Nuffnang Ads

Wednesday 13 May 2015

Kisah 2 Mei 2015

Bersambung kisah hari sabtu 2 Mei 2015..

Kisah 1 Mei 2015 boleh rujuk sini.. perjalanan-cuti-hari-pekerja-1-mei-2015

2 Mei tu...sat aku nak ingat balik apa yg aku buat ..

Pagi tu lepas subuh dah tak tidoq..Niat di hati nak pergi Pasar Kemboja kat jalan hospital Parit Buntar..Da lama tak pergi..Tapi kalu pergi kene pergi awal pagi..Sebab susah cari parking dan jalan jem..

Ajak mak..ok sama2 bersiap..Mak ajak acu bainah sekali..Pastu mak cadang g Pasar Pekan Rabu di Bagan Tiang..

Sebelum tu singgah beli apatah tah kuih tu dan roti canai..Lama tunggu..q panjang..orang ramai gila..Pakcik tu jual tepi jalan jer..Cina, india, melayu, bangla, sume pakat beli roti canai kat pakcik tu..Memang sedap roti canai dia buat..Nanti aku review pasal gerai dia..

Ok g pasar Bagan Tiang..Aku cakaplah kat mak aku niat aku nak pergi kat Pasar Kemboja tapi da lewat..Pergi dekat tengah hari panas..tak syiok..Aku belanja mak aku 2 helai tudung..Kaler pink dengan merah..Sempena birthday mak aku 4 Mei tadi ..Tak beli banyak pun..Balik, masak, makan..

Kak aku ajak pergi taiping makan laksa..Kawan dia ajak..Lepas makan, solat zohor, bersiap pergi ..Ambik kawan kak aku kat bagan serai..Pergi farmasi umaiza jap..pastu terus pergi taiping..

Kedai laksa tu kat pekan kamunting, depan Petronas..senang jer nak cari..Kat situ ada jual air kelapa dan laksa sahaja..ada 2 jenis, air kelapa biasa, dgn air kelapa special, laksa biasa, laksa special..Air kelapa biasa tu kt gelas biasa, klu yg special minum dlm buah kelapa tu..Laksa pulak biasa jer..cuma yg special dia tambah telur dadar..

Da selesai makan, kami gerak pergi rumah kawan aku dekat taiping jugak..lawat mak dia tak berapa sihat .tumpang solat asar, makan pelam, balik..

Otw balik, anak kawan kakak aku teringin nak makan aunty anne (betul ke eja), singgah la jusco taiping sat..
Solat, beli barang sikit, aku beli kemeja putih untuk suami aku..balik..

Hantar kawan kak aku kat bagan serai, kami terus balik rumah..sampai rumah pukul 10 malam..

Letih..mandi2, solat, tido..

Bersambung lagi.

No comments: