Assalamualaikum..
Ini cerita sabtu tadi 10 Januari 2015, mak dan ayah mertua aku ajak pergi Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang..Masjid ni terletak di Georgetown, Pulau Pinang..Sebenarnya sambutan ni atas jemputan khariah Masjid Kapitan Keling ni kepada Tok Guru Al- Jenderami..Mak dan ayah mertua aku kira orang kuat Al- Jenderami la..Dorang teman tok guru, tapi pergi naik kenderaan masing-masing..
Majlis ni bermula pada pukul 6 petang..Aku tiba kat penang dalam pukul 5 lebih..5 setengah aku masuk dalam masjid dan duduk di khemah luar sahaja..sebab dalam da penuh..Alhamdulillah..maksudnya semakin ramai masyarakat da berminat dengan aktiviti keagamaan ni..Aku pergi berdua sahaja dengan suami aku..sebab kami dari kampong, Sungai Burung, Perak..Walaupun masih awal lagi..selepas asar majlis da bermula dengan bacaan zikir-zikir memuji keagungan Allah SWT dan selawat salam ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW..
Start pukul 6 petang..majlis dimulakan dengan ceramah dari tetamu jemputan..Maafkan aku sebab aku tak catit nama tetamu jemputan..dalam pukul 6.45 petang perarakan di mulakan..Selepas perarakan di bacakan zikir sehingga masuk waktu Solat Maghrib..Selepas solat sambung balik ceramah..Jom tengok gambar suasana..Ini sikit sahaja..malam nanti aku masukkan lagi gambar dan video..
Berlatar belakangkan Masjid Kapitan Keling |
Dalam khemah yang aku duduk.. |
Pintu masuk Muslimah |
Perarakan Maulidur Rasul |
Da malam, aku duduk luar khemah pulak sebab jumpa orang yang aku kenal..jadi aku duduk sebelah dia.. |
Hujung sana, yang dinding papan tu adalah tandas dan tempat amek wudhuk perempuan..Lelaki sebelah dia jer.. |
Kami..selepas majlis |
Itu sahaja..nanti ada masa aku tambah lagi gambar, video dan sedikit maklumat..sebab ada dalam handphone hubby aku..
No comments:
Post a Comment