Pernah tak korang rasa kulit korang kering je dan korang pun asyik tak bermaya??
Ye aku punya kulit yang kering dan kusam..
Sejak dewasa ni kulit aku makin teruk..
Lagi-lagi dengan amalan pemakanan yang memang tak seimbang..
Aku memang suka makan makanan bergoreng..
Itu salah satu juadah wajib setiap hari..
Apa-apa jenis goreng pun boleh..
Walaubagaimanapun, apa jua yang korang makan, paling kurang korang jangan sesekali lupa untuk mengambil minuman air kosong yang cukup untuk badan..
Keperluan air ni penting sebab untuk membantu meneutralkan haba dalam badan..
Selain tu dia dapat buang taw sisa-sisa toksin dalam badan..
Memang bagus dan banyak keberkesanan..
Jimat pun jimat kan..
Macam aku suka makan makanan bergoreng dan berminyak..
Jadi aku kene la minum banyak air untuk bantu buang sisa toksik dalam badan..
Korang tahu tak, secara umumnya kita kene minum air kosong ( tak ditambah apa-apa perasa) sekurang-kurangnya 2 liter sehari..
2 liter tu banyak mana?
Tu korang kene la beli gelas atau bekas air yang ada sukatan..
Baru la boleh tahu berapa banyak sukatan air yang korang minum..
Okla aku tahu ada orang yang akan berfikir macam aku jugakan..
Klu minum banyak air jugak, bahaya kan????
Sebab nanti badan kita banyak air dan akan beri kesan kepada jantung untuk mengepam darah..
Betulkan???
Hehe betul ke ayat aku atas tu? Klu salah sila sila lah tegur ye.. =)
Bawah ni aku bagi formula untuk menentukan berape sukatan air yang patut kita minum seharian berdasarkan ukuran berat badan kita..Formula ini aku dapat dari en. Google masa aku tengah mencari-cari..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)
1 Kilogram = 2.2 Pounds
1 Liter = 33.8 Oz
Ini kisah benar..Aku bagi pengiraan berdasarkan berat badan aku..
Berat aku sekarang : 65kg
- Tukarkan dulu berat kilogram kepada pounds : 65 x 2.2 pounds = 143 pouns
- Lepas tu 143 pounds tu x 2/3 = 95.33oz
- 95.33oz ni kita tukar kepada liter ( 95.33 / 33.8 ) = 2.8 Liter / Hari
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alkisahnya, korang paham tak??? Klu masih tak paham boleh tanya.. Jangan segan-segan.. Sebab kita sama-sama belajar..
Ok tuje..Wassalam..
No comments:
Post a Comment