Nuffnang Ads

Saturday 30 July 2016

Mat rempit


Assalamualaikum

Aku masih lagi tak boleh tido
Jom lets bercerita

Hai apa kaitan dengan mat rempit semua ni??

Saja nak bercerita..hehe

Aku tak ada lesen moto dan aku tak pandai langsung naik moto
Pegang moto pun i is takuit

Kereta aku pandai

Bukan tu yang aku nak cerita

Selalunya mat rempit ni dikaitkan dengan orang melayu jekan

Based on pengalaman aku, aku penah jumpa mat rempit cina, melayu dan india..

Ok..biasa bagi orang lain

Ni first time aku jumpa, jadi luar biasa bagi aku

Selalu yang aku jumpa mat rempit cina ni kat putrajaya, seri kembangan gittew

Malam2 la yang aku cerita ni
Bukan siang

Mat rempit india plak, di rawang memang terkenal..
Siang mahupun malam..

Mat rempit melayu di merata tempat..hehe

Selalu lewat malam dorang suka kumpul ramai2 kat tepi jalan

Ada yang start berlumba pun ada..

Aku tengok jer
Tak berani nak tegur
Takuit


Tu jer aku nak cerita

Selamat malam

Dilema pencari kerja

Assalamualaikum
Bersiaran lagi aja

Ada sesiapa tak ada dilema mencari kerja seperti tajuk diatas

Buat masa sekarang aku adalah penganggur dan suri rumah sepenuh masa
Aku sekarang ni tengah dalam dilema, stress, tension dan sewaktu dengannya
Tapi masih lek lek lagi la
Sebab rezeki makan aku masih murah lagi
Alhamdulillah

Aku graduan dari UiTM
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniaagaan kepujian Ekonomi
2nd class jer
Alhamdulillah

Aku dari kecik2 memang da biasa bekerja
Tak pernah lagila jadi penganggur
Masa kecik, dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, aku tolong family aku kat kedai makan
Abah aku buka kedai makan
Aku tolong basuh pinggan ke, amik order ker, buat air ker dapatlah upah sikit2
Kalu kat rumah, aku tolong kemas rumah dalam dan luar, cuci tandas, mak aku bagi upah
Lepas habis spm
Aku keje kilang, operator pengeluaran
Best, dapat gaji lebih
Dapat kawan banyak
Sambung form 6
Aku buat kerja part time kat kedai kasut
Lepas balik sekolah aku keje sampai malam
Disamping tu aku jugak ada berniaga nasi lemak dan muffin disekolah
Masuk universiti
Aku da tak kerja
Balik cuti jer aku tolong abah aku kat kedai
Lepas dah grad
Sambil nak tunggu keje yang sesuai dengan kelayakan
Aku keje kilang, keje kedai

Lepas tu dapatlah kerja customer service tm
Walaupun menggunakan kelayakan spm sahaja
Alhamdulillah gaji dapat jugak rm 2000 lebih total sekali dengan elaun
Lepas tu aku dapat kerja data management
Kelayakan spm jugak
Sebab aku ada degree jadi aku demand gaji 2k lebih 
Alhamdulillah dapat
Tapi aku da resign tahun lepas atas masalah personal yang tak boleh aku cerita

Beberapa bulan lepas resign memang aku tak cari kerja sebab masalah personal jugak
Ni baru nak start cari kerja
Hari tu aku ada kerja kat kedai kain sekejap je sebab dapat keje kilang gaji lagi lebih
Tapi tak lama aku keje kilang tu, environment tak sesuai dengan aku
Da resign
Gaji aku bulan lepas dan ot aku bulan 5 dan bulan 6 pun tak dapat gaji T_T
Aku tunggu sampai hujung bulan tengok macam mana..

Dilema aku sekarang sebab aku tak bekerja
Bosan gila hidup
Tak la bosan 
Sebab aku suri rumah, bolehlah masak2, kemas rumah
Sebab aku dah kawin jadi nak cari kerja jauh2 susah sikit
Aku pun tak suka travel jauh2, penat

Tapi aku mintak jugak, hehe
Asalkan dapat kerja

Susahnya nak dapat kerja zaman sekarang ni
Macam aku ada ijazah
Aku adalah mintak kerja kerani ker, assistant ker
Tak kisah pun gaji tak tinggi
Asalkan ada gaji untuk aku belanja
Tak lepas sebab dorang nak kelayakan spm sahaja
Aku mintak executive plak
Tak dapat jugak sebab tak ada experience
Sedih taw

Serius aku cakap aku tak memilih kerja
Belum rezeki aku lagi
Korang doakan moga aku dapat kerja yer bulan depan
Aminnnn....

Kalau ada jawatan kosong kat company korang rekemen la aku
Area Kl, rawang, sungai buloh
Bolehkan..

Aku sayang uolsss..


Muahhh ciked...





Ada ker pembaca

Assalamualaikum
Selamat malam

Aku rajin berangan
Bercakap cakap sorang
Dan selalu berniat untuk tulis di blog
Sekadar berniat sahaja
Tak buat pun
Kekeke

Salah satu sebab aku masih menulis di blog ni sebab aku suka tengok rating pembaca
Ada ker pembaca??
Melalui yang aku tengok pageview tu adalah pembaca
Tapi aku tak tahu sape
Walaupun sikit dalam 5 orang macam tu
Aku tetap rasa puas hati
Rasa appreciate la

Tq so much yer pada korang yang baca blog aku ni

Ada beberapa orang yang  aku tahu baca blog aku
Ofcoz la member aku

Tq guys

I love u all so much taw

Korang buat hidup aku tak sunyi

Tengah menaip kosong mcm ni pun aku dah rasa happy

Muah muah kat korang

K daaaaaa