Nuffnang Ads

Friday 5 December 2014

Hospital KPJ Ampang Puteri..

12/5/2014  10:33am  Jumaat  19 Safar 1436 Hijrah

Ni kisah malam tadi..kamis malam jumaat..sedikit rumusan sahaja..
Lepas isyak aku dengan dely da niat nak pergi rumah makcik Delly kat Ampang..
Sampai rumah makcik Dely, kereta ada tapi orang tak ada..
Jadi dia pun call la pakcik dia..
Pakcik dia cakap dorang kat Hospital Ampang Puteri..
Makcik Delly masuk hospital..
Jam masa tu da pukul 10 malam..
Delly pun ajak la pergi hospital..
Aku Tanya boleh ke masuk..
Dia kata pergi je dulu..
Kami pun gerak la..
Sebenarnya hospital tu dekat je dengan rumah pakcik delly..
Tapi kami silap jalan..
Sampai hospital dalam 10.30 malam..
Mula-mula kami masuk parking dalam..
Sejam pertama RM 3.00
Kami rasa mahal..
Sebabkan hari hampir lewat malam..
Jadi banyak jer parking kosong kat luar tepi jalan..
Kami amik keputusan kuar balik parking..
Nasib baik boleh..
Tak payah bayar apa-apa..
Sebab kami masuk pun tak lama..
Tak sampai 5 minit pun..
Waktu melawat kat hospital tu aku tak pasti..
Tapi aku rasa bila-bila pun boleh..
Cuma selepas pukul 9stgh malam ke atas tetamu kene daftar nama kat pengawal..
ok je..satu family sorang je daftar..
Da daftar kat pengawal..
Betul-betul depan pintu masuk ke ward..
Kami naik tingkat 3..
Persekitaran hospital ni memang bersih dan cantik..
Makcik delly kena denggi..
Da 2 hari masuk hospital..
Aku masuk ward kat tingkat 3 tu memang cantik..
Iyela hospital swasta kan..
Masih banyak lagi tetamu yang melawat..
Dihujung meja masuk ward, disediakan kerusi rehat yang empuk..
Di katil pesakit juga ada disediakan sofa yang empuk..
Setiap katil pesakit di pisahkan dengan kain langsir yang bersih..
Lagi satu yang mengagumkan aku ..
Setiap katil pesakit disediakan televisyen..
Penyaman udara juga baik dan selesa..
Takla bosan kan duduk hospital..
Lagi-lagi bila family dapat teman setiap waktu..
Kami melawat sekejap jer..
Pukul sebelas kami berangkat balik sebab esok nak kerja..
 
Untuk persekitan hospital Ampang Puteri ni aku bagi 3 bintang..
Untuk kebersihan dan keselesaan..
Kenapa 3 bintang je bukan 5 bintang???
Sebab aku tak melawat lagi keseluruhan hospital ni..
ok..itu sahaja..
 
Assalamualaikum..
 
 

No comments: