Nuffnang Ads

Friday 30 January 2015

Kemas Rumah

Jumaat 20 January 2015 10.26am 9 Rabiul Akhir 1436 Hijrah

Mak aku selalu pesan..

"Sambil masak, sesambil tula kemasla apa yang patut..basuh apa yang patut..lap-lap dapur..nanti takla penat da nak bersihkan..pastikan dapur sentiasa kemas..lepas masak basuh dulu periuk-periuk/bekas-bekas..baru la hidang makanan..makan.."

Itula yang aku praktikkan dari kecil sampai besar..sebab mak aku suka bebel-bebel sambil masak..pastu sambil masak, sambil tu jugak la dia suka jenguk kami kat depan, sambil mengemas kat ruang tamu jugak..Itulah kehebatan mak aku..Multiskills and superwomen..

Bagi korang yang tak berapa paham, sambil masak sambil mengemas tu biar aku jelaskan..

Tugas memasak ini kan ambil masa juga..contohnya..selalu pertama sekali orang akan masak nasi dulu..lepas masak nasi, kita akan kupas-kupas bawang, potong bawang, basuh sayuran atau potong apa yang patut..tapi sesetengah orang da siapkan semua ni awal-awal..hanya tinggal nak masak sahaja..

Bila kupas bawang, bawang putih, bawah merah, halia, kentang, sediakanlah satu beg plastic sampah kosong berhampiran..Jadi boleh terus buang kulit bawang tersebut dalam beg plastic yang da tersedia..Tak payahla kumpul sampah kulit bawang tu..Nampak tak, lepas kupas , potong terus buang sampah tersebut dalam beg plastic..da kemas balik dapur..

Lepas itu korang mesti la nak tumis bawangkan klu masak sambal ker, masak lemak, atau kari..Sesambil tunggu bawang jadi kuning dan wangi bolehla basuh pisau dan papan pemotong tu..lepas da jadi kuning-kuning, masukkan la perencah yang sepatutnya..

Segala bekas-bekas yang digunakan boleh la basuh..sementara tunggu makanan tu masak atau pecah minyak..Korang ambik la kain lap-lap dapur korang..Bila da selesai masak..bersihkan terus dapur..sapu sampah..mop lantai..lepas tu baru la hidang dan makan..kan baru tenang bila makan..Dapur bersih dan kemas..


Sekarang, sume family aku praktikkan cara ni..Alhamdulillah rumah sentiasa kemas..Biar rumah kecil, asalkan bersih dan kemas, barula selesa..

Wednesday 28 January 2015

Diary sabtu

28 January 2015 11.25am rabu 7 rabiulakkhir1436hijrah

Ni kisah hari sabtu, 24 January 2015..
Hari jumaat malam sabtu tu aku tido kat jenderam..
Sebab esoknya ada mauled besar..
Tumpang tido kat bilik rawatan dengan mak mertua aku..
Bangun pagi lepas solat subuh ingat nak tido balik..
Tapi tak boleh..
Sebab ada warga Indonesia ketuk-ketuk bilik rawatan cakap tak sihat..
Eh..bukan ada doctor pun..
Mak mertua akula yang duk melayan..
Aku disebalik tirai..
Katil paling hujung berlakun tido..huhu..
Lepas dorang balik mak mertua aku kejutkan aku suruh aku mandi..
Aku pun bangun dan terus mandi..
Masa da siap mandi, aku nak keluar toilet dengar lagi ada orang Indonesia masuk bilik kecemasan..
Aku pun apa lg..
Terperap la dalam toilet tu sampai dorang balik..
Orang Indonesia ni dorang datang kat Al jenderami, sebab nak sertai sekali aktiviti Maulid kat sini..
Banyak..ada tiga bas..
Dorang baru je balik dari sambutan MaulidulRasul ni dekat Thailand tak silap aku..
Orang dari Singapore pun ada datang..
Dari negeri-negeri lain pun ada datang..
Contoh dari Johor, Kelantan dan lain-lain negeri..
Berbas-bas datang..
Lepas mandi aku bersiap terus pakai baju seragam untuk hari sabtu..
Iaitu baju hijau dan tudung putih..
Tunggu mak mertua aku bersiap..
Baru keluar cari makan..
Niat di hati nak makan roti canai..
Tapi sayang da habis..
Pastu ada kawan mak mertua aku buat bihun goreng..
Ajak makan sekali..
Alhamdulillah..sikit pun ada jugak makanan..
Pastu kami duk mengopi plak kat kedai makan yang jual roti canai tu..
Aku nampak hubby aku..
Mengadu kat dia teringin nak makan roti canai..
Pastu ajak dia jalan..tengok makanan..hehe..
Aku bagi duit kat mak mertua aku untuk dua gelas air yang kami order..
Pastu jalan-jalan la dengan Pali aku..
Hmmm..tak ada makanan yang kena kat tekak..
Pali cakap kat Bistro ada roti canai lagi..
Bistro tu tempat makan orang kenamaan..
Marhaen macam kami tak di galakkan..
Pali boleh tengok dan ambik makanan kat situ sebab dia AJK makanan..
Dia ambik dua keping roti canai..
Pastu beredar la kami ke kedai makan tempat mak mertua aku lepak..
Aku satu..Pali satu..ajak mak mertua aku..dia tak nak..
Mak mertua aku beredar dulu..
Roti canai da sejuk..
Kuah tak ada..
Tak syiok la makan..
Lepas makan, kami bawak haluan masing-masing..
Pali pergi kantin untuk tugas dia..
Aku plak tak tahu nak pergi mana..
Aku pun pergi la dengar ceramah kat belakang masjid..
Tengah dalam perjalanan..jumpa cik adah..
Dia arahkan aku bagi kan roti dan air mineral tuk orang yang dengar ceramah kat sana..
Aku ok jer..lepas bagi..aku duk paling belakang..dengar ceramah..
Sebab duk belakang memang tak dapat tumpukan perhatian..
Tak lama lepas tu dalam pukul 12tengah hari, ada makcik panggil untuk tolong potong nenas..
Aku ikut jer..
Tugas aku buang lubang-lubang kat nenas tu..
Banyak sangat..sampai bengkak-bengkak jari dan tapak tangan sebab bisa air nenas..
Sampai hari isnin tadi baru bengkak kebah..
Aku tak buat apa pun..
Cuma kerap basuh dan cuci tangan bagi getah dia hilang kat tangan..
Dalam pukul 2 petang habis la da sume nenas dikerjakan..
Aku pergi kantin cari makan..
Makan nasi lauk daging dan kuah sambal..
Ada cendol jugak..
Lepas tu aku masuk bilik rawatan..aku tidur sampai kul 4 petang..
Bangun terkejut sebab belum solat zohor lagi..
Bangun..mandi..solat zohor..niat nak tido tapi tak boleh...
Bersiapla..tukar baju kurung putih..
Sambil tunggu asar..
Lepas asar aku kuar terus makan petang..
Sempat makan bubur..
Nasib baik..sebab tak sampai setengah jam bubur da habis..
Banyak kot tetamu yang hadir..
Lepas tu aku tolong bahagian minuman..
Isikan air dalam cawan..
Sampai pukul 6.10 petang, aku naik atas..
Tugas aku bermula pukul 6.15petang..
Jaga tetamu bahagian atas untuk solat, dan apa jua la pertanyaan..
Perarakan Maulidur Rasul bermula jam 7 malam..
Tapi semua orang da beratur dalam barisan start pukul 6.30 petang..
Lepas betul kan saf solat orang kat atas..aku pun beredar untuk solat magrib jugak..
Aku solat kat bilik rawatan..
Lepas maghrib aku duk lepak-lepak dekat kantin jer..
Sebab baju da berbau tak selesa nak jalan-jalan..
Lepas tu aku tolong orang bungkus lauk untuk tetamu yang hadir..
Da habis bungkus..
Tunggu sampai habis majlis..
Ada geng ajak aku makan sekali..
Jadi jom makan..
Lepas tu kemas-kemas..
Aku tunggu laki aku habis mengemas sampai kul 2 pagi..
Sebab aku da pesan kat dia..
Aku tak nak tido jenderam..
Aku nak balik rumah..
Aku nak selesa sebab esok ahad aku nak rehat, nak basuh baju, iron baju dan sebagainya..
Dalam kul 3pagi kami gerak balik..
Alhamdulillah selamat sampai rumah dalam kul 4 pagi..

