Nuffnang Ads

Thursday 21 May 2015

Perjalanan sebuah perkahwinan..






Kawin ni nampak senang je kan..tapi nak hidup selepas majlis perkahwinan tu sangat mencabar..korang da terikat..benci macam mana pun..marah mcm mana pun korang tak boleh nak buat apa..sebab korang da terikat..mesti banyak yang tak setuju dengan perkataan terikat tu kan..tapi bagi aku, aku selesa guna perkataan tu buat masa sekarang..nak lari rumah pun tak boleh..haha..tu perumpamaan sahaja yer..lagi-lagi bila setiap keputusan mak ayah mertua masuk campur..
 
Korang fikir la baik-baik bila nak kawin ni..kenal family bakal suami/isteri korang dulu..klu rasa boleh masuk dengan family bakal mertua korang tu, Alhamdulillah..klu rasa tak boleh masuk dengan dorang, lupakan la saja pasangan korang tu..ataupun klu korang sanggup bertahan, bertahan jerla. pastikan korang mampu yer..jangan separuh jalan..bukan apa, kita nak hidup dengan pasangan kita seumur hidup..Susah senang, jatuh bangun dengan dia..Tapi kalau family masuk campur segala hal, tak seronokkan..
 
lagi satu klu boleh duduk la rumah sendiri..sewa ker, beli ker..rumah kecik ker, rumah kampong ker..tak kisah..yang penting duduk rumah sendiri..biarlah gaduh, manja, merajuk, romantic kita, pasangan jer tahu..tak perlu orang lain tahu..klu duduk dengan mertua ni susah..lagi-lagi mertua yang suka kawal semua benda..semua hal dalam luar kita nak masuk campur..yang pernah duduk dengan mertua banyak karenah ni paham la kot..
 
Bakal isteri, haruslah jugak pandai berdikari..boleh ke sana ke sini sendiri..tanpa setiap benda mengharapkan suami..harus belajar berdikari dan berilmu..walaupun duduk di dapur ataupun dalam rumah jer, tapi korang harus tahu perkembangan dunia luar..perkembangan semasa, harus tahu hospital mana terdekat..balai polis mana terdekat..jiran mana nak mintak tolong kalu ada masalah, kenal dengan kawan- kawan suami..pejabat suami di mana..no tel pejabat suami..suami keluar rumah pakai baju apa..aktiviti luar suami..banyak la yang harus ambik tahu..ini untuk memastikan isteri tidaklah terlalu mengharap segala- galanya pada suami..isteri kena kuat..kene pintar..kene sihat..kene saying, taat pada suami.. dan taat pada Allah Taala..kalu boleh belajar bawak kenderaan..mudah..
 
Lepas kawin terus buat plan simpanan duit..asingkan duit anak(walaupun korang xada anak lagi), duit emergency, duit simpanan, dan duit belanja..klu boleh, bila tak cukup duit, pandai-pandailah jimat..jangan meminjam..dengan family pun jangan..semua ini untuk mengelakkan buah mulut orang sekeliling..
 
ok itu semua kat atas, berdasarkan pengalaman aku yang daif ni..tu curahan hati aku..klu yang tak sependapat bolehla bagi aku nasihat..pendapat masing-masing kan..tapi klu ada yang nak bagi nasihat curahan ilmu memang sangat-sangat diharapkan..
 
Moga aku tabah menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan moga dimurahkan rezeki untuk memiliki cahaya mata..aminn..


