Kawin ni nampak senang je kan..tapi nak hidup selepas majlis perkahwinan tu sangat mencabar..korang da terikat..benci macam mana pun..marah mcm mana pun korang tak boleh nak buat apa..sebab korang da terikat..mesti banyak yang tak setuju dengan perkataan terikat tu kan..tapi bagi aku, aku selesa guna perkataan tu buat masa sekarang..nak lari rumah pun tak boleh..haha..tu perumpamaan sahaja yer..lagi-lagi bila setiap keputusan mak ayah mertua masuk campur..
Korang fikir la baik-baik bila nak kawin ni..kenal family bakal suami/isteri korang dulu..klu rasa boleh masuk dengan family bakal mertua korang tu, Alhamdulillah..klu rasa tak boleh masuk dengan dorang, lupakan la saja pasangan korang tu..ataupun klu korang sanggup bertahan, bertahan jerla. pastikan korang mampu yer..jangan separuh jalan..bukan apa, kita nak hidup dengan pasangan kita seumur hidup..Susah senang, jatuh bangun dengan dia..Tapi kalau family masuk campur segala hal, tak seronokkan..
lagi satu klu boleh duduk la rumah sendiri..sewa ker, beli ker..rumah kecik ker, rumah kampong ker..tak kisah..yang penting duduk rumah sendiri..biarlah gaduh, manja, merajuk, romantic kita, pasangan jer tahu..tak perlu orang lain tahu..klu duduk dengan mertua ni susah..lagi-lagi mertua yang suka kawal semua benda..semua hal dalam luar kita nak masuk campur..yang pernah duduk dengan mertua banyak karenah ni paham la kot..
Bakal isteri, haruslah jugak pandai berdikari..boleh ke sana ke sini sendiri..tanpa setiap benda mengharapkan suami..harus belajar berdikari dan berilmu..walaupun duduk di dapur ataupun dalam rumah jer, tapi korang harus tahu perkembangan dunia luar..perkembangan semasa, harus tahu hospital mana terdekat..balai polis mana terdekat..jiran mana nak mintak tolong kalu ada masalah, kenal dengan kawan- kawan suami..pejabat suami di mana..no tel pejabat suami..suami keluar rumah pakai baju apa..aktiviti luar suami..banyak la yang harus ambik tahu..ini untuk memastikan isteri tidaklah terlalu mengharap segala- galanya pada suami..isteri kena kuat..kene pintar..kene sihat..kene saying, taat pada suami.. dan taat pada Allah Taala..kalu boleh belajar bawak kenderaan..mudah..
Lepas kawin terus buat plan simpanan duit..asingkan duit anak(walaupun korang xada anak lagi), duit emergency, duit simpanan, dan duit belanja..klu boleh, bila tak cukup duit, pandai-pandailah jimat..jangan meminjam..dengan family pun jangan..semua ini untuk mengelakkan buah mulut orang sekeliling..
ok itu semua kat atas, berdasarkan pengalaman aku yang daif ni..tu curahan hati aku..klu yang tak sependapat bolehla bagi aku nasihat..pendapat masing-masing kan..tapi klu ada yang nak bagi nasihat curahan ilmu memang sangat-sangat diharapkan..
Moga aku tabah menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan moga dimurahkan rezeki untuk memiliki cahaya mata..aminn..
No comments:
Post a Comment