Nuffnang Ads

Friday 7 February 2014

Insaf

Salam Jumaat..


Malam tadi aku tak boleh tido..memikirkan dosa-dosa yang aku lakukan..badan aku panas..aku rasa macam nak mati..aku takut lelap mata sebab aku takut esok aku tak bangun da..maksudnya dalam erti kata lain aku meninggal dunia..

Serius aku tak boleh tido aku , aku takut sangat..tapi aku mengantuk sangat..nak lelapkan mata pun takut sebab aku memikirkan keaadaan malam pertama aku di alam barzakh nanti...

Aku memang terlalu takut, sebabnya aku banyak melakukan dosa, aku mengaku dengan lidah aku hamba ALLAH tp kewajiban aku sebagai umatnya jarang sekali aku lakukan. Boleh dikatakan akula manusia YANG PALING HIPOKRIT DALAM DUNIA NI..aku tak pakai seksi, aku tak ramai kawan dan hidup dalam dunia aku sahaja, aku solat cukup 5 waktu, klu aku rajin dalam sehari tu aku boleh habiskan baca surah Yasin, Al Mulk, Al Waqiah dan lain-lain surah.. ada masa terluang aku suka dengar ceramah agama dan bergaul dengan orang alim ulama..orang tengok aku macam perempuan tiada masalah..tp sebenarnya aku paling bermasalah..aku kufur dengan nikmat yang ALLAH berikan..nikmat mata, mulut, hati dan sebagainya..aku lalai dan tak bersyukur pun diberikan nikmat yang sangat indah tu..

Tp malam tadi aku jadi takut..aku terpikir bila aku mati macam mana la keadaan aku kat sana nanti..aku penat aku mengantuk sangat..tp even pejam mata pun aku takut bile fikir nanti aku terlelap dan keesokannya aku da ada di alam lain.. aku bangun buat solat taubat..lepas tu baca yasin..nasib baikla masa tu hari tak lewat sangat..maksudnya baru 12tgh malam..jadi tak ada la aku fikir nanti tak cukup tido nak g kerja..

Lepas solat, aku cuba redha dan tido..Berdoa moga ALLAH bagi aku peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah dan berusaha perbaiki diri.. Alhamdulillah..aku masih diberikan kesempatan untuk bernafas di  muka bumi ini..akan aku gunakan dengan sebaik mungkin..

Aku taip luahan hati ni kat offis..masa rehat..jadi tak boleh la aku nak feeling lebih-lebih..Ok itu je..Semoga kita sama-sama dapat menggunakan nikmat yang diberikan dengan sebaik mungkin..Dan harapan aku moga aku terus ISTIQAMAH untuk terus berubah kearah kebaikan..Amin..

No comments: