Nuffnang Ads

Tuesday 15 November 2016

Solat Jamak

Solat jamak di lakukan untuk memudahkan urusan  musafir melakukan solat. 
Musafir adalah seseorang yang hendak melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah bersamaan 85KM-90KM.
Macam aku, aku berkerja di kuala Lumpur, tapi kampung aku kat Parit Buntar, Parit Buntar(PB) ke Kuala Lumpur(KL) = 254km  
Jadi aku boleh la melakukan solat Jamak ketika dalam perjalanan nak sampai ke kampung ataupun perjalanan ke KL.
Selalunya tiada masalah kalau dari KL ke PB, sebab aku akan bertolak lepas isyak, selalu balik naik bas Transnational tiket pukul 11.30malam.
Yang menjadi masalah bila nak gerak dari kampung ke KL. Selalu aku amek tiket pukul 3.30 petang.
Pukul 3.30 ptg semestinya da masuk waktu solat zohor. Perjalanan dari PB ke KL selalunya ambil masa 4jam stgh atau lebih, bergantung pada keadaan jalan raya masa itu.Kiranya aku akan sampai KL paling awal adalah dalam pukul 7.30ptg..Dan masa ni da masuk waktu solat Maghrib. Jadi bila masa pulak aku nak kene solat Azar kan.
Dalam keadaan macam ini, diboleh kan untuk melakukan solat Jamak. 

Apa yang dimaksudkan dengan solat Jamak?

Solat Jamak ni bermaksud menghimpun 2 Solat ( Zohor dan Asar @ Maghrib dan Isyak ) dalam 1 waktu. Solat ini hanya untuk orang yang bermusafir sahaja.

Solat Jamak Terbahagi kepada 2 : - 

1. Jamak Takdim (dilakukan pada waktu solat yang pertama)
2. Jamak Takhir (dilakukan pada waktu solat yang kedua)

Bagaimana cara untuk mengerjakan solat jamak ni?

1. Solat Zohor hanya boleh dihimpunkan dengan Solat Asar sahaja (Jamak Takdim), begitu juga Solat Asar hanya boleh dihimpunkan bersama Solat Zohor sahaja(Jamak Takhir).

2. Solat Maghrib hanya boleh dihimpunkan dengan Solat Isyak sahaja(Jamak Takdim), begitu juga Solat Asar hanya boleh dihimpunkan bersama Solat Isyak sahaja(Jamak Takhir).

3. Tidak boleh dijamak kan Solat Zohor bersama Solat Maghrib atau Isyak, begitu juga tidak boleh dijamak kan Solat Asar bersama Solat Maghrib atau Isyak.

4. Tidak boleh dijamak kan Solat Maghrib bersama Solat Zohor atau Asar, begitu juga tidak boleh dijamak kan Solat Asar bersama Solat Zohor atau Asar.

Syarat Jamak Takdim

1. Niat Jamak Takdim hendaklah ketika solat yang pertama.
2. Dikerjakan dengan tertib iaitu didahulukan solat yang pertama daripada solat yang kedua.
Dahulukan solat Zohor (yang dijamakkan dengan Asar) @ Dahulukan solat Maghrib (yang dijamakkan dengan Isyak).
3. Sekiranya solat pertama batal, maka solat yang keduanya juga batal. Hendaklah diulangi semula ke 2- 2 solat tersebut.
4. Ke 2- 2 solat hendakla berturut-turut, tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain.
Ini bermakna selesai sahaja solat Zohor, maka terus dikerjakan solat Asar. Begitu juga pada solat Maghrib dan Isyak.


Syarat Jamak Takhir

1. Niat Jamak Takdim hendaklah ketika solat yang pertama.
2. Hendaklah berkekalan masa musafirnya sehingga solat yang kedua.

Lafaz niat Jamak Takdim

###aku tulis rumi je ye..

Waktu Zohor : Dihimpun dan Diqasar Solat Zohor bersama Asar

Zohor: Ussoili fardhu zuhri rak'ataini qadran majmuan illaihi asri adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, dijamakkan dalam Asar kerana Allah Taala

Asar: Ussoili fardhu asri rak'ataini qadran majmuan illa zuhri adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar, dijamakkan dalam Zohor kerana Allah Taala

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu Maghrib : Dihimpun dan Diqasar Solat Maghrib bersama Isyak

MaghribUssoili fardhu maghribi salasa rakaatin majmuan illaihi isyai adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dijamakkan dalam Isyak kerana Allah Taala

IsyakUssoili fardhu isyai rak'ataini qadran majmuan illa maghribi adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar, dijamakkan dalam Maghrib kerana Allah Taala

*********************************************************************************


Lafaz niat Jamak Takhir

Waktu Asar : Dihimpun dan Diqasar Solat Asar bersama Zohor


Asar: Ussoili fardhu asri rak'ataini qadran majmuan illaihi  zuhri adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar, dijamakkan kepada Zohor kerana Allah Taala


Zohor: Ussoili fardhu zuhri rak'ataini qadran majmuan illa asri adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, dijamakkan dalam Asar kerana Allah Taala

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu Isyak : Dihimpun dan Diqasar Solat Isyak bersama Maghrib

IsyakUssoili fardhu isyai rak'ataini qadran majmuan illaihi maghribi adaan lillahi taala

Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar, dijamakkan kedalam Maghrib kerana Allah Taala


MaghribUssoili fardhu maghribi salasa rakaatin qadran majmuan illa isyai adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dijamakkan kedalam Isyak kerana Allah Taala













No comments: