Selasa 30 Disember 2014 8.43 am 8 Rabiul Awwal 1436 Hijrah
Lokasi : Taman Pelangi, Sentul
Masa : Antara pukul 1 pagi hingga 6 pagi
Modus operandi penjenayah : Curi apa- apa barangan berharga yang Nampak di tepi tingkap..
Teknik : Guna kayu untuk kait barang tersebut, ataupun guna tangan tarik apa-apa sahaja barang berharga di tepi tingkap..
Hari sabtu lepas , 27 Disember 2014, bilik aku kena pecah oleh perompak..dia bukan pecah masuk dalam bilik..tapi tepi tingkap sahaja..nak jadi kan cerita, aku letak handbag tepi tingkap..malam tu aku tido macam biasa..bangun pagi, aku pelik kenapa ada kayu dalam bilik aku..aku pun bukak la langsir, tengok tingkap terbuka besar, pastu aku tengok barang dalam handbag aku berselerak..aku cari-cari dompet aku..dompet aku da tak ada..aku pun cemas..panggil laki aku, cakap dompet aku kena curi..adik ipar aku kelam kabut tengok sekeliling rumah..aku memang da terfikir kad bank dalam dompet tu..da la gaji tak dapat lagi..aku ajak laki aku pergi balai polis..mak mertua panggil aku..Alhamdulillah dompet aku jumpa balik..semua barang penting ada..kecuali kad Jusco..sob sob..
The moral of the story : Aku nak nasihat kan korang supaya lebih berhati- hati..Ingat jangan letak barang berharga di tepi tingkap. Contohnya handbeg ke, gantung seluar atau baju yang ada dompet dalam dia dan apa-apa sahajala yang berharga..
Lagi satu aku nak pesan, kalu dompet da dilarikan, dalam tu ada kad bank, cepat-cepat kol bank tersebut mintak sekat kad tersebut..Iyelah kita mana tahu, zaman sekarang kan da canggih..mungkin penjenayah boleh access kad kita dan curi duit dalam bank pulak..Nauzubillah minzalik..Moga kita semua dijauhkan dari perkara yang tak baik..
Lokasi : Pasar Malam Setiawangsa
Pagi ni , 30 Disember 2014, kawan baik aku pagi- pagi mesej aku..kereta dia kena pecah..Allahhuakbar..berdegup kencang jantung aku..yang haritu trauma tak habis lagi..datang pula ujian yang lain..kesalahan dia, dia tinggalkan handbeg sekejap dalam kereta untuk pergi pasar malam..balik je, tengok kereta da kena pecah..hangbeg da tak ada..sampai sekarang tak jumpa lagi handbeg..hari ni dia tak pergi kerja untuk buat report polis dan pergi bank untuk buat kad baru..
Aku nak ingatkan korang lagi sekali..Jangan letakkan barang berharga di tempat terbuka..
No comments:
Post a Comment