Nuffnang Ads

Wednesday 29 April 2015

Doa dan cara penyembuh rabun mata

 
 
 
 

 

Pesan Mak



 

Perkongsian Amalan Bismillah 5

 
1.Letakkan tangan di tempat yang sakit.
2.Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
3.Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
4.Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
5.Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
6.Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
7.Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
8.Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
 
 

Tuesday 28 April 2015

Lawak lif



Ade seorang mak cik dari sebuah kampung pergi ke klcc.
 
bile sampai depan lift,
 
TING!
 
pintu lift terbuka mak cik tu kagum seraya berkata’
 
‘ wah! besarnye oven ni….!’
 
tertiba datang sorng mat saleh masuk lift .
 
mak cik tu cuba halang mat saleeh tu ‘,
 
jangan masuk nak ! nnti ko terbakar kang…!’
 
matsaleh tu yg keharainan dan tak faham yg mak cik tu ckap terus masuk lift.
 
 keluar pulak lelaki negro .
 
mak cik tu pon apa lagi … membebel laa..
 
‘kan mak cik dah cakap jangan masuk!
 
masuk jugak..padan muka ko hangus !!’
 
 

Perkhidmatan sms JAKIM ( JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA)



 

SUAMI AKU USTAZ




SUAMI AKU USTAZ - OFFICIAL TRAILER, terbitan Karyaseni Production di pawagam 14 Mei 2015,
Pelakon : Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Betty Rahmad, Jue Aziz, Liza Abdullah, Abdul Razak Ahmad, Kamaliah Mat Dom, Norman Hakim
Filem adaptasi dari novel bestseller karya hannah dhaniyah, terbitan Penerbitan Karyaseni.
www.karyaseni.my





Jalan cerita dalam movie tak sama macam jalan cerita dalam novel..
Pelakon pun tak seperti aku bayangkan..
Dalam bayangan aku watak Alisa adalah seperti gadis yang sederhana..
Cantik, pandai, gila - gila dan pakaian pun masih lagi melambangkan muslimah..
sebab aku membayangkan dia pakai tudung cuma dia nakal dan kasar je..
Untuk watak hero pun aku tak boleh terima..
 
Korang bacalah buat perbandingan..
Semestinya novel lagi syiok kan...

Jenis - jenis sakit kepala

 
 
 
 
 
 
 
 

Batasan aurat dan mahram bagi muslimah




 

CARA MANDI PAGI RASULULLAH SAW

 
Cara mandi pagi hari yang sesuai dengan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:
1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
 
Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.
Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak !!!
Jika tubuh kita .... apa yang retak?
 
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.
Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.
Cara mandi ini baik bagi semua umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.
 
SEMOGA BERMANFAAT
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَ عَلىآلِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…َّد

Balik Kampung - Sudirman

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

 

Cuti awal bulan 5 2015

Selasa 28 April 2015 8.13am 9 Rejab 1436

Assalamualaikum..
Lagi 3 hari lagi bulan April 2015 akan meninggalkan kita..
Lepas tu masuk bulan May 2015..
Hmmm cepatnya masa berlalu..
Usia pun makin meningkat..
Pencapaian hidup macam gitu jer..

Sebenarnya aku dalam dilemma..
1 May 2015 ni kan hari jumaat, hari pekerja mestilah cuti..
Lepas tu 3 May 2015 ahad pulak hari wesak, so isnin ganti cuti..
korang Nampak x???
Jumaat, sabtu, ahad, isnin, cuti..
kira 4 hari cuti..
mana nak dapat oiii..

Bagi anak perantauan macam aku ni memang seronoklah dapat balik kampong lama macam ni..
Iyela dalam Malaysia jugaklah perantauan aku..hewhew..
Tapi bukan senang yer aku nak balik kampong..
Lagi - lagi lepas kawin ni..
dan lagi - lagi duduk rumah mertua..

(T_T)

Semua benda kena dengar cakap mertua..
Nak balik kampong sendiri pun kena halang..
SAD!!! SAD!!! SAD!!!
bukan selalu pun aku balik..
Ni da 2 bulan aku tak balik..
Tu pun nak balik di halang!!!


AKU NAK SANGAT BALIK KAMPUNG..
AKU RINDU KAT MAK AKU..
LAGI - LAGI MAK AKU SORANG JER KAT KAMPUNG..
MANA ADA SAPA DA..

YA ALLAH KAU PERMUDAHKANLAH PERJALANAN HIDUP HAMBAMU INI YA ALAH..
AMIN YARABBAL ALAMIN




 

Monday 27 April 2015

Sayangi Dirimu - Fazura

 
 
Lirik Lagu : Sayangi Dirimu
Artis : Fazura
Album : Single (2014)

Ku lihat di sekeliling ku
Ku dengar kata-kata itu
Menyiksakan dan meresahkan mengganggu fikiran
Tapi aku yakin ku mampu capai impian ku
Jangan gentar jangar biar
Diriku ini jangan dicabar
Ini bukan penghujung jalan
Masa depan ada kejayaan
Harus tabah percaya dan yakinilah
Takkan tersusah resah
Dalam kehidupan ini harus ke depan
Ku lihat disekeliling ku
Ku dengar kata kata itu
Menyiksakan dan meresahkan mengganggu fikiran
Tapi aku yakin ku mampu capai impian ku
Just keep loving yourself
Kasihi sayangi oh dirimu
Just keep loving yourself
Cintai sayangi oh dirimu
Just keep loving yourself
Just keep on loving you sayangi dirimu
Just keep loving yourself
Just keep on loving you sayangi dirimu
Jangan gentar jangar biar
Usah undur pantang dicabar
Jangan gentar jangar biar
Usah undur pantang dicabar
Menyiksakan dan meresahkan mengganggu fikiran
Tapi aku yakin ku mampu capai impian ku
Just keep loving yourself
Kasihi sayangi oh dirimu
Just keep loving yourself
Cintai sayangi oh dirimu
Just keep loving yourself
Just keep on loving you sayangi dirimu
Just keep loving yourself
Just keep on loving you sayangi dirimu
Just keep loving yourself
Kasihi sayangi oh dirimu
Just keep loving yourself
Cintai sayangi oh dirimu
Just keep loving yourself
Just keep on loving you sayangi dirimu
Just keep loving yourself
Just keep on loving you sayangi dirimu
Lirik Lagu Sayangi Dirimu – Fazura

Iktiar mengatasi sihir


  1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.
  2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.
  3. Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.
  4. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.
  5. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari. Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya. Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan. Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis. Tak percaya? Cubalah buat. Mengapa jadi begitu? Antaranya kerana kita sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat dan kerana turunnya sakinah. “Mood’ untuk bertengkar dan meninggikan suara jarang berlaku dalam majlis taklim. Wallahualam.
  6. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.
  7. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.
Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.

Tanda-tanda Rumahtangga Terkena Sihir



Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin .
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
ANTARA tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:
  1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
  2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
  3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
  4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
  5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
  6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
  7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
  8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
  9.  Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

SABDA RASULULLAH S.A.W TENTANG ANAK

 
1- Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.
2- Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk kedalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
3- Barang siapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menanggis kepada Allah, maka api neraka diharam menyentuh tubuhnya.
4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah diantara dua darjat adalah 500 tahun.
5- Barang siapa yang keluar dari rumah untuk membeli barang-barang dan kembali kerumah dengan membawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia kan mendapat rahmat dari Allah s.w.t dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

Riak

Isnin   27 April 2015  10.27am  8 Rejab 1436 Hijrah

 
 
Ini sekadar luahan hati yer..
Sekarang ni aku dikelilingi oleh orang yang suka membandingkan keimanan setiap..
Ok isu ni ni sensitif sikit..
Cuma aku tak setuju dengan orang macam ni..
Tak setuju dan klu boleh aku tak nak dekat dengan orang macam ni..
Tapi apakan daya..
Setiap hari aku kena berdepan dengan orang ini..
Bukan seorang tapi lebih dari sorang..
 
 
Apa yang cuba aku maksudkan ni??
ok..aku cerita serba sikit yer dulu..
Tak semestinya kita nampak orang tu hidup dia enjoy jer maksudnya dia tak solat, tak berzikir..
Perlu ker kita hebahkan kat semua orang kebaikan yang kita lakukan..
 
 
WEHH AKU DA SOLAT..HANG NI APA NAK JADI ASYIK ENJOY JA..TAK SOLAT KA
 
WEHH HARINI DA BERIBU-RIBU AKU BERZIKIR..HANG PLAK ADA BERZIKIR KA
 
WEHHH AKU SEDEKAH KAT MASJID TU..AKU DA SEDEKAH KAT MASJID NI..HANG TENGOK AKU BERKAT..
 
Hampa nampak apa yang aku nak sampaikan???
Bagi aku ni riak..
Hampa nampak macam biasa ja..
Tapi kalu hari-hari orang duk bandingkan kebaikan yang dia buat dengan kita pastu duk canang-canang cerita kat orang, lama- lama aku menyampah..
Lagi geram bila dia duk bandingkan family dia dengan family kita..
 
Family aku memang nampak relax ja..
Tapi tu bukan bermaksud hang boleh kata family aku ni tak ada agama..
Mak ayah aku tak pandai didik anak- anak, tak ada agama..
 
Hang nampak macam alim sebab pakaian hang..
sebab hang duk sakan cerita hang solat, hang zikir
dan hang selalu p majlis agama..
 
Family aku memang jarang p majlis agama..
Pakaian pun tak labuh-labuh,
Tapi hang penah nampak kami pakai baju ketat??
Yala kami gemok..
Pakai baju apa tetapla nampak ketat..
Dan paling penting tak perlu nak hebohkan apa yang kita lakukan..
 
 
Hang p majlis agama..
Lepas dengaq ceramah, lepas solat isyak hang dengan geng hang sembang-sembang sampai pukul 12 tengah malam..pukul 1 pagi..
aku bukan nak menunjuk..
Cuma aku menyampah..
Jadi nak cerita jugak..
Hang taw mak aku lepas solat magrib tak bangkit da sejadah..berzikir dan mengaji ja..
Sampai waktu solat sambung balik mengaji..sampai tertidoq..
Hang memang la xnampak..
Dan tak perlu aku nak bercerita..
 
Hang bangun subuh pun kadang lewat bangun..pukul 6 setengah pagi baru nak bangun..
Hang taw mak aku hari - hari dia bangun pukul 4 pagi..
Tahajjud, hajat sampai subuh..
mengaji sambung solat dhuha pastu baru rehat buat kerja lain..
Yang hang buat solat Dhuha ja pastu duk canang satu Malaysia..
 
Hang p majlis agama..
Mak aku tak p..
Tapi siaran tv dia ceramah agama, mengaji..
hang tak taw..
sebab aku bukan macam hang suka canang cerita..
 
Sebab mak aku macam tu la..
Walaupun hang nampak aku duk horey2
aku pun solat la..
Berzikir, mengaji, hari- hari aku buat..
Dan memang aku tak bercerita kat orang apa yang aku buat..
Perlu ker????
Cukupla Allah jer yang tahu..
Tak perlu menunjuk2..
 
Hang duk canang hang da berapa kali p haji..
da berapa kali p umrah..
pastu hang duk bandingkan dengan family aku..
Yala kami ni tak mampu..
bukannya kami langsung tak ada niat nak p haji, p umrah..
memang kami teringin sangat..
Dan aku tak perlu nak cerita kesusahan family aku kat orang luar..
InsyaAllah rezeki kami p sana pasti ada..
 
Hang taw kenapa aku tak suka dengaq nasihat hang???
Sebab aku tak suka dengaq nasihat dari orang yang suka membangga diri..
 
Mohon hang sedar dan insaf..
Buat amal pun klu duk menunjuk-nunjuk, memang tak dapat apa..
rugi ja amalan yang hang buat selama ni
 
nah aku bagi setepek..
 
 
 
 
 


Sedekah



 

Niat

  


 

Buah - buahan anti kanser





Ayat Al - Quran merawat kanser




Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.
CnP

Bismillah, Alhamdulillah

 
 
 
 
 
 
 
 
Start
 
 
your
 
 day
 
 
 with
 
 Bismillah
 
 and
 
 
 end
 
 
 it
 
 
 with 
 
 
Alhamdulillah

Friday 24 April 2015

TIPS HILANGKAN KAHAK BAYI

 
1) Air kelapa
Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula.
Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.
2) Madu
Guna madu asli.
Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air
Kalau baby, madu + air
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa
3) Teknik tepuk @ percussion
4) Gas nebulizer
Untuk cairkan kahak.
Kahak akan keluar melalui najis atau muntah
5) Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega - ia membantu mencairkan kahak
6) 2 ulas bawang putih + minyak masak
Cara :
-bawang putih dibakar hingga lembut
-lenyekkan + cikit minyak masak
-lulur ke leher, dada, belakang baby
7) Daun kaduk + kapur + air
Cara :
- daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas
- lulur ke dada, leher, belakang baby
8) Kunyit hidup
Cara:
- bakar kunyit hidup
- gesek pada lesung batu
- ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby
Thermal steam therapy - duduk dekat air humidifier beberapa minit atau letak muka over mangkuk air panas
** Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak.

UJI PERSONALITI

 
 
Jom test personality korang. hampir 100% yang mencuba memang tepat. Korang pilih nombor antara 1 hingga 9. Nombor tersebut darab dengan 3, kemudian tambah dengan 3, pastu darab dengan 3. korang akan dapat dua digit nombor (contoh: 43). Last skali tambah kedua2 nombor tersebut (contoh: 4+3=?) pastu lihat jawapan di bawah.
 
1. Lembut hati

2. Berkeyakinan t
inggi

3. Hensem atau Jelita

4. Penghibur

5. Mulut manis

6. Rendah diri

7. Amanah

8. Rajin

9. Bebal

10. Suka keamanan

11. Penyayang

12. Penyabar

13. Pemurah

14. Bijaksana

15. Berani

16. Pembersih

17. Suka membantu
 
 
 
***aku pilih no 5 sebab dalam hati kata no 5. aku ikut kira macam kat atas..
5x3 = 15
15 + 3 = 18
18 x 3 = 54
5+4 = 9
 
9= BEBAL!!!!!!