Nuffnang Ads

Sunday 1 November 2015

Macammana nak hadapi persaingan harga dalam bisnes..

 Panjang kebonar tajuknya eh..
Start beberapa bulan ni aku ada buat business kecil2lan..
Untung tak banyak dan aku pun tak aktif sangat dan barang niaga aku pun sikit..
Aku jual tasbih digital, madu, kurma, kismis, tudung (3 jenis sahaja : bawal crepe, shawl crepe, shawl lace) itupun tak berapa laku..lagi aku jual stokin solat, yang tapak tebal tu, minyak wanyi sejenis jer, dan aku jadi agent seqybeauty (yg ni aku rasa nak stop la)..
Ok itu jer barang aku jual..
Dapat gaji baru aku tambah barang..
Tapi permintaan tak memberangsangkan..
Hmmmm..kesiankan aku..
Aku tak banyak kawan dan tak dikenali..
Agak susah aku nak mencari pelanggan..

Aku jual barang diatas..
Dan harga yang aku letak pun murah2 jugak..
Tapi tula orang mintak lagi murah..
What can i do???

Tadi dalam facebook aku ada buka video Irfan Khairi, jutawan IT tu..bercerita berkenaan persaingan harga..
Dalam video tu dia cakap, barang sama tak apa.
Klu kita letak harga murah, orang lain pun akan letak harga murah jugak..jadi makin lama harga akan makin murah..
Untuk letak harga tinggi, kita kene ada jenama sendiri..
Ataupun input lebih kepada barang tersebut..
Contohnya jual tudung, tudung yg sama dengan kedai lain..
Tapi yang membezakan kita adalah, perkhidmatan kita, contoh : kita boleh hantar tudung terus ke rumah, boleh bagi khidmat nasihat cara pemakaian, kaler dan macam mana nak jaga tudung tersebut..
Ha gittew..
Terus aku update blog ni..
Nak di kenali punya pasal..
Hmmmm mesti korang fikir ada ker orang baca blog aku..
Aku pun fikir yang sama..

Blog aku ada reader pun mungki  orang terkeblog aku rasanya..
Tapi tiap kali aku pos adalah 2, 3 orang yang baca..
Tu pun da buat aku hepi taw..

Terima kasih sangat sebab baca blig aku..

Nah video Irfan Khairi untuk korang lebih paham..

Sorry aku cari tak jumpa kat youtube..korang boleh usha video dia kat facebook dia Irfan Khairi..

Ok happy ready yer..sayang sangat korang semua..

Perkhidmatan mesin rumput pun aku ada buat..area kuala lumpur sahaja..

No comments: