9.22am Isnin 15.6.15 27 Syaaban 1436 Hijrah
Assalamualaikum..
Lagi 3 hari lagi kita nak sambut Ramadhan..
So apa persediaan korang???
Semalam sabtu ahad, aku balik kampong..
Kutip sayur kangkung, pucuk paku, cili, daun kari..
Wah seronoknya..
Lepas tu beli ikan masin, pekasam..
Kat KL susah nak dapat kan..
Klu ada pun mahal..
Masih berharap????
Apa yang diharapkan??
Hmmm aku malas nak luahkan isu ni pada sesiapa
Bagi aku semua ni rezeki..
Bukan aku tak berusaha..
Setiap bulan aku berusaha dan berharapkan keajaiban..
Aku makan vitamin C, gla complex, acid folid..
Cuma berat badan jer yang aku tak mampu turunkan lagi..
Haritu ada lah sorang makcik ni singgah rumah..
Nak menjemput kenduri doa selamat di rumah dia..
Lepas tu dia tegur aku, "Tak da apa-apa lagi ker?"
Aku pun jawab, " Belum rezeki lagi, tak ada petua ker?"
Dia jawab, " Makcik nak bagi petua pun anak cuma 3 jer, macam mana nak bagi petua."
Aku jawab, " ok la ada jugak anak, aja ni klu boleh dapat sorang pun tak apa."
Makcik tu, " Tulakan makcik hang, acu hang tu tak da anak jugakkan..Tak taw la hang pun
mesti xda jugakkan."
Lepas tu makcik tu blah..
Tak tipula..sikit pun mesti lah ada terasa, walaupun aku cakap redha dan masih berharap..
Lagi-lagi sepupu aku yang baru jer kawin da mengandung..
Aku ni da dekat setahun..tak ada apa- apa lagi..
Hmmm masih berharap dan berusaha..
#aku sentap
#sangatsensitifbilabicarasoalanak
#usahatawakaltanggakejayaan
#doakanakuyerkawan-kawan
#mohonberkatramadhanadarezeki
No comments:
Post a Comment