaran..susah jgk..bunyi nada hp ni yang paling slow pun bagi aku agak kuat..

Untuk simpanan gallery, aku pelik sikit..gambar yang simpan kat kamera klu aku nak transfer kat pc tiada..jenuh la aku bukak 1 1 folder..tak ada okeh!!Jadi sebab itula aku tak boleh nak share gambar aku (walaupung gambar sebenarnya tak banyak pun..)

Tentang aplikasi lain sume sama, contohnya contact, message, game, clock , video, music player dan lain-lain.

Lagi satu hp nie, kene jaga elok-elok sebab sangat senang hang..hari-hari aku berdepan dengan hang..geram aku ..dan penah sekali dia hang stuck kat "ACER logo", tak boleh repair sendiri ok..kene hantar kedai repair..nasib baik masih dalam warranty..aku ada try repair sendiri,..jenuh duk check kat tenet..banyak jugak orang yang mengadu pasal hp nie suka hang..dan adala orang bagi tutorial camne nak repair..aku ada try..cuba-cuba buat tapi masih stuck jugak..terpaksala g kedai acer nak repair..

Nie alamat klu korang nak repair barang ACER:

Highpoint Low Yat Plaza 
Lot 4.20, 4th Floor, Plaza Low Yat, Off Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur 
Operating Hours: Daily from 10.30am to 9pm 
Tel: +603-21412942

Ok tu je aku nak kongsi..




Tuesday 11 February 2014

Teksi Mid Valley..

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh..

Aku nak bercerita pasal teksi mid valley nie..geram aku taw..tp sebelum aku cite aku nak bagi informasi dulu..

Aku ni da biasa naik teksi..sebab aku keje shift dulu-dulu..kira 6bulan lebih aku akan berulang alik dari tempat keje ke rumah dengan naik teksi sebagai pengangkutan..rumah aku kt area kerinchi dan tempat keje aku kat TTDI( Taman Tun Dr Ismail), Damansara..aku naik teksi selalunya tunggu kt lrt universiti..ok..dari rumah aku ke TTDI amek masa dlm 10-15minit klu tak jem..dan klu jem sikit biasala jalan ikut federal highway, amek masa 20 minit..dan..plg lama aku pnh ada dlm teksi sejam sebab federal jem giler..

ok.. berbalik pada tambang teksi..klu ikut rate biasa dan waktu siang ..jln xbyk keta ( bkn lengang yer)..tambang dia 9 rgt atau lbh..klu waktu malam lebih pukul 12tgh mlm..tambang dia akan plus suku dari tambang asal..maksudnya 13 ringgit..ok aku redha jerk sebab terpaksa naik teksi dan ttdi tu bukan dekat..

Berbalik pada cite asal, dari rumah aku ke midvalley naik bas tambangnye hanya seringgit (RM1) sahaja. dan jauh perjalanan dia 5 minit sahaja..aku penah naik tek masa siang hari..tambang dalam RM5 mcm tu..ok la aku kira sebab naik teksi..

Nak jadikan cite, aku g tgk wayang dengan kawan aku..habis wayang kul 11stgh mlm.. bas masa ini da tak ada..jadinya terpaksa la naik teksi..ko tahu berapa teksi cas kami???? RM15 !!! sekali dia bagi harga triple!!!haihhh mengkedarat teksi nie!!! geram aku..no negotiate ok!!!da la jalan tak banyak kete..pastu bukan midnight hookey kau nak cas midnight!!!dan lagi satu aku geram dia langsung tak guna meter teksi!!!geram aku bkn jauh pun 5 minit jer..tapi tak boleh nak kata apa la sebab dah tak ada jalan lain..kalu ikut aku nak berjalan je..tapi kesian kat kwn aku..jadi terpaksa aku terima jer walaupun hati panas.. 


Nasihat aku kalu boleh janganla naik teksi..cari alternative lain..ataupun check teksi yg naik WAJIB ada meter teksi yang sah..dan klu boleh amek no pendaftaran teksi..dan tengokla muka pemandu tu ok ke k.o..klu k.o jangan naik!..

Aku banyak lagi pengalaman dengan teksi nie..nanti aku cite len..

Ok. Wassalam..


Friday 7 February 2014

Insaf

Salam Jumaat..


Malam tadi aku tak boleh tido..memikirkan dosa-dosa yang aku lakukan..badan aku panas..aku rasa macam nak mati..aku takut lelap mata sebab aku takut esok aku tak bangun da..maksudnya dalam erti kata lain aku meninggal dunia..

Serius aku tak boleh tido aku , aku takut sangat..tapi aku mengantuk sangat..nak lelapkan mata pun takut sebab aku memikirkan keaadaan malam pertama aku di alam barzakh nanti...

Aku memang terlalu takut, sebabnya aku banyak melakukan dosa, aku mengaku dengan lidah aku hamba ALLAH tp kewajiban aku sebagai umatnya jarang sekali aku lakukan. Boleh dikatakan akula manusia YANG PALING HIPOKRIT DALAM DUNIA NI..aku tak pakai seksi, aku tak ramai kawan dan hidup dalam dunia aku sahaja, aku solat cukup 5 waktu, klu aku rajin dalam sehari tu aku boleh habiskan baca surah Yasin, Al Mulk, Al Waqiah dan lain-lain surah.. ada masa terluang aku suka dengar ceramah agama dan bergaul dengan orang alim ulama..orang tengok aku macam perempuan tiada masalah..tp sebenarnya aku paling bermasalah..aku kufur dengan nikmat yang ALLAH berikan..nikmat mata, mulut, hati dan sebagainya..aku lalai dan tak bersyukur pun diberikan nikmat yang sangat indah tu..

Tp malam tadi aku jadi takut..aku terpikir bila aku mati macam mana la keadaan aku kat sana nanti..aku penat aku mengantuk sangat..tp even pejam mata pun aku takut bile fikir nanti aku terlelap dan keesokannya aku da ada di alam lain.. aku bangun buat solat taubat..lepas tu baca yasin..nasib baikla masa tu hari tak lewat sangat..maksudnya baru 12tgh malam..jadi tak ada la aku fikir nanti tak cukup tido nak g kerja..

Lepas solat, aku cuba redha dan tido..Berdoa moga ALLAH bagi aku peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah dan berusaha perbaiki diri.. Alhamdulillah..aku masih diberikan kesempatan untuk bernafas di  muka bumi ini..akan aku gunakan dengan sebaik mungkin..

Aku taip luahan hati ni kat offis..masa rehat..jadi tak boleh la aku nak feeling lebih-lebih..Ok itu je..Semoga kita sama-sama dapat menggunakan nikmat yang diberikan dengan sebaik mungkin..Dan harapan aku moga aku terus ISTIQAMAH untuk terus berubah kearah kebaikan..Amin..

Thursday 6 February 2014

Kene patuk Ular

Assalamualaikum....


Ni...nak citer nie...pagi-pagikan selalu sebelum g kerja aku memang akan on tv, on tv3, almaklumla tgh bersiap-siap nak g kerja sambil-sambil dengarla bebelen reporter tv3..pagi tadi cite pasal ular..ada la beberapa tips yang dorang bagi..Jom nak share..

Antara tipsnya adala:
1. Klu kene patuk ular jangan panik tapi perhatikan ular tu jenis apa? Klu tak kenal spesis ular boleh la kenal pastikan warna ular tersebut, panjang mana, rupanya bagaimana..Sebabnya bila pergi hospital / klinik nanti doktor tahula nak bagi antibiotik jenis apa..Sebab ular-ular ni berbeza racunnya.
.
2. Klu boleh lepas kene patuk tu serang balik ular tu bagi dia mati sebab boleh la bawak ular tu sekali g klinik/hospital tunjuk..lagi senang keje doktor..hehe..

3. Ni pesan orang-orang tua yer aku dengar, klu kepala/ badan ular tu mengembang itu maknanya ular tu da tak nampak..jadinya waktu itula masa yang sesuai untuk kita serang balik ular tu..

Oke..itu sahaja tips yang sempat aku dengar pagi tadi...


Nak share gambar ular tapi serius aku geli tengok..Jadi aku share gambar ini jelar ..