DALAM SUJUD CINTAKU - Halim Ahmad

 
 
 
Kau berikanku segala-galanya 
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia 
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata 
dengan jua wanita 
dan kedudukan yang memalingkanku 
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu 
tak terucap lafaz terima kasihku 
namun untuk jadi yang terbaik 
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku 
fanaku diulit rindu 
getirnya cemas di kalbu 
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku 
aku hidup dan ku akan 
kembali pada-Mu 
hanya pada-Mu dalam 
sujud cintaku
Kau berikan ku segala galanya 
dan Kau menguji ku dengan cinta dunia 
yang sungguh indah dan
Kau janjikanku dengan ayat-ayat Mu 
Di sana menanti di syurga Kau penuhi 
dengan cinta dan kasihMu 
Ya Rabbi…

Wednesday 20 May 2015

ISTIKHARAH CINTA - Sigma






Bersaksi cinta di atas cinta 
Dalam alunan tasbihku ini 
Menerka hati yang tersembunyi 
Berteman di malam sunyi penuh 
doa
Sebut namaMu terukir merdu 
Tertulis dalam sajadah cinta 
Tetapkan pilihan sebagai teman 
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku 
Memohon petunjukMu 
Satu nama teman setia 
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa 
Teguh satu pilihan 
Pemenuh separuh nafasku 
Dalam mahabbah rindu

Mewangi - Akim & The Magistrate




Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Tuesday 19 May 2015

Assalamualaikum Faizal Tahir





Na na na na na na na na
Na na na na na na na na
Na na na na na na na na

Na na na na na na na na
Na na na na na na na na
Na na na na na na na na

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca tv dalam internet
Di fb hanya darah dan air mata

Ramai yang hina agama ku
Terasa bakar di jiwa ku
Can't believe there are people like this
Can't believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja

Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita
Semua serupa

Damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum damai pada dunia
Assalamualaikum
Assalamualaikum damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit kaum asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah mata mu mengatasi akal mu
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)

I believe we are better than this
We keep all bit better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja

Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita
Semua serupa

Damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengar aku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuni ku ampuni ku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum damai pada dunia
Assalamualaikum
Assalamualaikum damai pada dunia
Assalamualaikum

Uuu... Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara

Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum damai pada dunia
Assalamualaikum
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua

Monday 18 May 2015

Personaliti diri melalui haruman minyak wangi



Haruman: Citrus, lemon dan mandarin.

Personaliti: Seorang yang spontan. Anda seorang yang tidak gemar merancang sesuatu yang tidak pasti. Namun anda suka akan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan anda seharian dan hanya ambil peluang yang datang dengan tiba-tiba.


Haruman: Floral, segar, dan manis.

Personaliti: Seorang yang romantik. Anda seorang yang suka akan momen yang romantis bersama kekasih atau pasangan anda. Bunga ros, puisi dan nota cinta menjadi kegemaran anda.


Haruman: Bumi, kayu-kayuan dan menusuk.

Personaliti: Anda seorang yang sayang pada alam semulajadi. Anda lebih selesa jika anda berada di luar dan dikelilingi alam semulajadi dan hutan.


Haruman: Haruman yang unik, sofistikasi dan urban.

Personaliti: Anda merupakan seorang yang konfiden pada diri anda. Orang sekeliling anda seakan terpegun apabila melihat anda. Sebarang halangan dan cabaran, anda sanggup tempuhinya dengan keberanian kerana anda seorang yang betul yakin dan konfiden.


Haruman: Haruman yang bersih dan segar.

Personaliti: Anda seorang yang ada semangat kesukanan. Sama ada anda gemar akan ke gim atau anda seorang atlet sukan, anda suka akan melakukan aktiviti-aktiviti kesukanan seperti berlari, dan work-out.

Lagu Potret - Akim and The Majistret

 
 
 
Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah

Hati ini tak akan terbahagi

Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Peristiwa Israk Mikraj

 
 
Peristiwa Israk Mikraj, tanggal 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.
 
Kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
 
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
 
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
 
 
 

Gotong Royong Taman Pelangi Sentul..

Isnin 18 Mei 2015 10.52am 29 Rejab 1436 Hijrah..

Assalamualaikum..
 