Pagi yang Indah

28.1 2015 Rabu 11.07am 7 Rabiulakhir 1436 Hijrah..




Monday 26 January 2015

Diary ahad

Isn 2015, 10.33pm 5 Rabiulakhir 1436 Hijrah

Ni cerita hari ahad semalam..25 Januari 2015..tak ada apa yang menarik masa hr ahad hari tu..sebab aku baru balik dari aktiviti Al - Jenderami..sampai rumah pun da pukul 4 pagi..serius memang penat..nasib baiklah aku paksa jugak laki aku balik pagi-pagi ni lepas dia  habis bertugas..klu nak menunggu tido satu malam lagi kat sana aku rasa lagi penat..yela pagi-pagi bangun nak kene berkemas balik..klu da ada kat rumah..boleh la relax-relax..kira aku membuat keputusan yg tepat..hehe..da sampai rumah..agkat barang yang penting, masuk bilik terus terbongkang tido..bangun pagi..lepas tu tido balik sampai tengah hari..mandi..makan kerepek..solat..iron baju..kumpul baju nak basuh..main game..solat asar..baru pegi makan nasi..kak ipar aku masak..ikanbilis kentang goreng sambal, ayam madu, cucur, air laici..sedap ikan bilis sambal tu..bertambah aku makan..lepas makan da pesan kat hubby aku petang nak pergi garden..kul 6 nak gerak..terus bersiap..pakai kasut sukan bagai..masuk keta hujan turun dengan lebatnya..T_T   tapi kuar jugak..hubby isi minyak shell dekat titiwangsa..pastu saja nak ronda titiwangsa..kuar balik..tak jadi..sebab jalan sangat-sangat jem..bergerakla balik..dalam perjalanan balik temperature kete naik sangat- sangat tinggi..sebenarnya da 2 minggu temperature kete naik..tapi aku mintak hold dulu..nak tunggu gaji dapat baru repair..hmmmm...tak boleh jadi..pagi tadi aku da pesan kat hubby aku, balik keje nanti terus pergi bengkel check..aku guna duit tabung aku..berbalik cerita..kul 7 malam kami sampai rumah..sekejap je da balik rumah..iyela hujan..apa lg yg blh buat..malam plak..sebelum maghrib aku mandi dulu..solat maghrib..lepas tu transfer gambar dari handphone hubby aku ke laptop..sebab dia tak boleh nak update  watups..sebab tak cukup space..tengok gambar kawin..gelak- gelak..solat isyak tido..

Wednesday 21 January 2015

Kisah cokodok..

Rabu 21 Januari 2015 10.15 AM 30 Rabiulawwal


Milah : Nana meh makan ni, ada banana ball..
Nana : Dengan excitednya sambil dalam hati cakap ni mesti sedap setaraf macam pisang goreng cheese. Nama kemain english sangat.
Nana : Mana banana ball?
Milah : Ni haaa cekodokkkk, nama commercialnya banana ball...
 
**kisah ni aku tengok dalam facebook pagi tadi..saja nak kongsi dengan korang..
 



Fakta marah dari sudut sains

Rabu 21.1.2015 9.46 AM  30 Rabiulawwal 1436 Hijrah

1. Bila marah urat saraf kita kan menjadi kecut.

2. Bila urat jadi kecut jadi pengaliran aliran darah dalam badan menjadi sempit dan tidak lancer.

3. Bila pengaliran darah tidak lancer, jantung perlu berkerja lepas keras untuk mengepam darah ke seluruh badan.

4. Kesannya, serangan jantung berlaku. Selain itu, kita akan rasa sakit kepala yang teramat sangat dan penyakit lain juga akan dating.













Tuesday 20 January 2015

English conversation : Where are you from? (Awak berasal dari mana?)

Selasa 20.1.2015  9.12AM  29 RabiulAwwal 1436 Hijrah

Abdul : Hello.

Aja      : Hai.

Abdul  : How are you? (Awak apa kabar?)

Aja      : I am good. How are you? (Saya baik. Awak apa kabar?)

Abdul  : Good. Do you speak English? (Baik. Awak boleh bercakap bahasa English?)

Aja      : A little. Are you American? (Sedikit. Awak orang Amerika?)

Abdul  : Yes. (Ya)

Aja      : Where are you from? (Awak berasal dari mana?)

Abdul : I am from California . (Saya berasal dari California )

Aja     : Nice to meet you. (Selesa bertemu awak)

Abdul : Nice to meet you too. (Selesa juga bertemu awak)

Maksud bacaan dalam sujud




Sama-samalah kita menghafal dan memahami setiap maksud bacaan dalam solat kita, agar solat kita lebih kusyuk dan sempurna..


Masih aku cinta - Shila Amzah



 
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Monday 19 January 2015

Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29)

 
 
 
Pertandingan lagu yang berprestij ini telah berlangsung pada 18 Januari lalu (Ahad) dan  disiarkan secara langsung di TV3 tepat jam 9 malam. Berikut keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang..
 
 
1. Juara – Apa Khabar, Joe Flizzow & Sonaone
2. Naib Juara – Masih Aku Cinta, Shila Amzah

3. Tempat Ketiga – Di Pintu Syurga, Dayang Nurfaizah
4. Vokal Terbaik – Dayang Nurfaizah
5. Persembahan Terbaik – Mojo & Caliph Buskers.
 
 
Mari kita lihat  senarai 12 lagu yang bertanding pada 18 Januari :-
1. Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
2. Hazama – Malaikat
3. Yuna – Lelaki (dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin)
4. Alyah – Sesal Separuh Nyawa
5. Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
6. Hafiz – Matahari
7. Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
8. Indah Ruhaila – Percayalah
9. Stacy – Gilalah
10. Mojo – Romancinta
11. Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
12. Shila Amzah – Masih Aku Cinta


Joe Flizzow ft SonaOne - Apa Khabar


 
 
 

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu
 
Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah
 
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
 
Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham
 
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
 
Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza


Friday 16 January 2015

Lafaz niat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu


 
Contoh niat : -






Maroon 5 serang majlis perkahwinan




"Sugar"

I'm hurting, baby, I'm broken down
I need your loving, loving
I need it now
When I'm without you
I'm something weak
You got me begging, begging
I'm on my knees

I don't wanna be needing your love
I just wanna be deep in your love
And it's killing me when you're away
Ooh, baby, 'cause I really don't care where you are
I just wanna be there where you are
And I gotta get one little taste

Sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me
I'm right here, 'cause I need
Little love and little sympathy
Yeah you show me good loving
Make it alright
Need a little sweetness in my life
Sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me

My broken pieces
You pick them up
Don't leave me hanging, hanging
Come give me some
When I'm without ya
I'm so insecure
You are the one thing, one thing
I'm living for

I don't wanna be needing your love
I just wanna be deep in your love
And it's killing me when you're away
Ooh, baby, 'cause I really don't care where you are
I just wanna be there where you are
And I gotta get one little taste

Sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me
I'm right here, 'cause I need
Little love and little sympathy
Yeah you show me good loving
Make it alright
Need a little sweetness in my life
Sugar! (Sugar!)
Yes, please (Yes, please)
Won't you come and put it down on me

Yeah
I want that red velvet
I want that sugar sweet
Don't let nobody touch it
Unless that somebody's me
I gotta be a man
There ain't no other way
'Cause girl you're hotter than southern California Bay

I don't wanna play no games
I don't gotta be afraid
Don't give all that shy sh-t
No make up on
That's my

Sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me (down on me!)
Oh, right here (right here), 'cause I need (I need)
Little love and little sympathy
Yeah you show me good loving
Make it alright
Need a little sweetness in my life
Sugar! (Sugar!)
Yes, please (Yes, please)
Won't you come and put it down on me

Sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me
I'm right here, 'cause I need
Little love and little sympathy
Yeah you show me good loving
Make it alright
Need a little sweetness in my life
Sugar
Yes, please
Won't you come and put it down on me

Teman Pengganti : Black ft Malique

 

 
(Black)
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
(Malique)
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
(Black)
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
(Malique)
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
(Black)
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti