Isnin 27 April 2015 10.27am 8 Rejab 1436 Hijrah
Ini sekadar luahan hati yer..
Sekarang ni aku dikelilingi oleh orang yang suka membandingkan keimanan setiap..
Ok isu ni ni sensitif sikit..
Cuma aku tak setuju dengan orang macam ni..
Tak setuju dan klu boleh aku tak nak dekat dengan orang macam ni..
Tapi apakan daya..
Setiap hari aku kena berdepan dengan orang ini..
Bukan seorang tapi lebih dari sorang..
Apa yang cuba aku maksudkan ni??
ok..aku cerita serba sikit yer dulu..
Tak semestinya kita nampak orang tu hidup dia enjoy jer maksudnya dia tak solat, tak berzikir..
Perlu ker kita hebahkan kat semua orang kebaikan yang kita lakukan..
WEHH AKU DA SOLAT..HANG NI APA NAK JADI ASYIK ENJOY JA..TAK SOLAT KA
WEHH HARINI DA BERIBU-RIBU AKU BERZIKIR..HANG PLAK ADA BERZIKIR KA
WEHHH AKU SEDEKAH KAT MASJID TU..AKU DA SEDEKAH KAT MASJID NI..HANG TENGOK AKU BERKAT..
Hampa nampak apa yang aku nak sampaikan???
Bagi aku ni riak..
Hampa nampak macam biasa ja..
Tapi kalu hari-hari orang duk bandingkan kebaikan yang dia buat dengan kita pastu duk canang-canang cerita kat orang, lama- lama aku menyampah..
Lagi geram bila dia duk bandingkan family dia dengan family kita..
Family aku memang nampak relax ja..
Tapi tu bukan bermaksud hang boleh kata family aku ni tak ada agama..
Mak ayah aku tak pandai didik anak- anak, tak ada agama..
Hang nampak macam alim sebab pakaian hang..
sebab hang duk sakan cerita hang solat, hang zikir
dan hang selalu p majlis agama..
Family aku memang jarang p majlis agama..
Pakaian pun tak labuh-labuh,
Tapi hang penah nampak kami pakai baju ketat??
Yala kami gemok..
Pakai baju apa tetapla nampak ketat..
Dan paling penting tak perlu nak hebohkan apa yang kita lakukan..
Hang p majlis agama..
Lepas dengaq ceramah, lepas solat isyak hang dengan geng hang sembang-sembang sampai pukul 12 tengah malam..pukul 1 pagi..
aku bukan nak menunjuk..
Cuma aku menyampah..
Jadi nak cerita jugak..
Hang taw mak aku lepas solat magrib tak bangkit da sejadah..berzikir dan mengaji ja..
Sampai waktu solat sambung balik mengaji..sampai tertidoq..
Hang memang la xnampak..
Dan tak perlu aku nak bercerita..
Hang bangun subuh pun kadang lewat bangun..pukul 6 setengah pagi baru nak bangun..
Hang taw mak aku hari - hari dia bangun pukul 4 pagi..
Tahajjud, hajat sampai subuh..
mengaji sambung solat dhuha pastu baru rehat buat kerja lain..
Yang hang buat solat Dhuha ja pastu duk canang satu Malaysia..
Hang p majlis agama..
Mak aku tak p..
Tapi siaran tv dia ceramah agama, mengaji..
hang tak taw..
sebab aku bukan macam hang suka canang cerita..
Sebab mak aku macam tu la..
Walaupun hang nampak aku duk horey2
aku pun solat la..
Berzikir, mengaji, hari- hari aku buat..
Dan memang aku tak bercerita kat orang apa yang aku buat..
Perlu ker????
Cukupla Allah jer yang tahu..
Tak perlu menunjuk2..
Hang duk canang hang da berapa kali p haji..
da berapa kali p umrah..
pastu hang duk bandingkan dengan family aku..
Yala kami ni tak mampu..
bukannya kami langsung tak ada niat nak p haji, p umrah..
memang kami teringin sangat..
Dan aku tak perlu nak cerita kesusahan family aku kat orang luar..
InsyaAllah rezeki kami p sana pasti ada..
Hang taw kenapa aku tak suka dengaq nasihat hang???
Sebab aku tak suka dengaq nasihat dari orang yang suka membangga diri..
Mohon hang sedar dan insaf..
Buat amal pun klu duk menunjuk-nunjuk, memang tak dapat apa..
rugi ja amalan yang hang buat selama ni
nah aku bagi setepek..
No comments:
Post a Comment