Semalam 17 Mei 2015, hari ahad, Taman Pelangi Sentul ada buat gotong royong..start pukul 8 pagi..Niat di hati memang nak join..tapi semalam pun hari sabtu malam tu balik dari Jenderam da lewat..Sampai rumah pukul 1 pagi..Pagi ahad tu memang stok bangun lewat la..hehehehe..kul 9 pagi baru bangun..Mandi, kemas-kemas, ambik kuih seketul, kami buat gotong royong dekat kawasan rumah sahaja..Alhamdulillah, walaupun hari da 12 tengah hari, aktiviti kami masih di lindungi oleh awan Tuhan yang mendung, disamping angina sepoi2 bahasa..Tak lama pun..Sampai azan zohor kami berhenti..Nak gambar tak ada..Ayah mertua aku balik dari gotong royong tu dia bawak balik nasi lemak ayam goring dan beberapa kuih..Alhamdulillah ada makanan sikit..Barang - barang yang kami kemas tu yang mana boleh jual kami hantar ke besi buruk di Gombak..Dapat la dalam RM 16, walaupun barang bukan main banyak..kesimpulan yang dapat aku bagi harga satu tin kosong tu RM 0.05 sen/ tin..ha gitu la...duit tu bagi kat mak mertua..itu sahaja kisahnya..

Wednesday 13 May 2015

Hadis Rasulullah S.A.W berkenaan potong kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Pertukaran Nama dan Logo bagi Badan Pensijilan Halal Di South Africa


Kisah 2 Mei 2015

Bersambung kisah hari sabtu 2 Mei 2015..

Kisah 1 Mei 2015 boleh rujuk sini.. perjalanan-cuti-hari-pekerja-1-mei-2015

2 Mei tu...sat aku nak ingat balik apa yg aku buat ..

Pagi tu lepas subuh dah tak tidoq..Niat di hati nak pergi Pasar Kemboja kat jalan hospital Parit Buntar..Da lama tak pergi..Tapi kalu pergi kene pergi awal pagi..Sebab susah cari parking dan jalan jem..

Ajak mak..ok sama2 bersiap..Mak ajak acu bainah sekali..Pastu mak cadang g Pasar Pekan Rabu di Bagan Tiang..

Sebelum tu singgah beli apatah tah kuih tu dan roti canai..Lama tunggu..q panjang..orang ramai gila..Pakcik tu jual tepi jalan jer..Cina, india, melayu, bangla, sume pakat beli roti canai kat pakcik tu..Memang sedap roti canai dia buat..Nanti aku review pasal gerai dia..

Ok g pasar Bagan Tiang..Aku cakaplah kat mak aku niat aku nak pergi kat Pasar Kemboja tapi da lewat..Pergi dekat tengah hari panas..tak syiok..Aku belanja mak aku 2 helai tudung..Kaler pink dengan merah..Sempena birthday mak aku 4 Mei tadi ..Tak beli banyak pun..Balik, masak, makan..

Kak aku ajak pergi taiping makan laksa..Kawan dia ajak..Lepas makan, solat zohor, bersiap pergi ..Ambik kawan kak aku kat bagan serai..Pergi farmasi umaiza jap..pastu terus pergi taiping..

Kedai laksa tu kat pekan kamunting, depan Petronas..senang jer nak cari..Kat situ ada jual air kelapa dan laksa sahaja..ada 2 jenis, air kelapa biasa, dgn air kelapa special, laksa biasa, laksa special..Air kelapa biasa tu kt gelas biasa, klu yg special minum dlm buah kelapa tu..Laksa pulak biasa jer..cuma yg special dia tambah telur dadar..

Da selesai makan, kami gerak pergi rumah kawan aku dekat taiping jugak..lawat mak dia tak berapa sihat .tumpang solat asar, makan pelam, balik..

Otw balik, anak kawan kakak aku teringin nak makan aunty anne (betul ke eja), singgah la jusco taiping sat..
Solat, beli barang sikit, aku beli kemeja putih untuk suami aku..balik..

Hantar kawan kak aku kat bagan serai, kami terus balik rumah..sampai rumah pukul 10 malam..

Letih..mandi2, solat, tido..

Bersambung lagi.

Tuesday 12 May 2015

Tasbih Digital

Tasbih Digital ni aku jual RM 5 satu..korang berminat boleh pm aku..

IBNU Abbas ra berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”
Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).
“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.

 

Terbaik Bagimu - Siti Nurhaliza

 

 
Tajuk Lagu: Terbaik Bagimu
Artis/Penyanyi: Dato Siti Nurhaliza
Rasaku kamu ada
Di setiap sedih juga senangku
Rasanya kamu sudah
Menjadi bintang terang hidupku
Masih kurang rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi terbaik bagimu
Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu
Dengan tenang
Rasaku, kamu ada
Di saat senyum juga tangisku
Rasanya, kamu sudah
Jadi yang terbaik bagi aku
Masih kurang rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi terbaik bagimu
Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu ooh.. oh..
Masih kurang rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi terbaik bagimu
Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu
Dengan tenang
Masih kurang rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi terbaik bagimu
Dengan tenang

Selamat Menyambut Hari Perkerja 1 Mei

***Maaf lewat 12 hari baru nak post..Korang boleh baca post bawah ni.. Ni semua hak - hak kita sebagai perkerja..Kita kena tahu hak - hak kita supaya kita tidak di tindas oleh majikan..Kalu ada apa- apa masalah berkaitan tempat kerja boleh buat report ke Pejabat Buruh..












UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH

 
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua'lam.

Monday 11 May 2015

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

 
1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.
8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?
26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Perjalanan cuti hari pekerja ( 1 Mei 2015/ Jumaat ) dan hari Wesak ( 3 Mei 2015/Ahad)

Selasa 5 Mei 2015 9.47am

Hai, Assalamualaikum kawan- kawan..
Macam mane cuti hujung minggu korang 4 hari tu??
Cuti ke tak cuti? hehehehehe
Ada yang cuti dan ada yang kene kerja kan..
Yang kene kerja tak apa jugak..
Dapat gaji double triple..
Yang cuti tapi tak boleh balik kampong, redha jerla kan..

Aku pun asalnya tak tahu nak balik kampong ke idok..
Bab kak KL ni ada jer orang kenduri..
Suami aku tak nak balik..
Mak aku suruh balik sebab da 2 bulan aku tak balik..
Aku pun dalam dilemma..
Last2 aku buat keputusan last minit minggu terakhir tu nak balik kampong jugak..
Sebab aku da janji dulu dengan mak aku nak balik..
Dahla cuti lama..
Tak dapat balik..
Rugila kan..
Kampung aku bukannya dekat dengan KL..
Nak balik satu hari, 2 hari, memang tak puas..

Lagi satu awal bulan april lagi..
Setiap minggu aku kata akan balik kampong..
Tapi last minit tak dapat balik sebab macam-macam hal..
Iyelah setiap minggu plak bertangguh nak balik..
Tak sedap plak hati aku minggu cuti panjang tu tak balik..
Hari jumaat tu memang aku bertekad nak balik kampong jugak..

Alhamdulillah suami aku izinkan walaupun berat hati..
Aku tumpang kawan aku balik jumaat tu..
Sebenarnya last minit aku cari tiket bas memang confirm habis kan..
Pastu aku ada mesej sorg kawan ni kata nak tumpang balik..
Kawan aku tu dia duk Kedah..
Tapi lalu jugak la daerah kampong aku kat highway tu..
Dan dia kata klu benti tepi highway boleh la tumpang..
Aku pun setuju..
Dia balik petang khamis tu lepas balik kerja..
Sebabkan aku tak sempat nak kemas baju untuk balik kampong..
Aku cancel balik dengan dia dan cuba mesej Tanya kawan lain plak..
Alhamdulillah ada rezeki..
Kawan aku kata boleh sesangat..
heheheheh...
Memang hepi gila..

Pagi jumaat 1 Mei 2015 tu, hubby aku hantar aku ke rumah kawan aku di Sungai Buloh..
Ini pun nasib baik suami aku kenal kawan aku tu..
Klu tak memang dia tak bagi rasanya..
Sampai Sungai Buloh jemput kawan aku kat rumah dia di Bandar Coalfields.
Lepas tu hantar kami ke rumah ayah dia di Bukit Beruntung.
Balik kampong dengan ayah dia naik kereta Persona..