Nuffnang Ads

Wednesday 30 December 2015

kerja oh kerja

Terpanggil untuk menulis di pagi buta ini..hehe
Mata masih lagi tak boleh lelap..
Otak ni asyik berputar2 berfikir..
Banyak perkara yang melayang2 dalam kepala ni..

Salah satunya..jeng3..

Kisah aku berhenti kerja tanpa mencari kerja lain dahulu..
Tak ku sangka, kisah aku ni menjadi viral masa kini..
Dan paling tak ku sangka, masih ada lagi orang yang mengambil peduli tentang diri aku..
Terima kasih dan Alhamdulillah..

Niat nak berhenti kerja ni sebenarnya da lama ada dalam kepala otak aku..
Dan aku pun tak pernah berangan yang aku akan menjadi penganggur..
Selalu aku tekankan pada kawan2 dan diri sendiri, perempuan kene ada kerjaya untuk back up diri kita..

Dan tak sangka pulak aku berhenti kerja tanpa ada pekerjaan lain yang ganti..
Bukan dalam perancangan aku, dan semua ni Allah yang tentukan..

Yer betul, aku yang bagi surat berhenti tu..

Banyak perkara jadi dalam hidup aku..
Dan aku tak mampu nak handle apa2 yang terjadi..
Aku rasa itu keputusan terbaik untuk diri aku..
Aku pun taklah sesengal tu tak berfikir panjang..
Aku kan ada berniaga kecilan, Alhamdulillah masih ada untung..

Pada yang risau aku ni duk perabih duit gaji laki aku jer..
Aku nasihatkan korang tak payahlah risau..
Aku pun ada pendapatan sendiri, walaupun tak selebat dulu..
Kat mana aku dapat pendapatan tu, marilah berkawan rapat dengan aku, bercakap perkara2 yang baik dan paling penting merendah diri..
Dan aku pun nak bagitahu, aku memang sangat2 jarang minta apa2 pada sesiapa, walaupun pada suami sendiri, ataupun mak abah..

Mak aku tak tegur ke aku tak bekerja?

Alhamdulillah, mak aku seorang yang sangat memahami..

Alhamdulillah jugak sebab aku seumur hidup tak pernah hidup senang lenang macam ni..

Lepas habis SPM, aku terus kerja jadi operator kilang..
Sambung form 6, pagi aku pergi sekolah, petang aku kerja kat kedai kasut..
Setiap kali cuti, aku tak pernah duduk rehat..
Sama ada tolong abah dekat kedai, atau aku kerja jadi promoter kat mana2 la..

Tula salah satu faktor, mental aku bertahan walaupun orang duk mempertikai aku menganggur..

Aku bertahan sebab aku da lalui macam2 dalam hidup..berpanas, berhujan, untuk dapat kehidupan yang lagi baik..

Rezeki Allah ni luas..
Kita kene yakin dan percaya..
Cakap yang baik2 je k..

Aku da ngantuk ni..
Banyak nak tulis sebenarnya..
Sampai sini jerla..

Dan tak lupa nak cakap..

I love my husband very much..


Thursday 3 December 2015

Hatiiiiiii

Berdegup-degup hati
Hidup terumbang ambing
Tak ada tempat nak mengadu
Tak ada tempat nak tuju
Alhamdulillah mak masih ada, boleh la menumpang kasih dan berteduh..
YaAllah, kau bantulah hamba mu ini
Kuatkan hati aku menempuh ujian
Amin Ya Rabbal Alamin

Sunday 29 November 2015

Nasi goreng ikan keli..

Nasi goreng ikan keli, jelatah timun, cucur jagung.


Sebab di makan, enak di rasa..perut kenyang hati senang ..

Nasi goreng ikan keli, jarangkan dengar..aku pun first time buat..
Macam mana boleh dapat idea, sebab da petang, ada nasi lebih, ada ikan keli goreng lebih..ikan ni kalau goreng kali kedua da tak sedapkan..isi ikan dia jadi keras..sebab tak nak membazir, aku pun amik isi ikan keli tu jer..lepas tu goreng dengan nasi, tambah sayur campur yang tak habis tu..hasilnya jadilah nasi goreng ikan keli..dannnnnn...Alhamdulillah sedap..kenyang mak..mak kittew pun suka..

K nanti kita sembang lain..

Monday 23 November 2015

Ekonomi tak menentu sekarang ni sesuai tak nk berniaga?

Assalamualaikum guys..

Bertemu kita kembali..
Di serabut blog..
Kekeke..

Ni tadi aku tengok kat facebook..
Tanya IK..
Sape IK???
Irfan Khairi, jutawan internet tu..
Aku sangat sangat sangat suka follow dia..
Sebab banyak inspirasi yang kita dapat..

Aku nak share kt blog ni video dia..
Tapi tak ada pun kat youtube..

Ni aku share ringkasan yer..

Soalan dia :
Ekonomi yang tak menentu sekarang sesuai atau tidak untuk berniaga?

Jawatan IK :
1-Kesan ekonomi tak menentu, rata2 kita tengok banyak kedai tutup.

2-Klu tengok sejarah banyak company yang top sekarang ni bermula dari krisis ekonomi. Contohnya, IBM, Disney, business IK sendiri.

3-Ada kelebihan apabila ekonomi tak stabil ni, banyak perniagaan yang kurang ilmu perniagaan akan tutup kedai, jadi persaingan kurang, orang takut nak buat perniagaan.

4-Masa ekonomi ok, banyak pesaing, pasaran tepu.

Contoh barang nak niaga:
1. Jual barang keperluan.
2. Jual lebih murah.


3 Langkah untuk jadi jutawan oleh IK

Tuesday 17 November 2015

Lama tak bercerita

Assalamualaikum..
Tadi aku da taip panjang..
Tapi aku kuar jap, reply mesej husband aku..
Balik page ni balik da semua hilang..
Uwaaaaaa........

Ok ak try tulis balik apa yang aku ingat...

Aku baru balik dari Phuket, Thailand..
Penat dan hepi..
Experience baru..
Sebab aku tak pernah pergi luar negara..
Yang ni akan aku cerita nanti..

Sekarang ni aku ada banyak masa terluang.
Sebab aku dah berhenti kerja dan masih belum mendapat kerja..
Banyak jugak panggil interview tapi aku tak pergi pun..
Huahuahua..
Yang ni akan aku cerita nanti..

Aku kat bus stand lrt sentul timur ni..
Tengah tunggu husband aku pick up aku..
Now pukul 5.50 pm..
Time orang balik kerja..
Tunggu husband aku dari rawang ke KL..
Sebab dia keje Rawang..
Yang ni pun akan aku cerita nanti..

Waktu yang terluang ni aku ingat nak berniaga..
Ada jugak aku try berniaga online..
Tapi tak berapa jalan la..
Mungkin sebab aku tak dikenali kot..
Dan aku pun tak suka orang kenal aku..
Huahuahua..

Walaupunbagaimanapun..dulu aku agak dikenali jugak..
Ecehhhhhhh..
Aku da start berniaga dari kecil..
Sampai aku universiti..
Kenapa sampai universiti jer..
Nanti aku cerita..

Mak abah aku peniaga..
Makngah's aku tolong mak abah aku berniaga sekali..
Makngah's aku kakak mak aku..
Ada 2 org, Angah Pah dan Angah Tan..
Angah Pah nama betul Saripah, Angah Tan nama betul Rogayah..
Nanti aku cerita pasal Makngah's aku..

Mak abah aku berniaga kedai makan..
Abah aku ada jual daging import di pasar..
Sambil sambil tu Makngah's aku tolong kat kedai makan..
Dan ada ambik upah jahit baju, buat sulaman, anyaman dan macam2 lagi..

Aku memang dari kecil akan tolong abah aku berniaga..
Adik beradik lain pun tolong sama..
Tambahan lagi bulan puasa..
Berniaga kat bazar ramadhan memang meriah..

Kedai makan abah aku kat Bazar Melayu Bagan Serai..
Memang strategik..
Dekat dengan sekolah cina, india, kebangsaan..
Dan hanya ada satu je kedai makan yang berdekatan..
Aku membesar dekat situ sejak lahir..
That's why orang kenal aku..

Masa kat sekolah pun aku rajin niaga..
Jual nasi lemak, buat kek, sewa buku, macam2 la..
Tapi ntahlah kenapa aku tak gunakan peluang ni sebaik mungkin..
Rugi betul..

Ok..aku da sampai rumah ni..nanti aku sambung yer..

Wednesday 11 November 2015

Cara mudah pakai Saree, hanya 5 minit sahaja..

Sari, sari , sadi , atau shari adalah pakaian wanita Asia Selatan.

Ia yang terdiri daripada drape yang berbeza-beza daripada lima kepada sembilan kaki (4.5 meter hingga 8 meter ) panjang,
dan 2 hingga 4 kaki (60 cm kepada 1.20 m) lebar yang biasanya diikat di pinggang, 
dengan satu hujung menutupi bahu, menutup bahagian muka badan itu.

Sari ini biasanya dipakai ke atas Kain (dipanggil ' Parkar ' ( परकर ) dalam Lahanga Marathi atau lehenga di utara ; seelai dalam bahasa Tamil, Pavada (atau kadang-kadang Langa ) dalam Malayalam , Kannada dan Telugu, chaniyo , Parkar , Ghaghra , atau ghagaro di barat dan Shaya di timur India),
dengan pakaian atas dipasang biasanya dipanggil blaus ( ravike di India Selatan dan Choli tempat lain) .

Blaus mempunyai lengan pendek dan biasanya timbul di bahagian muka badan itu. Sari ini dikaitkan dengan rahmat dan secara meluas dianggap sebagai simbol India, Nepal , Bangladesh dan Sri Lanka budaya .

Sumber : Wikipedia ( Click Here )


Sumber : Google Image ( Click Here )
Boleh tengok video kat sini



JANA PENDAPATAN DENGAN FREELANCER

Monday 9 November 2015

Ayat mengorat awek : GPS




Ayat aku pernah guna 
"Dik , abg sesat lah , fone ada GPS tak ?"
"Ada bang"
"Tolong search jalan ni jap"
"Jalan apa bang?"
"Jalan Ke Hati Awak Dik" :P


Padang Masyar

Baca ni serious rasa nak nangis. Attention ! Pls Read This ! Tlg bce smpi habes wlupn pnjg..

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?

Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.

Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54.

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.

Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.

Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.

Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.

Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.

Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.

Tiada satu pun yg tertinggal.
Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.

1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.

Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri  kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.    
Hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..

Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam.      

Terdapat dua jenis manusia,
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg baik, dia akan sampaikan ilmu ini kepada orang lain..


Ikhtibar Katak dan Ikan

Ulama' memberi perumpamaan. 

Ada seekor katak yg nampak nelayan sedang memancing. Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan. Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu. 

Katak itu beritahu pada ikan. "jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api. mereka akn makan makan kau ( sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat )". 

Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar. Dia yakin yg dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah. Ikan itu sangat menyesal. Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air. 

Ulama' beritahu. 
Keadaan sama pada kita manusia, bila ada orang beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja. 

Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka. Kita nampak manusia yg dibakar atas api. Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat. 

Sahabatku yg disayangi Allah. 

Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam. semoga Allah beri kita kefahaman . 

Aamiin Allahumma Aamiin... 
.
 #BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH


Wednesday 4 November 2015

Sejuk

Assalamualaikum kawan2..
Fefiling mengantuk sangat malam ni..
Ekceli, aku da behenti kerja..
Last keje hari ni..
Aku nak berniaga la pulak..
Tak nak buang masa dan nak duit income masuk..
Malam ni hari tak hujan..
Tapi angin sepoi2 bahasa..
2 3 hari ni asyik hujan lebat, dari petang sampai malam..
Teringat dulu2..
Masa kecik2..
Masa remaja..
Klu malam hujan jer mesti menggigil2..
Pakai baju sejuk lengan panjang..
Berselimut bagai..
Tapi sekarang da tak macam dulu..
Hujan lebat macam mana angin kuat pun..
Aku steady lg pakai baju lengan pendek san bukak kipas dan tak berselimut..
Semata2 nak rasa sejuk..
Adalah rasa berangin sikit..tapi panas mengatasi segalanya..

Ok itu jer aku nak bercerita malam ni..
Doakan aku moga dapat kerja..
Doakan aku moga ada rezeki baby..
Doakan business aku makin maju..

Terima kasih sebab baca nukilan aku..


Aja jual tudung bawal crepe
Kain memang elok
Sebab tu jual rm 7
Klu beli borong 20pcs/ rm100
Maila beli dengan aja
Mesti korang puas hati dengan mutu kain dia
Boleh contact aja : 0175355407


Sunday 1 November 2015

Macammana nak hadapi persaingan harga dalam bisnes..

 Panjang kebonar tajuknya eh..
Start beberapa bulan ni aku ada buat business kecil2lan..
Untung tak banyak dan aku pun tak aktif sangat dan barang niaga aku pun sikit..
Aku jual tasbih digital, madu, kurma, kismis, tudung (3 jenis sahaja : bawal crepe, shawl crepe, shawl lace) itupun tak berapa laku..lagi aku jual stokin solat, yang tapak tebal tu, minyak wanyi sejenis jer, dan aku jadi agent seqybeauty (yg ni aku rasa nak stop la)..
Ok itu jer barang aku jual..
Dapat gaji baru aku tambah barang..
Tapi permintaan tak memberangsangkan..
Hmmmm..kesiankan aku..
Aku tak banyak kawan dan tak dikenali..
Agak susah aku nak mencari pelanggan..

Aku jual barang diatas..
Dan harga yang aku letak pun murah2 jugak..
Tapi tula orang mintak lagi murah..
What can i do???

Tadi dalam facebook aku ada buka video Irfan Khairi, jutawan IT tu..bercerita berkenaan persaingan harga..
Dalam video tu dia cakap, barang sama tak apa.
Klu kita letak harga murah, orang lain pun akan letak harga murah jugak..jadi makin lama harga akan makin murah..
Untuk letak harga tinggi, kita kene ada jenama sendiri..
Ataupun input lebih kepada barang tersebut..
Contohnya jual tudung, tudung yg sama dengan kedai lain..
Tapi yang membezakan kita adalah, perkhidmatan kita, contoh : kita boleh hantar tudung terus ke rumah, boleh bagi khidmat nasihat cara pemakaian, kaler dan macam mana nak jaga tudung tersebut..
Ha gittew..
Terus aku update blog ni..
Nak di kenali punya pasal..
Hmmmm mesti korang fikir ada ker orang baca blog aku..
Aku pun fikir yang sama..

Blog aku ada reader pun mungki  orang terkeblog aku rasanya..
Tapi tiap kali aku pos adalah 2, 3 orang yang baca..
Tu pun da buat aku hepi taw..

Terima kasih sangat sebab baca blig aku..

Nah video Irfan Khairi untuk korang lebih paham..

Sorry aku cari tak jumpa kat youtube..korang boleh usha video dia kat facebook dia Irfan Khairi..

Ok happy ready yer..sayang sangat korang semua..

Perkhidmatan mesin rumput pun aku ada buat..area kuala lumpur sahaja..

Wednesday 23 September 2015

22 Pictures Of Perfect Handwriting That Will Make You Wonder If They're Real

Crazy Things Only People Who Love Spicy Food Will Understand

7 Perkara Ekstrem Yang Pemandu Malaysia Buat Untuk Dapatkan Lebih Petrol

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

These Are Probably The 18 Most Epic & Unforgettable Types Of Friends You'll Make in College

9 Common Phrases Malaysian Parents Should Put To Rest (And What To Say Instead)

Tuesday 22 September 2015

These 8 People Looked Death So Close In The Face You Won't Believe They're Still Alive

Gym

***ini kisah sabtu tadi, 22 September 2015
 
Setiap hujung minggu, hari sabtu pagi aja dan husband akan pergi gym dekat dengan rumah..baru start hujung bulan lepas sahaja..gym tu masuk RM 5/entry..semua alatan boleh cuba..kami amik pakej hari jer..tak jadi ahli..

Selalunya klu pergi gym mesti niat kita nak sihat dan sambil tu nak kurus jugakkan..begitulah niat sebenar aja..

Jadi start bulan lepas aja da start timbang berat badan masa di gym..bertekad nak turunkan berat badan..jadi dalam minggu ni aja try kawal makan..makan salad dengan ayam weh..ko mampuuuuu..memang nasi memang da kurang..

Pagi tadi masa kat gym sungguh2 kayuh basikal tu.. buat angkat berat bagai..sebelum balik pla timbang berat..

Uwaaaaaa...berat badan naik..400gram..sedihhhhhh...ingat berat turun..husband aja berat turun 600gram..bestnya dia...

Ok..aja redha terpaksa terima hakikat..
 
Tapi takkan berputus asa..
 
Tetap akan terus g gym..
 
***maaf gambar di gym tak ada



 

Monday 21 September 2015

[OFFICIAL TRAILER] Everest: The Mountain's Deadliest, Most Disastrous Day Known To Mankind

[WATCH] Pelangi Cinta: FINALE - Why True Love Should Never Be Hidden

Perut buncit

***ni cerita jumaat tadi.. 18 September 2015..baru nak publish hari ni..
 
Salam jumaat..
Assalamualaikum..
Awak awak sihat ker?
Aja Alhamdulillah sihat..
Sekarang aja dalam proses nak kempis kan perut..
Perut penuh lemak dan buncit macam orang mengandung..
Tapi yang sebenarnya belum mengandung lagi..
Soon InsyaAllah..
Alahai perut macam mana nak kempis..
Buat sit up malas..hehehe..
Jadi salah siapa????
Makan memang da kurang, tapi berat badan statik..
Tak berubah..
Rasa kena ubah cara makan ni dan pemakanan..
Sebab da dekat setahun berat statik, tak naik tak turun..
Camne tu..
Ada jugak jumpa doktor, dia pesan cuba kurangkan berat badan dulu kalu nak mengandung..
I is mencuba ok..
Sekarang aku ada minum Gulsan Delima dan Jus Perawan..
Baru seminggu gitu..
Alhamdulillah..nampak ada perubahan badan sikit..
Perubahan rasa makin segar..
Perut tetap membuncit..
Hahaha..
Japg kat ofis aja nak minum teh hijau la..
Makan madu dan kurma..
Teringin pulak nak minum air carrot..
Balik nanti nak beli carrot la..
Ok aja da sampai ofis ni..
Tak dapek nak sambung cerita..
Busy..
Awak tunggu aja update yer..

Friday 18 September 2015

5 Things Every Entrepreneur Needs to be Wildly Successful

OMG, The Word 'Lepak' Is In The Oxford Dictionary

JEREBU @ HAZE

 Salam jumaat semua..
Semoga sihat yer semua..
Sekarang kan musim jerebu..
Kualiti udara pun tak baik..
Dan hari pun rasa makin panas..
Banyakkan minum air masak yer..
Kurangkan makan di luar..

Aja hari ni tak berapa sihat..
Sakit tekak..
Duk minum air masak jer ni..
Sebab rasa kering ja dalam tekak..
Hmmm perut kembung air plak..
Asyiklah nak ker toilet..
Malaskan nak bangun ker toilet..


 
 
Jerawat batu seketul nampak..
Betulkan aja kata aja tak sihat..
 
DOA APABILA BADAN MERASA SAKIT..
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday 15 September 2015

Kasut Coloris tapak besi

Hye guys...Assalamualaikum..
Jom nak berceloteh hari ni..
Baru ada mood..
Mood hari ni A++++..
Ha baguskan..

Hari ni nak cerita pasal kasut jenama Coloris yang aja baru beli 2 hari sebelum raya haritu..
Kira baru 2 bulan la kan aja baru guna kasut ni..
Kasut ni elok cantik..
Beli kat SOGO..
En husband yang pilih..
Cuma tapak jerla ada problem sikit..



Maaf kasut basah..Nampak tak yang tengah tu..tula besi yang terkeluar tu..


Ni lagi jelas kan.. 2 2 belah kasut..besi terkeluar..

Inilah dia kasut kesayangan hamba..


Ok.. itu jer yang saya nak cerita.

Embrace Nostalgia with These Black and White Photos Taken from the Streets of Malaysia

Tuesday 8 September 2015

BBCREAM SEQY BEAUTY


 
Wajah bersih dan segar bersama#bbcreamseqybeauty

Tanpa mekap dan hanya sapu sedikit #bbcreamseqybeauty muka tetap nampak floles..

Berminat pm aja: 0175355407
 

Monday 7 September 2015

Promosi Qatar Airways

DELIGHTFUL DESTINATIONS, FABULOUS FARES

 
 



 

 
Embark on a wonderful journey with Qatar Airways; voted Airline of the Year 2015 to Europe, Americas, the Middle East and Africa.​  Book now and save up to 25%.
 
Offer ends 13th September 2015 and travel from 15th September 2015 to 31st May 2016.
We look forward to welcoming you onboard Qatar Airways for a truly rewarding experience from departure to arrival.
 
 
Terms and conditions apply.
  • Offer ends 13th September 2015 for travel from 15th September 2015 to 31st May 2016.
  • Valid for Business Class and Economy Class on Qatar Airways flights only.
  • Minimum stay of 3 days and maximum stay on 1 month apply.
  • Valid only on Qatar Airways operated flights originating from Kuala Lumpur, Malaysia.
  • This offer is not valid for one-way travel.
  • The fares include taxes, fee and surcharges, which are subject to change due to currency fluctuations.
  • Subject to seats availability.
  • Other conditions apply, please review at the time of booking.


  •  
     
     
    
     
    #SeqyBeautyCleanser
    Aja jual
    Boleh email, call, mesej, cod
    contact : 0175355407
    

    Tuesday 25 August 2015

    Elffie Beauty Dropship

     
     
    #tambahpendapatan
    #dropshipellfiebeauty
    #ajajual
    #produkkecantikankeluaranmuslim
     
    boleh gittew hastaq aja????
     
     
     


     


     
    Produk ini sesuai untuk:
    • Sesuai untuk semua jenis kulit
    • Semua jenis masalah kulit
    • Berkesan dalam 3-4 minggu (bergantung kepada jenis kulit dan hormon)
    • sesuai untuk semua peringkat usia 
     
    Produk ini membantu masalah kulit dari segi
    • Masalah kulit tona tidak sekata
    • mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
    • memudarkan pigmentasi
    • mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
    • membantu mencerahkan kulit
    • memperbaiki kulit kusam
    • kulit tidak berminyak
     
     
    Produk ini tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang saat ini banyak digunakan oleh produk-produk kecantikan yang lain.  Zat merbahaya ini dapat menyebabkan KANSER KULIT.  Perlu diketahui ciri dari ubat yang menggunakan Mercury dan Hydroquinon biasanya bila pengguna memakainya, wajah akan menjadi merah dan dilarang untuk terkena sinar matahari.  Tetapi Ellfie Essence tidak demikian, dengan bahan semulajadi, Ellfie Essence selamat digunakan.
     
    Kebaikan Ellfie Essence
    Cleanser
    Membersihkan segala kotoroan dimuka.  Kulit muka akan menjadi lembab dan tidak berminyak.  
    Toner
    Membantu kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Menegangkan kulit muka dan menyegarkan kulit menjadi lebih lembut.
    Night Cream
    Membantu memulihkan wajah yang tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan kesan rekahan dari pori terbuka.
    Day Cream
    Membantu menjadikan rona kulit sekata dan melambatkan sistem penuaan.  Melembabkan kulit sepanjang masa dan memudarkan pigmentasi.
     
    Cara pemakaian Ellfie Essence
    Day
    Cleanser, Toner dan Day Cream
     
    Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan toner keseluruh wajah.  Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream.  Selepas itu anda boleh menggunakan loose powder seperti biasa.  Tidak perlu menggunakan foundation.  Make up seperti biasa.
     
    Night
    Cleanser, Toner dan Night Cream
     
    Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan towel yang bersih.  Sapukan Toner keseluruh wajah.  Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan Night Cream.
     
    Harga 
    Semenanjung : RM120.00 (Free Postage) 
    Sabah dan Sarawak : RM130.00 (Free Postage)  
     
    Berminat boleh contact aja..
    COD/POS semua boleh:
     
    0175355407
     

    Monday 10 August 2015

    Nak kurus tapi malas


     
    Tak ada tips yang aku nak kongsikan..
    Nak ajak makan jerni..
    BIG APPLE + CHATIME
    jOM rELEASE KAN fikiran.....
    

    Friday 7 August 2015

    I just want to be happy


    Kebanyakan kita terburu-buru mengejar kebahagiaan. Ada yang berpendapat kebahagiaan merupakan petunjuk terbaik terhadap kesihatan kita. Lebih bahagia bermakna lebih sihat. Semua orang pun nak happy!
     
     
    "Kalau saya ada duit, saya akan pilih untuk..."