Nuffnang Ads

Saturday 30 July 2016

Dilema pencari kerja

Assalamualaikum
Bersiaran lagi aja

Ada sesiapa tak ada dilema mencari kerja seperti tajuk diatas

Buat masa sekarang aku adalah penganggur dan suri rumah sepenuh masa
Aku sekarang ni tengah dalam dilema, stress, tension dan sewaktu dengannya
Tapi masih lek lek lagi la
Sebab rezeki makan aku masih murah lagi
Alhamdulillah

Aku graduan dari UiTM
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniaagaan kepujian Ekonomi
2nd class jer
Alhamdulillah

Aku dari kecik2 memang da biasa bekerja
Tak pernah lagila jadi penganggur
Masa kecik, dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, aku tolong family aku kat kedai makan
Abah aku buka kedai makan
Aku tolong basuh pinggan ke, amik order ker, buat air ker dapatlah upah sikit2
Kalu kat rumah, aku tolong kemas rumah dalam dan luar, cuci tandas, mak aku bagi upah
Lepas habis spm
Aku keje kilang, operator pengeluaran
Best, dapat gaji lebih
Dapat kawan banyak
Sambung form 6
Aku buat kerja part time kat kedai kasut
Lepas balik sekolah aku keje sampai malam
Disamping tu aku jugak ada berniaga nasi lemak dan muffin disekolah
Masuk universiti
Aku da tak kerja
Balik cuti jer aku tolong abah aku kat kedai
Lepas dah grad
Sambil nak tunggu keje yang sesuai dengan kelayakan
Aku keje kilang, keje kedai

Lepas tu dapatlah kerja customer service tm
Walaupun menggunakan kelayakan spm sahaja
Alhamdulillah gaji dapat jugak rm 2000 lebih total sekali dengan elaun
Lepas tu aku dapat kerja data management
Kelayakan spm jugak
Sebab aku ada degree jadi aku demand gaji 2k lebih 
Alhamdulillah dapat
Tapi aku da resign tahun lepas atas masalah personal yang tak boleh aku cerita

Beberapa bulan lepas resign memang aku tak cari kerja sebab masalah personal jugak
Ni baru nak start cari kerja
Hari tu aku ada kerja kat kedai kain sekejap je sebab dapat keje kilang gaji lagi lebih
Tapi tak lama aku keje kilang tu, environment tak sesuai dengan aku
Da resign
Gaji aku bulan lepas dan ot aku bulan 5 dan bulan 6 pun tak dapat gaji T_T
Aku tunggu sampai hujung bulan tengok macam mana..

Dilema aku sekarang sebab aku tak bekerja
Bosan gila hidup
Tak la bosan 
Sebab aku suri rumah, bolehlah masak2, kemas rumah
Sebab aku dah kawin jadi nak cari kerja jauh2 susah sikit
Aku pun tak suka travel jauh2, penat

Tapi aku mintak jugak, hehe
Asalkan dapat kerja

Susahnya nak dapat kerja zaman sekarang ni
Macam aku ada ijazah
Aku adalah mintak kerja kerani ker, assistant ker
Tak kisah pun gaji tak tinggi
Asalkan ada gaji untuk aku belanja
Tak lepas sebab dorang nak kelayakan spm sahaja
Aku mintak executive plak
Tak dapat jugak sebab tak ada experience
Sedih taw

Serius aku cakap aku tak memilih kerja
Belum rezeki aku lagi
Korang doakan moga aku dapat kerja yer bulan depan
Aminnnn....

Kalau ada jawatan kosong kat company korang rekemen la aku
Area Kl, rawang, sungai buloh
Bolehkan..

Aku sayang uolsss..


Muahhh ciked...





No comments: