Nuffnang Ads

Wednesday 28 January 2015

Diary sabtu

28 January 2015 11.25am rabu 7 rabiulakkhir1436hijrah

Ni kisah hari sabtu, 24 January 2015..
Hari jumaat malam sabtu tu aku tido kat jenderam..
Sebab esoknya ada mauled besar..
Tumpang tido kat bilik rawatan dengan mak mertua aku..
Bangun pagi lepas solat subuh ingat nak tido balik..
Tapi tak boleh..
Sebab ada warga Indonesia ketuk-ketuk bilik rawatan cakap tak sihat..
Eh..bukan ada doctor pun..
Mak mertua akula yang duk melayan..
Aku disebalik tirai..
Katil paling hujung berlakun tido..huhu..
Lepas dorang balik mak mertua aku kejutkan aku suruh aku mandi..
Aku pun bangun dan terus mandi..
Masa da siap mandi, aku nak keluar toilet dengar lagi ada orang Indonesia masuk bilik kecemasan..
Aku pun apa lg..
Terperap la dalam toilet tu sampai dorang balik..
Orang Indonesia ni dorang datang kat Al jenderami, sebab nak sertai sekali aktiviti Maulid kat sini..
Banyak..ada tiga bas..
Dorang baru je balik dari sambutan MaulidulRasul ni dekat Thailand tak silap aku..
Orang dari Singapore pun ada datang..
Dari negeri-negeri lain pun ada datang..
Contoh dari Johor, Kelantan dan lain-lain negeri..
Berbas-bas datang..
Lepas mandi aku bersiap terus pakai baju seragam untuk hari sabtu..
Iaitu baju hijau dan tudung putih..
Tunggu mak mertua aku bersiap..
Baru keluar cari makan..
Niat di hati nak makan roti canai..
Tapi sayang da habis..
Pastu ada kawan mak mertua aku buat bihun goreng..
Ajak makan sekali..
Alhamdulillah..sikit pun ada jugak makanan..
Pastu kami duk mengopi plak kat kedai makan yang jual roti canai tu..
Aku nampak hubby aku..
Mengadu kat dia teringin nak makan roti canai..
Pastu ajak dia jalan..tengok makanan..hehe..
Aku bagi duit kat mak mertua aku untuk dua gelas air yang kami order..
Pastu jalan-jalan la dengan Pali aku..
Hmmm..tak ada makanan yang kena kat tekak..
Pali cakap kat Bistro ada roti canai lagi..
Bistro tu tempat makan orang kenamaan..
Marhaen macam kami tak di galakkan..
Pali boleh tengok dan ambik makanan kat situ sebab dia AJK makanan..
Dia ambik dua keping roti canai..
Pastu beredar la kami ke kedai makan tempat mak mertua aku lepak..
Aku satu..Pali satu..ajak mak mertua aku..dia tak nak..
Mak mertua aku beredar dulu..
Roti canai da sejuk..
Kuah tak ada..
Tak syiok la makan..
Lepas makan, kami bawak haluan masing-masing..
Pali pergi kantin untuk tugas dia..
Aku plak tak tahu nak pergi mana..
Aku pun pergi la dengar ceramah kat belakang masjid..
Tengah dalam perjalanan..jumpa cik adah..
Dia arahkan aku bagi kan roti dan air mineral tuk orang yang dengar ceramah kat sana..
Aku ok jer..lepas bagi..aku duk paling belakang..dengar ceramah..
Sebab duk belakang memang tak dapat tumpukan perhatian..
Tak lama lepas tu dalam pukul 12tengah hari, ada makcik panggil untuk tolong potong nenas..
Aku ikut jer..
Tugas aku buang lubang-lubang kat nenas tu..
Banyak sangat..sampai bengkak-bengkak jari dan tapak tangan sebab bisa air nenas..
Sampai hari isnin tadi baru bengkak kebah..
Aku tak buat apa pun..
Cuma kerap basuh dan cuci tangan bagi getah dia hilang kat tangan..
Dalam pukul 2 petang habis la da sume nenas dikerjakan..
Aku pergi kantin cari makan..
Makan nasi lauk daging dan kuah sambal..
Ada cendol jugak..
Lepas tu aku masuk bilik rawatan..aku tidur sampai kul 4 petang..
Bangun terkejut sebab belum solat zohor lagi..
Bangun..mandi..solat zohor..niat nak tido tapi tak boleh...
Bersiapla..tukar baju kurung putih..
Sambil tunggu asar..
Lepas asar aku kuar terus makan petang..
Sempat makan bubur..
Nasib baik..sebab tak sampai setengah jam bubur da habis..
Banyak kot tetamu yang hadir..
Lepas tu aku tolong bahagian minuman..
Isikan air dalam cawan..
Sampai pukul 6.10 petang, aku naik atas..
Tugas aku bermula pukul 6.15petang..
Jaga tetamu bahagian atas untuk solat, dan apa jua la pertanyaan..
Perarakan Maulidur Rasul bermula jam 7 malam..
Tapi semua orang da beratur dalam barisan start pukul 6.30 petang..
Lepas betul kan saf solat orang kat atas..aku pun beredar untuk solat magrib jugak..
Aku solat kat bilik rawatan..
Lepas maghrib aku duk lepak-lepak dekat kantin jer..
Sebab baju da berbau tak selesa nak jalan-jalan..
Lepas tu aku tolong orang bungkus lauk untuk tetamu yang hadir..
Da habis bungkus..
Tunggu sampai habis majlis..
Ada geng ajak aku makan sekali..
Jadi jom makan..
Lepas tu kemas-kemas..
Aku tunggu laki aku habis mengemas sampai kul 2 pagi..
Sebab aku da pesan kat dia..
Aku tak nak tido jenderam..
Aku nak balik rumah..
Aku nak selesa sebab esok ahad aku nak rehat, nak basuh baju, iron baju dan sebagainya..
Dalam kul 3pagi kami gerak balik..
Alhamdulillah selamat sampai rumah dalam kul 4 pagi..

No comments: