Nuffnang Ads

Wednesday 3 June 2015

Kisah Iman Hanafi bersama anak kecil dan sepatu kayu

 
 
Nu’man bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.
 
“Imam Hanafi berkata, “Hati-hati anak kecil dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kamu tergelincir.”
 
Anak kecil itu pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.
 
“Bolehkah saya tahu namamu, tuan?”, tanya si anak kecil.
 
“Nu’man namaku.”, jawab imam Hanafi
 
“Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A’dhom (Imam Agung) itu..?”, tanya si anak kecil.
 
“Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku.”
 
Kata anak kecil itu; “Wahai Imam, hati-hati lah dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan nanti tergelincir ke dlm neraka kerana gelaran itu”. “Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia.Tapi gelaran mu itu tuan Imam mungkin dapat menjerumuskan mu ke dalam api neraka yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertai mu”
 
Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun terharu dan lalu menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan ini datang dari lidah seorang anak kecil.
 
Betapa banyak manusia hari ini tertipu kerana pangkat dan harta, tertipu kerana kedudukan serta kesombongan dgn ilmu yg ada kerana kelalaian. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan dan kemegahan sesama manusia.

No comments: