Nuffnang Ads

Friday 29 August 2014

Pakai cincin dijari ikut sunnah Nabi S.A.W

Di benarkan : Jari manis dan jari kelingking

Di larang : Jari tengah dan jari telunjuk

Sebab dilarang : kerana meniru cara berhias kaum yang dilaknat Allah S.W.T iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Potong kuku:

Hukum : Sunat

          Hikmahnya ialal melambangkan kebersihan serta menghilangkan segala kotoran yang melekat atau terkumpul di celah kuku.
        Kuku yang panjang melebihi kulit di bawah kuku akan menjadi tempat pembiakan kuman, bakteria dan virus. Hal ini kerana kuku selalunya digunakan untuk menggaru gatal, mengambil dan membuka sesuatu sehingga kekotoran terkumpul di celah kuku. 
         Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi, makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta. 
           Mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah cara memotong kuku cara Islam ( sunnah ) yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
           Perbuatan lepas Potong Kuku. Potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia juga termasuk anggota manusia . Dinyatakan dalam Fath al-Bari,Ibnu Umar ra menanam potongan kuku.


Dibenarkan : Isnin, khamis dan jumaat

Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya -
barang sesiapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu
- Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat
dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad
- Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk
kemiskinan.
Hari Isnin
- Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa
- Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu
- Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk
kepadanya kepapaan
Hari Khamis
- Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk
kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat
- Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada
hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya
rahmat daripada Allah S.W.T

No comments: