Nuffnang Ads

Thursday 15 May 2014

Minum air cukup untuk kesihatan badan..

Pernah tak korang rasa kulit korang kering je dan korang pun asyik tak bermaya??
Ye aku punya kulit yang kering dan kusam..
Sejak dewasa ni kulit aku makin teruk..
Lagi-lagi dengan amalan pemakanan yang memang tak seimbang..
Aku memang suka makan makanan bergoreng..
Itu salah satu juadah wajib setiap hari..
Apa-apa jenis goreng pun boleh..
Walaubagaimanapun, apa jua yang korang makan, paling kurang korang jangan sesekali lupa untuk mengambil minuman air kosong yang cukup untuk badan..
Keperluan air ni penting sebab untuk membantu meneutralkan haba dalam badan..
Selain tu dia dapat buang taw sisa-sisa toksin dalam badan..
Memang bagus dan banyak keberkesanan.. 
Jimat pun jimat kan..
Macam aku suka makan makanan bergoreng dan berminyak..
Jadi aku kene la minum banyak air untuk bantu buang sisa toksik dalam badan..

Korang tahu tak, secara umumnya kita kene minum air kosong ( tak ditambah apa-apa perasa) sekurang-kurangnya 2 liter sehari..
2 liter tu banyak mana?
Tu korang kene la beli gelas atau bekas air yang ada sukatan..
Baru la boleh tahu berapa banyak sukatan air yang korang minum..

Okla aku tahu ada orang yang akan berfikir macam aku jugakan..
Klu minum banyak air jugak, bahaya kan????
Sebab nanti badan kita banyak air dan akan beri kesan kepada jantung untuk mengepam darah..
Betulkan???
Hehe betul ke ayat aku atas tu? Klu salah sila sila lah tegur ye.. =)

Bawah ni aku bagi formula untuk menentukan berape sukatan air yang patut kita minum seharian berdasarkan ukuran berat badan kita..Formula ini aku dapat dari en. Google masa aku tengah mencari-cari..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)

1 Kilogram =  2.2 Pounds
1 Liter = 33.8 Oz

Ini kisah benar..Aku bagi pengiraan berdasarkan berat badan aku..
Berat aku sekarang : 65kg

  1. Tukarkan dulu berat kilogram kepada pounds : 65 x 2.2 pounds = 143 pouns
  2. Lepas tu 143 pounds tu x 2/3 = 95.33oz
  3. 95.33oz ni kita tukar kepada liter ( 95.33 / 33.8 ) = 2.8 Liter / Hari

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Alkisahnya, korang paham tak??? Klu masih tak paham boleh tanya.. Jangan segan-segan.. Sebab kita sama-sama belajar..

Ok tuje..Wassalam..




Wednesday 14 May 2014

Tolong..

Assalamualaikum wbt..
Rabu, 14 May 2014, 14 Rejab 1435 Hijrah, 9:22am

Moga hari ni adalah hari yang baik bagi kita semua..


Moh kita mula menulis..

Pernah tak korang rasa macam perasaan tidak ingin membantu? Ye aku sedang rasa sekarang.. Bukan aku tak nak membantu atau maksud lain "tolong" tapi aku ada alasan kukuh untuk diri aku tidak membantu orang..

Membantu ni banyak jenis kan.. Jenis aku sekarang ni adalah membantu kerja ofis team mate aku.. Alasan aku tak nak tolong??? Aku bagi penerangan sikit.. Aku keje bahagian masukkan data.. Dalam team aku ada 4 orang jer dengan sorang manager.. setiap orang ada tugas masing-masing yang mesti dibuat..walaubagaimana pun klu ko tak ada tugas time tu tapi team mate ko yang lain banyak tugasan yang nak kene buat..Ko kene la bertimbang rasa cuba jugak membantu kawan kerja ko tu.. Supaya kerja sama-sama, rehat sama-sama..setiap tugas akan kene routed setiap 3 bulan..jadi tidak la ko keje benda yang sama je bertahun-tahun..Aku pekerja baru kat sini.. keje pun tak sampai lagi setahun.. Jadi semestinya aku akan ikut rules" keje sama-sama, rehat sama-sama". 
Tapi tidak pada kawan kerja aku yang lagi 3 orang tu..ok..bukan 3 orang  buat masa ni..tapi 2 orang, lagi sorang dia memang ok sikit..Disebabkan aku pekerja baru, aku memang aku cuba buat kerja aku sebaik mungkin dan cuba tolong kawan sekerja aku..( bukan nak tunjuk aku baik, tapi ni setakat luahan hati aku dan tak ada niat untuk simpan dendam pun..

Tapi kawan aku yang berdua tu, macam ambek kesempatan dari kebaikan yang aku buat..dorang selalu buat tugasan dorang dengan kadar perlahan seminimum yang boleh..korang faham tak??? dorang buat keje sangat slow walaupun kerja dorang tu mudah..setengah jam pun boleh siap..tapi dorang buat berhari-hari..korang tahu kenapa?? dorang datang keje pagi contohlah dalam kul 8 pagi..dorang masuk ofis..bukak komputer..lepas tu dorang kuar sarapan sampai kul 9.30pagi..masuk ofis kejap dalam setengah jam..pastu g toilet setengah jam..masuk ofis duk la setengah jam..pastu lepak pantry..rehat kul 12tgh hari..tapi dlm kul 11.30pagi tu da start gelabah kerja banyak tapi tak sempat siap..mula la cari aku mintak tolong buat..kadang keje aku banyak jer tapi aku terpaksa juga tolong dorang buat keje dorang..aku kene siapkan keje dorang dulu taw baru aku boleh buat keje aku..stress taw..kelam kabut aku buat..kul 12 tgh hari dorang rehat kadang sampai 1stgh tgh hr..tu pun masuk ofis lenggang kangkung..ngadap pc sekejap pastu kuar g toilet dan sebagainya..buat keje sekejap..tak sempat siap, dorang letak nama aku mintak siapkan..cukup time balik..klu sekali dua keadaan macam ni aku boleh terima lagi..tapi ini hari-hari..mula-mula okla aku sabar..lama-lama aku da tak boleh terima dilayan keadaan macam ni..geram taw..lagi geram bila aku punya tugasan memang berlambak, tapi tak ada siapa yang tolong, lagi-lagi di saat kritikal macam MATTA Fair tu..lagila banyak..tapi aku buat sorang-sorang je..lagi geram bila dorang langsung tak ada tugasan tapi senyap jer sebab tak nak tolong aku..sorang tu adalah tolong sikit-sikit..lagi sorang langsung tak pernah tolong aku..

Ye..aku da jadi pendendam..geram weh..sekarang ni da routed tugasan..tugasan yang aku buat dulu selama 9bulan tu adalah tugasan yang paling banyak kerja dan remeh..tapi aku boleh buat sorang..dorang kira senior dan expert, dorang keje sini paling kurang da 8 tahun..jadi dorang da paham selok belok keje dan boleh buat keje lebih efisyen dari aku..tapi tu la saja jer buat keje slow..geram aku..

Macam pagi ni aku tengok task dorang banyak, tapi aku tak nak tolong..sebabnya..task nampak banyak sebab task dari minggu lepas dorang tak siapkan..ataupun dorang da siap tapi tak nak hantar sebab nak nampak macam dorang tu busy..sebab tu aku tak nak tolong..pandai-pandaila dorang siapkan..sekarang ni aku nak buat senyap jer..tak maw ambek port sangat..dorang boleh buat aku pun boleh buat jugakkan..

Ini adalah luahan hati aku tentang kerja..nampak macam aku suka merungut..aku pun perasan..jadi aku cuba kurangkan rungutan tu yea dari semasa ke semasa..untuk mengelakkan aura negatif masuk dalam diri..tu je nak gtaw dulu..k daaaa...



Monday 12 May 2014

Dia ibuku..

Hari ni Isnin, 12 May 2014, bersamaan 12 Rejab 1435 Hijrah : 3:00pm
Update blog..
Tak letak title lagi..
Bab tak tahu nak tulis apa..
Semalam hari ibu ( Ahad, 11 May 2014)
Aku tak sambut apa-apa pun..
Aku kat KL, Mak aku kt Perak..
Aku tak call pun mak aku..
Tahu hari ibu..tapi tak terpikir pun nak call..
Bab aku tak penah sambut hari ibu..
Lagi-lagi bestday mak aku 4 May..
Memang kira sambut sekali la dengan hari ibu..
Korang jangan salah paham aku kata aku tak call pun mak aku..
Aku hampir hari hari mesti akan call mak aku..
Cuma hari sabtu dan ahad jer tak call..
Sebabnya sabtu ataupun ahad mesti ada adik beradik yang balik..
Jadinya mak aku memang jarang angkat kol hari sabtu dan ahad..
Sebenarnya mak aku tinggal sorang jer kat kampung..
Aku da tiada ayah..
Ayah aku da meninggal dunia 4 tahun lepas..
Tinggal la mak aku sorang kat kampung..
Penah jer abang long aku ajak tinggal dengan dia..
Tapi mak aku tak nak..
Dia lagi suka tinggal kat rumah sendiri..
Pernah jugak kami pujuk dan dia ikut sekali tinggal dengan along aku..
Tapi tak lama, dengan memang nak balik kampung..
Orang tua ni lain, dorang laki suka duk rumah sendiri dari duk rumah orang lain..
Kita tak boleh paksa,lagipun aku pun ada survey memang kebanyakan orang tua lagi rela duk rumah sendiri dari duk rumah orang..
Walau buruk mana pun rumah kita, itu juga yang menjadi pilihan dan selesa..Betulkan???
Untuk hari jadi mak aku tahun ni, aku sempat hadiahkan jam tangan..

t aku update gambar..tunggu..





Wednesday 7 May 2014

cerita semalam

Asslamualaikum..


6 May 2014 bersamaan 6 Rejab 1435 Hijrah

Aktiviti semalam...

1. Semalam bangun subuh agak awal.. Kul 6.30 pg..hehe..selalu bangun kul 6.45 pg terus amek wudhuk solat..pastu baru mandi..Start minggu lepas kawan aku ada bagi tips untuk perut kurang buncit.. Dia cakap lepas bangun minum air masak sikit dan terus buat sit up paling kuarng 20 kali..huhu..bukan minggu lepas la tapi 2minggu lepas..di minggu yang pertama memang bersemangat..sangat sangat rajin buat..tapi makin hari da tak buat da..tapi serius even baru buat memang ada nampak hasil dia..nampak da kempis sikit perut..huhu..

2. Lepas mandi, bilas baju dan sidai, lepas tu baru bersiap pergi ofis..Perut lapar.. Jadi singgah beli nasi lemak kat kaki lima apartment rumah jer..Kul 8 baru gelak..Memang jalan agak laju.. Sebab nak cepat sampai ofis 8.40pagi macam tu..Sampai terus buka makan nasi lemak sambil on pc dan online..check gosip artis ler..

3. Isnin sampai rabu setakat ini tak banyak keje..Hanya update Jakarta hotel details dengan image jer..Jadi sempat la nak baca gosip gosip dan blog wajib baca..hehehe..

4. Balik keje duk berfikir fikir nak singgah Mid Valley tak? Sebab memang kat rumah tak ada makanan yang boleh di masak..Last munite baru decide..Pergila Mid Valley naik bas..RM 1 sahaja.. Pergi balik Rm 2 la kan..Beli sayur jer dan makanan yang berkhasiat.. Beli sikit sikit, tu pun habis RM 41..Pastu sebab muka sekarang ni da teruk duk tumbuh jerawat, gelap, dan berminyak, Jadi decide pergi cari cuci muka..Tengok-tengok ternampak product Ginvera..Dulu penah guna..Gervene la..hehe..memang elok muka..Jadi beli la..Bab harga pun murah..Nak jimat kan..RM 8 sahaja..Sebelum balik, pikir dulu nak makan apa sebab lepas lunch tak ada makan lagi..nak masak malas..sebab da malam..nak makan nasi beli bawah rumah pun malas sebab nak kene berjalan p cari pulak.. So decide makan kat Mc D..hehe..Beli Mc Chicken combo.. Makan la di sana..RM10..alhamdulillah..jimat..After that terus balik..hehe

5. Sampai rumah mandi, rendam baju, tengok facebook sekejap dan terus tido..

Begitula hari semalam..Opps lupa apa pencapaian yang telah dicapai..

Hehe..sempat lari setempat..selama 40minit tanpa henti..memang peluh mencurah curah..Alhamdulillah berjaya bersenam malam semalam..hehe..

***nak upload gambar tapi tak boleh pulak..sampai disini sahaja..