Nuffnang Ads

Sunday 29 November 2015

Nasi goreng ikan keli..

Nasi goreng ikan keli, jelatah timun, cucur jagung.


Sebab di makan, enak di rasa..perut kenyang hati senang ..

Nasi goreng ikan keli, jarangkan dengar..aku pun first time buat..
Macam mana boleh dapat idea, sebab da petang, ada nasi lebih, ada ikan keli goreng lebih..ikan ni kalau goreng kali kedua da tak sedapkan..isi ikan dia jadi keras..sebab tak nak membazir, aku pun amik isi ikan keli tu jer..lepas tu goreng dengan nasi, tambah sayur campur yang tak habis tu..hasilnya jadilah nasi goreng ikan keli..dannnnnn...Alhamdulillah sedap..kenyang mak..mak kittew pun suka..

K nanti kita sembang lain..

Monday 23 November 2015

Ekonomi tak menentu sekarang ni sesuai tak nk berniaga?

Assalamualaikum guys..

Bertemu kita kembali..
Di serabut blog..
Kekeke..

Ni tadi aku tengok kat facebook..
Tanya IK..
Sape IK???
Irfan Khairi, jutawan internet tu..
Aku sangat sangat sangat suka follow dia..
Sebab banyak inspirasi yang kita dapat..

Aku nak share kt blog ni video dia..
Tapi tak ada pun kat youtube..

Ni aku share ringkasan yer..

Soalan dia :
Ekonomi yang tak menentu sekarang sesuai atau tidak untuk berniaga?

Jawatan IK :
1-Kesan ekonomi tak menentu, rata2 kita tengok banyak kedai tutup.

2-Klu tengok sejarah banyak company yang top sekarang ni bermula dari krisis ekonomi. Contohnya, IBM, Disney, business IK sendiri.

3-Ada kelebihan apabila ekonomi tak stabil ni, banyak perniagaan yang kurang ilmu perniagaan akan tutup kedai, jadi persaingan kurang, orang takut nak buat perniagaan.

4-Masa ekonomi ok, banyak pesaing, pasaran tepu.

Contoh barang nak niaga:
1. Jual barang keperluan.
2. Jual lebih murah.


3 Langkah untuk jadi jutawan oleh IK

Tuesday 17 November 2015

Lama tak bercerita

Assalamualaikum..
Tadi aku da taip panjang..
Tapi aku kuar jap, reply mesej husband aku..
Balik page ni balik da semua hilang..
Uwaaaaaa........

Ok ak try tulis balik apa yang aku ingat...

Aku baru balik dari Phuket, Thailand..
Penat dan hepi..
Experience baru..
Sebab aku tak pernah pergi luar negara..
Yang ni akan aku cerita nanti..

Sekarang ni aku ada banyak masa terluang.
Sebab aku dah berhenti kerja dan masih belum mendapat kerja..
Banyak jugak panggil interview tapi aku tak pergi pun..
Huahuahua..
Yang ni akan aku cerita nanti..

Aku kat bus stand lrt sentul timur ni..
Tengah tunggu husband aku pick up aku..
Now pukul 5.50 pm..
Time orang balik kerja..
Tunggu husband aku dari rawang ke KL..
Sebab dia keje Rawang..
Yang ni pun akan aku cerita nanti..

Waktu yang terluang ni aku ingat nak berniaga..
Ada jugak aku try berniaga online..
Tapi tak berapa jalan la..
Mungkin sebab aku tak dikenali kot..
Dan aku pun tak suka orang kenal aku..
Huahuahua..

Walaupunbagaimanapun..dulu aku agak dikenali jugak..
Ecehhhhhhh..
Aku da start berniaga dari kecil..
Sampai aku universiti..
Kenapa sampai universiti jer..
Nanti aku cerita..

Mak abah aku peniaga..
Makngah's aku tolong mak abah aku berniaga sekali..
Makngah's aku kakak mak aku..
Ada 2 org, Angah Pah dan Angah Tan..
Angah Pah nama betul Saripah, Angah Tan nama betul Rogayah..
Nanti aku cerita pasal Makngah's aku..

Mak abah aku berniaga kedai makan..
Abah aku ada jual daging import di pasar..
Sambil sambil tu Makngah's aku tolong kat kedai makan..
Dan ada ambik upah jahit baju, buat sulaman, anyaman dan macam2 lagi..

Aku memang dari kecil akan tolong abah aku berniaga..
Adik beradik lain pun tolong sama..
Tambahan lagi bulan puasa..
Berniaga kat bazar ramadhan memang meriah..

Kedai makan abah aku kat Bazar Melayu Bagan Serai..
Memang strategik..
Dekat dengan sekolah cina, india, kebangsaan..
Dan hanya ada satu je kedai makan yang berdekatan..
Aku membesar dekat situ sejak lahir..
That's why orang kenal aku..

Masa kat sekolah pun aku rajin niaga..
Jual nasi lemak, buat kek, sewa buku, macam2 la..
Tapi ntahlah kenapa aku tak gunakan peluang ni sebaik mungkin..
Rugi betul..

Ok..aku da sampai rumah ni..nanti aku sambung yer..

Wednesday 11 November 2015

Cara mudah pakai Saree, hanya 5 minit sahaja..

Sari, sari , sadi , atau shari adalah pakaian wanita Asia Selatan.

Ia yang terdiri daripada drape yang berbeza-beza daripada lima kepada sembilan kaki (4.5 meter hingga 8 meter ) panjang,
dan 2 hingga 4 kaki (60 cm kepada 1.20 m) lebar yang biasanya diikat di pinggang, 
dengan satu hujung menutupi bahu, menutup bahagian muka badan itu.

Sari ini biasanya dipakai ke atas Kain (dipanggil ' Parkar ' ( परकर ) dalam Lahanga Marathi atau lehenga di utara ; seelai dalam bahasa Tamil, Pavada (atau kadang-kadang Langa ) dalam Malayalam , Kannada dan Telugu, chaniyo , Parkar , Ghaghra , atau ghagaro di barat dan Shaya di timur India),
dengan pakaian atas dipasang biasanya dipanggil blaus ( ravike di India Selatan dan Choli tempat lain) .

Blaus mempunyai lengan pendek dan biasanya timbul di bahagian muka badan itu. Sari ini dikaitkan dengan rahmat dan secara meluas dianggap sebagai simbol India, Nepal , Bangladesh dan Sri Lanka budaya .

Sumber : Wikipedia ( Click Here )


Sumber : Google Image ( Click Here )
Boleh tengok video kat sini



JANA PENDAPATAN DENGAN FREELANCER

Monday 9 November 2015

Ayat mengorat awek : GPS




Ayat aku pernah guna 
"Dik , abg sesat lah , fone ada GPS tak ?"
"Ada bang"
"Tolong search jalan ni jap"
"Jalan apa bang?"
"Jalan Ke Hati Awak Dik" :P


Padang Masyar

Baca ni serious rasa nak nangis. Attention ! Pls Read This ! Tlg bce smpi habes wlupn pnjg..

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?

Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.

Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54.

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.

Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.

Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.

Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.

Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.

Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.

Tiada satu pun yg tertinggal.
Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.

1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.

Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri  kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.    
Hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..

Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam.      

Terdapat dua jenis manusia,
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg baik, dia akan sampaikan ilmu ini kepada orang lain..


Ikhtibar Katak dan Ikan

Ulama' memberi perumpamaan. 

Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing. Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan. Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu. 

Katak itu beritahu pada ikan. "jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api. mereka akn makan makan kau ( sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat )". 

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar. Dia yakin yg dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah. Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air. 

Ulama' beritahu. 
Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja. 

Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka. Kita nampak manusia yg dibakar atas api. Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat. 

Sahabatku yg disayangi Allah. 

Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam. semoga Allah beri kita kefahaman . 

Aamiin Allahumma Aamiin... 
.
 #BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH


Wednesday 4 November 2015

Sejuk

Assalamualaikum kawan2..
Fefiling mengantuk sangat malam ni..
Ekceli, aku da behenti kerja..
Last keje hari ni..
Aku nak berniaga la pulak..
Tak nak buang masa dan nak duit income masuk..
Malam ni hari tak hujan..
Tapi angin sepoi2 bahasa..
2 3 hari ni asyik hujan lebat, dari petang sampai malam..
Teringat dulu2..
Masa kecik2..
Masa remaja..
Klu malam hujan jer mesti menggigil2..
Pakai baju sejuk lengan panjang..
Berselimut bagai..
Tapi sekarang da tak macam dulu..
Hujan lebat macam mana angin kuat pun..
Aku steady lg pakai baju lengan pendek san bukak kipas dan tak berselimut..
Semata2 nak rasa sejuk..
Adalah rasa berangin sikit..tapi panas mengatasi segalanya..

Ok itu jer aku nak bercerita malam ni..
Doakan aku moga dapat kerja..
Doakan aku moga ada rezeki baby..
Doakan business aku makin maju..

Terima kasih sebab baca nukilan aku..


Aja jual tudung bawal crepe
Kain memang elok
Sebab tu jual rm 7
Klu beli borong 20pcs/ rm100
Maila beli dengan aja
Mesti korang puas hati dengan mutu kain dia
Boleh contact aja : 0175355407


Sunday 1 November 2015

Macammana nak hadapi persaingan harga dalam bisnes..

 Panjang kebonar tajuknya eh..
Start beberapa bulan ni aku ada buat business kecil2lan..
Untung tak banyak dan aku pun tak aktif sangat dan barang niaga aku pun sikit..
Aku jual tasbih digital, madu, kurma, kismis, tudung (3 jenis sahaja : bawal crepe, shawl crepe, shawl lace) itupun tak berapa laku..lagi aku jual stokin solat, yang tapak tebal tu, minyak wanyi sejenis jer, dan aku jadi agent seqybeauty (yg ni aku rasa nak stop la)..
Ok itu jer barang aku jual..
Dapat gaji baru aku tambah barang..
Tapi permintaan tak memberangsangkan..
Hmmmm..kesiankan aku..
Aku tak banyak kawan dan tak dikenali..
Agak susah aku nak mencari pelanggan..

Aku jual barang diatas..
Dan harga yang aku letak pun murah2 jugak..
Tapi tula orang mintak lagi murah..
What can i do???

Tadi dalam facebook aku ada buka video Irfan Khairi, jutawan IT tu..bercerita berkenaan persaingan harga..
Dalam video tu dia cakap, barang sama tak apa.
Klu kita letak harga murah, orang lain pun akan letak harga murah jugak..jadi makin lama harga akan makin murah..
Untuk letak harga tinggi, kita kene ada jenama sendiri..
Ataupun input lebih kepada barang tersebut..
Contohnya jual tudung, tudung yg sama dengan kedai lain..
Tapi yang membezakan kita adalah, perkhidmatan kita, contoh : kita boleh hantar tudung terus ke rumah, boleh bagi khidmat nasihat cara pemakaian, kaler dan macam mana nak jaga tudung tersebut..
Ha gittew..
Terus aku update blog ni..
Nak di kenali punya pasal..
Hmmmm mesti korang fikir ada ker orang baca blog aku..
Aku pun fikir yang sama..

Blog aku ada reader pun mungki  orang terkeblog aku rasanya..
Tapi tiap kali aku pos adalah 2, 3 orang yang baca..
Tu pun da buat aku hepi taw..

Terima kasih sangat sebab baca blig aku..

Nah video Irfan Khairi untuk korang lebih paham..

Sorry aku cari tak jumpa kat youtube..korang boleh usha video dia kat facebook dia Irfan Khairi..

Ok happy ready yer..sayang sangat korang semua..

Perkhidmatan mesin rumput pun aku ada buat..area kuala lumpur sahaja..