Nuffnang Ads

Tuesday 15 November 2016

Solat Jamak

Solat jamak di lakukan untuk memudahkan urusan  musafir melakukan solat. 
Musafir adalah seseorang yang hendak melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah bersamaan 85KM-90KM.
Macam aku, aku berkerja di kuala Lumpur, tapi kampung aku kat Parit Buntar, Parit Buntar(PB) ke Kuala Lumpur(KL) = 254km  
Jadi aku boleh la melakukan solat Jamak ketika dalam perjalanan nak sampai ke kampung ataupun perjalanan ke KL.
Selalunya tiada masalah kalau dari KL ke PB, sebab aku akan bertolak lepas isyak, selalu balik naik bas Transnational tiket pukul 11.30malam.
Yang menjadi masalah bila nak gerak dari kampung ke KL. Selalu aku amek tiket pukul 3.30 petang.
Pukul 3.30 ptg semestinya da masuk waktu solat zohor. Perjalanan dari PB ke KL selalunya ambil masa 4jam stgh atau lebih, bergantung pada keadaan jalan raya masa itu.Kiranya aku akan sampai KL paling awal adalah dalam pukul 7.30ptg..Dan masa ni da masuk waktu solat Maghrib. Jadi bila masa pulak aku nak kene solat Azar kan.
Dalam keadaan macam ini, diboleh kan untuk melakukan solat Jamak. 

Apa yang dimaksudkan dengan solat Jamak?

Solat Jamak ni bermaksud menghimpun 2 Solat ( Zohor dan Asar @ Maghrib dan Isyak ) dalam 1 waktu. Solat ini hanya untuk orang yang bermusafir sahaja.

Solat Jamak Terbahagi kepada 2 : - 

1. Jamak Takdim (dilakukan pada waktu solat yang pertama)
2. Jamak Takhir (dilakukan pada waktu solat yang kedua)

Bagaimana cara untuk mengerjakan solat jamak ni?

1. Solat Zohor hanya boleh dihimpunkan dengan Solat Asar sahaja (Jamak Takdim), begitu juga Solat Asar hanya boleh dihimpunkan bersama Solat Zohor sahaja(Jamak Takhir).

2. Solat Maghrib hanya boleh dihimpunkan dengan Solat Isyak sahaja(Jamak Takdim), begitu juga Solat Asar hanya boleh dihimpunkan bersama Solat Isyak sahaja(Jamak Takhir).

3. Tidak boleh dijamak kan Solat Zohor bersama Solat Maghrib atau Isyak, begitu juga tidak boleh dijamak kan Solat Asar bersama Solat Maghrib atau Isyak.

4. Tidak boleh dijamak kan Solat Maghrib bersama Solat Zohor atau Asar, begitu juga tidak boleh dijamak kan Solat Asar bersama Solat Zohor atau Asar.

Syarat Jamak Takdim

1. Niat Jamak Takdim hendaklah ketika solat yang pertama.
2. Dikerjakan dengan tertib iaitu didahulukan solat yang pertama daripada solat yang kedua.
Dahulukan solat Zohor (yang dijamakkan dengan Asar) @ Dahulukan solat Maghrib (yang dijamakkan dengan Isyak).
3. Sekiranya solat pertama batal, maka solat yang keduanya juga batal. Hendaklah diulangi semula ke 2- 2 solat tersebut.
4. Ke 2- 2 solat hendakla berturut-turut, tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain.
Ini bermakna selesai sahaja solat Zohor, maka terus dikerjakan solat Asar. Begitu juga pada solat Maghrib dan Isyak.


Syarat Jamak Takhir

1. Niat Jamak Takdim hendaklah ketika solat yang pertama.
2. Hendaklah berkekalan masa musafirnya sehingga solat yang kedua.

Lafaz niat Jamak Takdim

###aku tulis rumi je ye..

Waktu Zohor : Dihimpun dan Diqasar Solat Zohor bersama Asar

Zohor: Ussoili fardhu zuhri rak'ataini qadran majmuan illaihi asri adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, dijamakkan dalam Asar kerana Allah Taala

Asar: Ussoili fardhu asri rak'ataini qadran majmuan illa zuhri adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar, dijamakkan dalam Zohor kerana Allah Taala

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu Maghrib : Dihimpun dan Diqasar Solat Maghrib bersama Isyak

MaghribUssoili fardhu maghribi salasa rakaatin majmuan illaihi isyai adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dijamakkan dalam Isyak kerana Allah Taala

IsyakUssoili fardhu isyai rak'ataini qadran majmuan illa maghribi adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar, dijamakkan dalam Maghrib kerana Allah Taala

*********************************************************************************


Lafaz niat Jamak Takhir

Waktu Asar : Dihimpun dan Diqasar Solat Asar bersama Zohor


Asar: Ussoili fardhu asri rak'ataini qadran majmuan illaihi  zuhri adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar, dijamakkan kepada Zohor kerana Allah Taala


Zohor: Ussoili fardhu zuhri rak'ataini qadran majmuan illa asri adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, dijamakkan dalam Asar kerana Allah Taala

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu Isyak : Dihimpun dan Diqasar Solat Isyak bersama Maghrib

IsyakUssoili fardhu isyai rak'ataini qadran majmuan illaihi maghribi adaan lillahi taala

Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar, dijamakkan kedalam Maghrib kerana Allah Taala


MaghribUssoili fardhu maghribi salasa rakaatin qadran majmuan illa isyai adaan lillahi taala
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dijamakkan kedalam Isyak kerana Allah Taala













Thursday 10 November 2016

POK PEK POK PEK

Apa benda la yang aja merepek ni kan..

Assalamualaikum geng..

Terbaca satu artikel

" Orang perempuan ni mulut jer bising tapi dalam hati tetap sayang. Marah tu sebab nak betulkan keadaan bukan niat nak keruhkan hubungan

Setujulah aja sikit dengan ayat ni..
 
Lelaki ni dorang suka ambil lewa apa yang perempuan cakap..

Bukan semua lelaki yer..T marah pulak awok kat kite..

" Contoh kita dah lipat baju cantik2.. letak dalam lemari elok2 kemas2..lepas tu lelaki itu nak ambil baju dalam lemari..

Situasi :-

1. Ditariknya baju dalam lemari tu sampai susanan baju runtuh @ tak cantik.

2. Dah tarik satu baju, tak berkenan nak pakai, tarik baju lain pulak..sekali lagi makin teruk susunan dalam lemari tu..

3. Oklah baju tak berkenan nak pakai tadi, dibungkusnya campak balik dalam lemari..(baguslah jugak campak balik dalam lemari dari tinggal gitu jer.)

4. Cukuplah 3 tu.."

Ate, situasi di atas, maunya teman tak membebel..pokpekpokpek le teman.. Itu sidia masih buat cool lagi tanpa rasa bersalah.

Untuk menghilangkan rasa geram ..itula saja yang teman mampu buat..

Teman rasa orang laki ni tak ambik kisah pun kan..

Dialah yang suka buat darah i mendidih..tapi makin mendidih darah makan tebal sayang tu..heheheh



Wednesday 24 August 2016

U mobile di Bandar Country Homes, Rawang


Sejak duduk rawang ni specifiknya Country Homes, ada la 3 jenis plan internet yang aku try guna..
Bukan internet broadband tu, simkad telephone..

Maxis – celcom – u mobile

Maxis memang talian tetap hp aku dari dulu, kini dan selamanya..
Tapi maxis ni macam main tipu..
Masa aku beli plan internet, bukan main slow line dia..
Dah nak habis tarikh/ waktu internet tu baru dia nak laju..
Paling best, dahla slow pastu aku just buka fb dan wassap jer, tak ada tengok video, dekat wassap pun aku dah off auto download gambar dan video, then bukan main cepat giler data dia habis..
Tak logic taw!!!

Since aku ada 2 hp, lagi satu hp memang dari azali tak pernah guna simcard sebab hp tu just untuk tangkap gambar jer sebab kamera dia cantik.
Jadi aku berniat untuk guna celcom magic pulak..
Ni sebab aku duk tengok kt fb, masa tu ramai orang komplen pasal internet maxis..
Banyak orang puji celcom magic..
Banyak kelebihan itu ini, ada internet Burung hantu, unlimited data bagai, call free..
Since dah terpengaruh, aku pun kalut la nak beli simpad tu..
Ok dah dapat..
Berbunga hati..

Internet ok best..klu ko nak dapat kol free ko kene ambik plan internet magic sim, tak kisahlah untuk satu hari ke, seminggu atau sebulan..
Yang jadi masalahnya aku ni memang kuat bergayut..
Masa aku guna internet magic sim ni aku dapatla call free kan untuk celcom sahaja..
Aku suka call mak aku..
Mak aku guna maxis (masa ni aku dah xtopup hp maxis sebab macam membazir topup 2 hp)
Mak aiii..punya mahal credit dia makan..
Ada masa aku tak buat package internet..
Aku call dari celcom ke celcom pun memang bapak punya mahal..
Lupa dah aku berapa..
Tapi memang mahalla..
Lagi mahal dari call maxis ke celcom..

Kebetulan time tu, line celcom ni problem sebab ada penyelenggaraan..
Kawan aku plak bercerita..
Dia guna umobile..
Sangat – sangat untung..
Topup RM 10 da dpt free internet 1GB..
Laju internet dia..
Aku pun memasang angan – angan nak guna umobile plak..
Sincerely, umobile kat kawasan ni tak lah laju..
Slow sangat pun ada..
Bukan hanya guna internet free je slow, aku beli internet pun slow jugak..
Ofcoz rasa tertipu..
Kat mana lajunya internet ni..

Kebaikannya aku just topup RM 10, dan gunakan free internet tu, tak dad ah nak beli internet plan bagai..
Call dari umobile ke maxis, atau umobile ke celcom agak berpatutan..
Tidaklah semahal celcom magic , yang dari celcom ke celcom tanpa guna plan internet..
Rabak taw tak..
Kesimpulannya sekarang aku guna umobile dan maxis..
Nak tengok video aku guna internet maxis, selainnya aku guna sebaik mungkin internet umobile free tu..

Bijakkan aku..

K tata , Assalamualaikum

Monday 8 August 2016

Kuala Lumpur ke Rawang


Assalamualaikum
Selamat siang semua..

Sihat ker??
Buat apa tu???

Kuala Lumpur ke Rawang
Rawang ke Kuala Lumpur
Selalunya korang ikut jalan mana yer??

Aja selalu ikut jalan yang melalui templer tu..
Sebab aja rasa dekat..
Cuma jalannya agak gelap (di waktu malam) dan banyak kereta..

Korang ikut jalan mane?
Highway kuar ikut duta ker?

Ok..dari KL, aja keluar ikut Batu Caves - Selayang - melalui templer - Rawang

Dah sampai..

By the way aja duduk kat Bandar Country Homes, berhampiran dengan tol Rawang dalam 10 minit dari rumah aja..

Even da dekat dengan highway aja tetap rasa jauh klu ikut highway..

Apa pendapat korang?? :-) 

Keutamaan Surah Al - Fatihah


Rasulullah saw bersabda, "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin adalah induk kitab, tujuh ayat Al - Matsani ( tujuh ayat yang berulang - ulang dalam solat), dan Al - Quran yang mulia. "

Dari sahabat Jabir r.a. menuturkan, bahawasanya Rasulullah saw bersabda, "Wahai Jabir ibn Abdullah, sudikah engkau untuk memberitahukan surah yang terbaik dalam Al - Quran? " Akupun menjawab, "Baik." Beliau saw bersabda, "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin, hingga ayat akhir." (HR. Ahmad dengan sanad yang hassan, Majma' az-Zawaid, 6/310).

Monday 1 August 2016

Tidur mengeruh (berdengkur)

Assalamualaikum

Sapa sini tido mengeruh kita geng
Sep sikit

Aku ni termasok dalam golongan yang kuat mengeruh
Dalam keadaan sedar ataupun tidak
Dimana mana
Bila bila masa

Kadang klu kat tempat awam aku sedar jer
Memang tak boleh buat apa
Bunyi ni datang sendiri

Tak sapa pulak yang tegur aku masa aku tido mengeruh
Huhu
Aku sedar dan ada jugak tanya kawan2, aku mengeruh ker
And YES ABSOLUTELY
hehe

Aku pernah baca salah satu sebab tido berdengkur ni ada kaitan dengan saluran pernafasan
Saluran pernafasan sempit
Jadi menyebabkan udara bergesel dan menghasilkan bunyi
Gittewla

Ok otak aku jem da
Tak taw nak taip apa

K jumpa lagi

Senangnya dia tido

Assalamualaikum

Selamat pagi uollssss
Sekarang pukul 2.48 pagi hari isnin

Aku macam biasa tak boleh tido lagi
Aku memang susah nak lelap mata
Mengantuk sangat pun memang susah jugak mata nak lelap
Mak aku kata mata merajuk
Hehe
Pernah 2 hari aku tak tido
Walaupun badan letih sangat
Klu tido pun 2 jam macam tu da terjaga
Walaupun siang tu memang aku tak tido langsung
Malam pun tak tido jugak

Husband aku senang sangat tido
Letak kepala atas bantal , lena terus
Jeles taw
Aku, kena golek2 dulu
Cuba pejam mata dan bayangkan langit biru
Ni yang selalu aku buat
Lama2 tu baru tertido
Amik masa gak la 2, 3 jam
Benda ni dari aku sekolah rendah lagi

Kalu aku da tido
Pastu terjaga
Amik masa plak 1, 2 jam untuk tido balik

Tapi aku ada tabiat iaitu suka menguap
Setiap masalah aku menguap
Tapi tak lelap pun
Huhu

Aku pun pantang tengok orang menguap
Mesti nak menguap sama

Oklah mata dah berair
Hope dapatla lelap sekejap sebelum subuh

K good night everyone
Have a nice dream

Saturday 30 July 2016

Mat rempit


Assalamualaikum

Aku masih lagi tak boleh tido
Jom lets bercerita

Hai apa kaitan dengan mat rempit semua ni??

Saja nak bercerita..hehe

Aku tak ada lesen moto dan aku tak pandai langsung naik moto
Pegang moto pun i is takuit

Kereta aku pandai

Bukan tu yang aku nak cerita

Selalunya mat rempit ni dikaitkan dengan orang melayu jekan

Based on pengalaman aku, aku penah jumpa mat rempit cina, melayu dan india..

Ok..biasa bagi orang lain

Ni first time aku jumpa, jadi luar biasa bagi aku

Selalu yang aku jumpa mat rempit cina ni kat putrajaya, seri kembangan gittew

Malam2 la yang aku cerita ni
Bukan siang

Mat rempit india plak, di rawang memang terkenal..
Siang mahupun malam..

Mat rempit melayu di merata tempat..hehe

Selalu lewat malam dorang suka kumpul ramai2 kat tepi jalan

Ada yang start berlumba pun ada..

Aku tengok jer
Tak berani nak tegur
Takuit


Tu jer aku nak cerita

Selamat malam

Dilema pencari kerja

Assalamualaikum
Bersiaran lagi aja

Ada sesiapa tak ada dilema mencari kerja seperti tajuk diatas

Buat masa sekarang aku adalah penganggur dan suri rumah sepenuh masa
Aku sekarang ni tengah dalam dilema, stress, tension dan sewaktu dengannya
Tapi masih lek lek lagi la
Sebab rezeki makan aku masih murah lagi
Alhamdulillah

Aku graduan dari UiTM
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniaagaan kepujian Ekonomi
2nd class jer
Alhamdulillah

Aku dari kecik2 memang da biasa bekerja
Tak pernah lagila jadi penganggur
Masa kecik, dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, aku tolong family aku kat kedai makan
Abah aku buka kedai makan
Aku tolong basuh pinggan ke, amik order ker, buat air ker dapatlah upah sikit2
Kalu kat rumah, aku tolong kemas rumah dalam dan luar, cuci tandas, mak aku bagi upah
Lepas habis spm
Aku keje kilang, operator pengeluaran
Best, dapat gaji lebih
Dapat kawan banyak
Sambung form 6
Aku buat kerja part time kat kedai kasut
Lepas balik sekolah aku keje sampai malam
Disamping tu aku jugak ada berniaga nasi lemak dan muffin disekolah
Masuk universiti
Aku da tak kerja
Balik cuti jer aku tolong abah aku kat kedai
Lepas dah grad
Sambil nak tunggu keje yang sesuai dengan kelayakan
Aku keje kilang, keje kedai

Lepas tu dapatlah kerja customer service tm
Walaupun menggunakan kelayakan spm sahaja
Alhamdulillah gaji dapat jugak rm 2000 lebih total sekali dengan elaun
Lepas tu aku dapat kerja data management
Kelayakan spm jugak
Sebab aku ada degree jadi aku demand gaji 2k lebih 
Alhamdulillah dapat
Tapi aku da resign tahun lepas atas masalah personal yang tak boleh aku cerita

Beberapa bulan lepas resign memang aku tak cari kerja sebab masalah personal jugak
Ni baru nak start cari kerja
Hari tu aku ada kerja kat kedai kain sekejap je sebab dapat keje kilang gaji lagi lebih
Tapi tak lama aku keje kilang tu, environment tak sesuai dengan aku
Da resign
Gaji aku bulan lepas dan ot aku bulan 5 dan bulan 6 pun tak dapat gaji T_T
Aku tunggu sampai hujung bulan tengok macam mana..

Dilema aku sekarang sebab aku tak bekerja
Bosan gila hidup
Tak la bosan 
Sebab aku suri rumah, bolehlah masak2, kemas rumah
Sebab aku dah kawin jadi nak cari kerja jauh2 susah sikit
Aku pun tak suka travel jauh2, penat

Tapi aku mintak jugak, hehe
Asalkan dapat kerja

Susahnya nak dapat kerja zaman sekarang ni
Macam aku ada ijazah
Aku adalah mintak kerja kerani ker, assistant ker
Tak kisah pun gaji tak tinggi
Asalkan ada gaji untuk aku belanja
Tak lepas sebab dorang nak kelayakan spm sahaja
Aku mintak executive plak
Tak dapat jugak sebab tak ada experience
Sedih taw

Serius aku cakap aku tak memilih kerja
Belum rezeki aku lagi
Korang doakan moga aku dapat kerja yer bulan depan
Aminnnn....

Kalau ada jawatan kosong kat company korang rekemen la aku
Area Kl, rawang, sungai buloh
Bolehkan..

Aku sayang uolsss..


Muahhh ciked...





Ada ker pembaca

Assalamualaikum
Selamat malam

Aku rajin berangan
Bercakap cakap sorang
Dan selalu berniat untuk tulis di blog
Sekadar berniat sahaja
Tak buat pun
Kekeke

Salah satu sebab aku masih menulis di blog ni sebab aku suka tengok rating pembaca
Ada ker pembaca??
Melalui yang aku tengok pageview tu adalah pembaca
Tapi aku tak tahu sape
Walaupun sikit dalam 5 orang macam tu
Aku tetap rasa puas hati
Rasa appreciate la

Tq so much yer pada korang yang baca blog aku ni

Ada beberapa orang yang  aku tahu baca blog aku
Ofcoz la member aku

Tq guys

I love u all so much taw

Korang buat hidup aku tak sunyi

Tengah menaip kosong mcm ni pun aku dah rasa happy

Muah muah kat korang

K daaaaaa

Wednesday 29 June 2016

Masak masak

Hmmmm pandai masak ker???

Aku bukanlah kategori pandai masak..
Mungkin kategori boleh masak..hehehe

Belajar masak melalui pemerhatian..
Sebab abah aku kan buka kedai makan..
Jadi aku selalu tengok abah, mak, makngahs aku masak..
Bolehlah sikit sikit aku masak..
Klu ada customer order, masa tu kedai tengah busy bolehlah aku take over masak sikit sikit..
Buat telur dadar ker potong bawang..Gittewww..
Kedai dah lama tutup..
Tinggal kenangan jer.. T_T

Masa study, kerja, duduk rumah sewa pun aku masak sendiri..
Masak simple simple jer..

Dan sekarang da kawin..
Memang totally masak..

Btw, aku memang sangat jarang makan luar..
Beli bungkus pun jarang..
Sebab tu aku masak sendiri..
Bukan sebab suka masak..
Kedekut pun ada jugak kot..
Yerla klu beli luar dapat kuantiti sikit..
Nak banyak tambah duit..
Jadi aku pilih untuk masak..
Aku ni kuat makan..
Bila masak sendiri boleh makan banyak banyak..
Bahagiakan..

Mesti dari mula cerita sampai setakat ni korang bayangkan aku pandai masak..

Tak ok..

Aku bila masak memang sangat sangat simple..

Contoh yer aku bagi..

Resepi masak cabai telur

Telur tu aku goreng dulu..
Lepas tu aku tumis bawang plak..bawang putih dan bawang merah kecik..
Lepas tu aku letak la cabai blend, tambah air sikit, tambah air asam sikit..
Tunggu mendidih, da siap..
Telur yang da goreng tu letak la dalam kuah cabai tadi..
Huh jangan lupa letak garam yer..

Mudahkan..

Nyum nyum nyum makan..boleh tambah beberapa kali..sedapppp

Aku memang sangat simple dan mudah..

Tomyam, kurma, kari, masak lomak, masak patprat, masak kicap, nasi ayam, masak asam, masak cuka, masak xda nama..
Sume cara masak, resepi semua paling senang..
Tapi aku tak sempat nak share kat sini..
Busy..
Klu nak taip resepi kene ada gambo dan memikior lagi..
Jadi kena lapang baru boleh taip..

Ok weh.. Assalamualaikum..

Don't stop when you are tired.
Stop when you are done!





Serba salah

Assalamualaikum w.b.t
     Salam sejahtera
           Selamat pagi
                  Morning
                          Soba ulkhair

Sihat ker rakan rakan..
Minggu depan kita da raya..
Mcm mne persiapan korang???
Aku tak buat apa apa lagi..
Sebab aku hari pertama jer beraya..
Raya kedua da balik kl dari kampung..
Raya ketiga dan keempat kerja..
Hmmmm raya ni aku keseorangan.. T_T

Okkkkkk..dah dah dah jangan sedih..
Hepi kan diri anda..

Eh aku nak cerita lain..
Lain plak taipnya..

Aku nak cerita pasal serba salah..
Aku buat blog untuk meluahkan perasaan..
Walaupun aku tahu tak ada orang nak baca pun tapi bila nak menaip luah perasaan jadi takut..
Takut orang salah paham..
Yerla hati manusia lain2..
Kadang aku taip, tak ada perasaan pun..
Rasa lawak, rasa relax tapi ada orang sentap..
Bahaya taw..
Bila sentap, dia ajak geng geng untuk sentap sekali..
Mak pun sentap nak...

Jadi even aku taip kat blog , masih lagi aku simpan di draf tak publish..

Aku suka bercerita itu ini..
Tapi bila aku cerita orang kata aku merungut..
So aku da malas nak bercerita..
Simpan sorang sorang
Bebel sorang sorang

Hmmm mungkin aku ni terlalu fikir apa orang cakap..
Padahal orang bukan peduli pun kita happy ke sedih ker..ye dak..

Tapi orang akan amik peduli bila kita kaya raya..kan kan kan..

Aku kat ofis sekarang ni..
Sambil taip, sambil buat keje..
Idea datang mencurah curah..
Tapi sekelip mata juga menghilang..
Huhu

Ok daaaaa...



Zikir Hari Rabu

Astarghfirullah hal azim
AKU MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH TUHAN MAHA ESA





Sunday 26 June 2016

Minggu dukacita

Setiap masa timbul idea nak menulis..tapi bila da start menaip ni..semua jadi blur..tak tahu nak taip apa..

Sepanjang minggu ni, adalah seperti hari berdukacita..satu satu kematian prang yang rapat dan dikenali meninggal..start hari sabtu, pakngah kawan aku di kampung meninggal..hari selasa, pakngah aku di kampung felda ijok selama meninggal dan hari kamis pulak ustaz yang mengajar mengaji pulak meninggal..dan seperti satu malaysia tahu, perginya pakar motivasi yang lawak, professor Izzi Hj Ali pada hari jumaat yang barakah..Innalillahhiwainnaillaihirajiun..Al Fatihah kepada mereka..

Sayunya hati..dan sedikit terkilan kepada Allahyarham Ustaz Mohammad, sebab dah lama tak pergi mengaji dengan ustaz..

Bertuahnya mereka yang pergi di bulan Ramadhan ni kan..terlepas seksaan kubur..terlintas di fikiran bagaimana pengakhiran hidup aku pulak..

Sedih, sunyi, takut semua bermain difikiran..aku dah rasa kehilangan satu satu orang yang aku sayang..keluarga pun makin kecik dan makin sunyi..takut sangat hidup keseorangan..

Hmmm da melalut da aku..tadi nak cerita lain..oklah..nak cari mood balik..

"Renung renungkan" dan "selamat beramal"

Assalamualaikum....

Thursday 23 June 2016

Hari Hari

Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtuuuuuu

Isnin, selasa, rabu, khamis......uwaaaaa lagi  2 hari kerja baru cuti..lambatnya masa berlalu..

Eh hari ni kamis kan..aku taip kamis tapi aku terbayang rabu..

Hmmm banyak nak tulis..tapi kelu nak taip..

Dalam masa bulan 4 -6 ni aku dah ada 3 saman..1 saman speedtrap, 2 saman parking..di 3 tempat berbeza..

Uwaaaa dapat gaji bayar saman..T_T

Tahniah aja!!! Syabas!!!

Mengantuknyaaaaa...

Subuh tadi tak sahur..terjaga pukul 6 pagi..

Sekarang pukul 1.29 tengah hari..ngantukkkkk dan dahaga..saboooo jela..

Ingat bulan puasa ni kurus sikit, tapi badan makin naik debab..huhu..

Hati girang..sebab dapur ana yang punya..

Yerla, lapar boleh masak makan bila2 masa..

Opppsss..lupa nak bagi salam..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selamat datang ke blog aja syok sendiri..

Nak sambung taip tapi mata lolap..
Nak tido japla..lunch time dah habis dah..

Lauk berbuka semalam..






Wednesday 22 June 2016

Puasa Aja 2016

22 June 2016, Rabu, Ramadhan 17, Hari Nuzul Al - Quran, kebanyakan ofis cuti, tapi ofis aku kerja..

Salam Nuzul Al - Quran semua..

Lagi 12 hari lagi kita perlu berpuasa sebelum datangnya hari raya...yeahhh..

Alhamdulillah setakat ni masih puasa penuh..

Pernah sekali jer pergi bazar ramadhan..itu pun beli air..

Ada dalam 5kali beli kuih tepi jalan..

Dan selainnya, masak sendiri..lauk sahur dan berbuka..

Setakat ni baru sekali skip masak sahur..sebab memang letih tak larat bangun..tapi bangun jer..gerak husband, minum air dan makan kurma..Alhamdulillah bertahan 1 hari..

Solat terawih hampir setiap hari pergi masjid..adakala tewas jugak..lepas solat maghrib terus tido..

Buka puasa rumah mertua sudah..
Buka puasa kampung suami (rumah nenek) sudah..
Balik kampung sendiri belum..T_T

Baju raya aja da siap beli sebelum raya..
Baju raya suami belum..
Baru sehelai baju..
Ada rezeki tambah lagi..

Hmmm apa lagi.......

Balik kampung kite minggu depan, 2hb Julai..
Husband ajak buat kuih raya masa kat kampung nanti..
I is ok jer..
Best...

Sehari setengah jer beraya di kampung sendiri..
Selebihnya T_T...

Apa lagi.....

Itu sahaja la dulu..

Salam perantauan dari Aja di Bandar Country Homes Rawang

Love u all..

Robbanaa atinaa fid dunyaa hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa azabannar..

Ya Allah, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat, serta selamatkan lah kami dari siksa neraka. Al Baqarah : 201.



Tuesday 23 February 2016

Lapar lewat malam

Lapaq..
Sejak akhir2 ni asyik lapaq ja bila da nak tengah malam..

Makan lewat malam ni bukan habit aku dan dah lama aku tinggalkan..
Tapi sejak akhir2 ni lapaq la sesangat..
Minum air pun tak dapat nak hilangkan perasaan lapaq ni..
Setiap petang sebelum pukul 7, ataupun selepas maghrib memang aku da siap2 makan malam da..
Makan pun bukan sikit..
Dah nama pelahap..
Selagi nasi dalam periuk nasi tak habis, selagi tu aku sanggup nyap nyap telan makan..
Kenyanglah masa tu..
Dan sesungguhnya akan kenyang lah sepanjang malam sehingga pagi..
Tapi sejak seminggu ni tidak..
Lapaq sangat2..
Kepala boleh pusing..
By the way, hampa paham ka apa yang aku bebel atas tadi?
Utara speaking mari..
Tengah lapaq ni apa pun tak boleh..

 

Wednesday 27 January 2016

Zikir untuk memperoleh cahaya mata

Ya Khaliq (Baca 100x sehari)

Ya Khaliq
Maha Pencipta

2. Ya Bari’ (Baca 100x sehari)

Ya Bari'
Maha Perancang

3. Ya Musau-wir  (Baca 100x sehari)

Ya Musawwir
Maha Pembentuk

 4. Ya Razzaq (Baca 100x sehari)

Ya Razzaq
Maha Pemberi Rezeki

5. Ya Fatah (Baca 100x sehari)

Ya fatah
Maha Pembuka

6. Ya Karim (Baca 100x sehari)

Ya karim
Maha Pemurah

7. Ya Allah (Baca 100x sehari)
Boleh save image ni , buat wallpaper laptop or handphone. Bila pandang wallpaper boleh terus zikir.

Sunday 17 January 2016

Lirik Lagu Janam Janam Dilwale



Janam janam janam saath chalna yunhi
Kasam tumhe kasam aake milna yahin
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho tum hi aaraam ho
Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Aha ha ha...

Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida..

Teri baahon mein hai mere dono jahaan
Tu rahe jidhar meri jannat wahin
Jal rahi agan hai jo ye do tarfa
Na bujhe kabhi meri mannat yahi
Tu meri aarzu, main teri aashiqui
Tu meri shayari, main teri mausiqi

Talab talab talab bas teri hai mujhe
Nashon mein tu nasha banke ghulna yunhi
Meri mohabbat ka karna tu haq ye adaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho, tum hi aaraam ho
Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Aa... alvida..
O... na na..