Nuffnang Ads

Sunday 26 June 2016

Minggu dukacita

Setiap masa timbul idea nak menulis..tapi bila da start menaip ni..semua jadi blur..tak tahu nak taip apa..

Sepanjang minggu ni, adalah seperti hari berdukacita..satu satu kematian prang yang rapat dan dikenali meninggal..start hari sabtu, pakngah kawan aku di kampung meninggal..hari selasa, pakngah aku di kampung felda ijok selama meninggal dan hari kamis pulak ustaz yang mengajar mengaji pulak meninggal..dan seperti satu malaysia tahu, perginya pakar motivasi yang lawak, professor Izzi Hj Ali pada hari jumaat yang barakah..Innalillahhiwainnaillaihirajiun..Al Fatihah kepada mereka..

Sayunya hati..dan sedikit terkilan kepada Allahyarham Ustaz Mohammad, sebab dah lama tak pergi mengaji dengan ustaz..

Bertuahnya mereka yang pergi di bulan Ramadhan ni kan..terlepas seksaan kubur..terlintas di fikiran bagaimana pengakhiran hidup aku pulak..

Sedih, sunyi, takut semua bermain difikiran..aku dah rasa kehilangan satu satu orang yang aku sayang..keluarga pun makin kecik dan makin sunyi..takut sangat hidup keseorangan..

Hmmm da melalut da aku..tadi nak cerita lain..oklah..nak cari mood balik..

"Renung renungkan" dan "selamat beramal"

Assalamualaikum....

No comments: