Nuffnang Ads

Monday 11 May 2015

Perjalanan cuti hari pekerja ( 1 Mei 2015/ Jumaat ) dan hari Wesak ( 3 Mei 2015/Ahad)

Selasa 5 Mei 2015 9.47am

Hai, Assalamualaikum kawan- kawan..
Macam mane cuti hujung minggu korang 4 hari tu??
Cuti ke tak cuti? hehehehehe
Ada yang cuti dan ada yang kene kerja kan..
Yang kene kerja tak apa jugak..
Dapat gaji double triple..
Yang cuti tapi tak boleh balik kampong, redha jerla kan..

Aku pun asalnya tak tahu nak balik kampong ke idok..
Bab kak KL ni ada jer orang kenduri..
Suami aku tak nak balik..
Mak aku suruh balik sebab da 2 bulan aku tak balik..
Aku pun dalam dilemma..
Last2 aku buat keputusan last minit minggu terakhir tu nak balik kampong jugak..
Sebab aku da janji dulu dengan mak aku nak balik..
Dahla cuti lama..
Tak dapat balik..
Rugila kan..
Kampung aku bukannya dekat dengan KL..
Nak balik satu hari, 2 hari, memang tak puas..

Lagi satu awal bulan april lagi..
Setiap minggu aku kata akan balik kampong..
Tapi last minit tak dapat balik sebab macam-macam hal..
Iyelah setiap minggu plak bertangguh nak balik..
Tak sedap plak hati aku minggu cuti panjang tu tak balik..
Hari jumaat tu memang aku bertekad nak balik kampong jugak..

Alhamdulillah suami aku izinkan walaupun berat hati..
Aku tumpang kawan aku balik jumaat tu..
Sebenarnya last minit aku cari tiket bas memang confirm habis kan..
Pastu aku ada mesej sorg kawan ni kata nak tumpang balik..
Kawan aku tu dia duk Kedah..
Tapi lalu jugak la daerah kampong aku kat highway tu..
Dan dia kata klu benti tepi highway boleh la tumpang..
Aku pun setuju..
Dia balik petang khamis tu lepas balik kerja..
Sebabkan aku tak sempat nak kemas baju untuk balik kampong..
Aku cancel balik dengan dia dan cuba mesej Tanya kawan lain plak..
Alhamdulillah ada rezeki..
Kawan aku kata boleh sesangat..
heheheheh...
Memang hepi gila..

Pagi jumaat 1 Mei 2015 tu, hubby aku hantar aku ke rumah kawan aku di Sungai Buloh..
Ini pun nasib baik suami aku kenal kawan aku tu..
Klu tak memang dia tak bagi rasanya..
Sampai Sungai Buloh jemput kawan aku kat rumah dia di Bandar Coalfields.
Lepas tu hantar kami ke rumah ayah dia di Bukit Beruntung.
Balik kampong dengan ayah dia naik kereta Persona..



 

No comments: