Nuffnang Ads

Tuesday 9 December 2014

Petua lembutkan tangan dan kaki

9 Disember 2014    9.02AM   Selasa    16 Safar 1436Hijrah

Ni petua yang aku cari  kat internet, dan yang aku boleh guna kat diri aku sebab bahan yang di gunakan mudah dapat dan bahan yang aku selalu guna..Jom cek : -

1. Hampas Teh/ Kopi
Lepas bancuh teh, hampas teh jangan di buang. Ambil hampas teh dan sapukan pada tangan atau kaki. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah di bersihkan. Amalkan dua tiga kali seminggu..

2. Asam Jawa
Ambil sedikit asam jawa dan gosok pada kedua tapak tangan atau kaki. Urut mana - mana yang patut dalam 5 minit - 10 minit.

3. Air basuhan beras
Rendam tangan atau kaki selama 5 minit dalam air basuhan beras.

4. Bawang Merah
Ambil sebiji bawang merah, kupas kulit, tumbuk bagi hancur dan sapukanlah pada kulit tangan yang keras.

Cuba amalkan selalu..InsyaAllah kulit akan jadi makin lembut. Selamat mencuba.

Cantikkan tangan dia..Gambar dari google..


No comments: