Ahad , 20.7.2014, 12.12am, 22 Ramadhan 1435 Hijrah
|
Abah yang serba boleh |
Lepas arwah Angah Pah meninggal
Selasa 26.10.2010 di sini
Aku tak balik universiti lagi..
Abah aku kan berniaga kedai makan..
Abah aku pun tak sihat sama..
Kaki dia sakit..susah nak jalan..
Mak aku pun sama..sakit orang-orang tua..
Aku bantula sikit-sikit..
Kemas rumah kampung..
Kemas kedai..
Rabu kedai tutup lagi..
Tapi khamis da buka kedai..
Jumaat aku kene balik da universiti..
Sebab sabtu pagi aku ada ujian lagi..
Abah aku hantar aku kat stesyen bas parit buntar..
Aku sempat berpesan kat abah aku..
Sebab abah aku da tak larat bawak keta..
Badan lemah kaki sakit..
Aku pesan, ni ayat terakhir aku cakap dengan abah aku sebelum abah pergi tinggal kan kami
Abah, bawak kete elok-elok taw..Kalu tak larat berenti rehat..Jangan paksa diri..
Sayu je aku tengok masa abah hantar aku..
Tapi aku penat nak berfikir, menangis bagai..
Banyak benda aku fikir..
Exam last semester, masalah keluarga, duit, kawan, kecewa dalam cinta..
Sume jadi dalam satu masa..
Aku kuatkan semangat..
Hanya fikir exam ja..
Sabtu, 30 0ktober 2010..
Pagi dan petang hari tu aku ada ujian..
Lepas habis ujian keluar dewan..
Aku check banyak misscall ( panggilan tak dijawab) dari adik aku..
Aku pelik.. Tapi badan aku letih..
Aku call balik adik aku..
Adik aku cakap abah kemalangan..
Tapi tak teruk..Hang jangan risau..Hang nak balik tak????
Sebab selasa dengan rabu aku ada exam lagi..
Aku berfikir-fikir nak balik ke tidak..
Aku nak study lagi..
Tapi setiap masa aku tanya la perkembangan abah aku..
Malam tu memang aku tak lena tidur..
Kawan aku sume suruh aku balik..
Ahad, 31 Oktober 2010
Pagi tu lepas solat subuh aku ambik keputusan balik kampung..
Kawan aku hantar kat bus stop depan..
Aku naik bus dari Medan Kid, Ipoh, turun Kamunting, Taiping..
Dorang hantar abah aku kat Hospital Taiping..
Kat Kemunting aku tunggu bas merah nak ke Pusat Bandar Taiping..
Tapi lama sangat aku tunggu..Aku amik keputusan naik teksi..
Alhamdulillah, aku jumpa pakcik teksi yang baik hati..
Dia hantar aku kedalam..betul-betul depan Wad ICU..
Keadaan abah aku makin teruk..
Luar badan elok jer..cuma luka sikit..
Dalam badan, hati, limpa pecah dan tulang rusuk yang lindung jantung tu retak..
Tapi abah aku masih lagi bernafas..
Aku sempat jumpa abah aku..
Aku sempat cium dahi abah aku..
Aku sempat bagi kata-kata semangat kat abah aku..
Malam tu kami ingat nak tido kat hospital..
Tapi sebab kami ramai..Kami amek keputusan tido rumah sepupu kat Taiping jugak..
Isnin, 1 November 2010
Pagi-pagi lagi nurse da call kami..Cakap abah kritikal..
Mintak datang hospital segera..
Kami datang hospital..
Doktor explain abah kritikal..
Da tak boleh mampu bertahan..
Doktor cakap dorang tak boleh nak tekan dada abah..
Sebab tulung rusuk tu da patah..Tajam..Takut tusuk jantung..Nanti abah lagi sakit..
Sekarang ni guna bantuan mesin hayat jer..
Doktor mintak kami masuk tengok abah buat kali terakhir..
Mak, kakak aku, adik aku da tak mampu bergerak..
Dorang menangis sedih..
Aku beranikan diri masuk sorang jumpa abah aku buat kali terakhir..
Aku anak yang paling rapat dengan abah..
Sume orang panggil aku anak abah..
Tapi masa aku masuk bilik tu aku tengok mesin tu da garis lurus..
Tak ada naik turun..
Aku bagi tahu doktor..
Doktor mintak aku keluar nak buat pemeriksaan..
Isnin, 1 November 2010, 9 pagi
Lepas tu doktor keluar cakap abah aku dah tak ada..
Aku da tak mampu menangis..
Aku jadi blur..
Masa dorang nak hantar abah aku kebilik mayat..
Dorang nak sorang ahli keluarga ikut..
Sebab mak, kak aku sume da tak mampu bergerak..
Aku cakap biar aku je yang pergi..
Hp abah aku aku pegang..
Aku tunggu abah aku sorang-sorang kat bilik mayat..
Tak lama lepas tu abang sepupu aku datang..
Kawan baik abah aku pun datang..
Dorang ambik alih uruskan jenazah..
Aku dan kakak aku kene balik rumah dulu..
Nak buat persediaan untuk jenazah kat rumah..
Alhamdulillah makcik aku da ada kat rumah..
Dorang yang buat semua..
Alhamdullillah jenazah abah selamat dikebumikan lepas Asar..
Semua urusan dipermudahkan..
Banyak orang datang tolong..
Terima kasih pada semua yang banyak membantu..
Cukup seminggu lepas arwah Angah Pah pergi menghadap Illahi..
Abah pulak yang menyusul..
Rasa sangat - sangat kehilangan..
Aku rapat dengan kedua- dua nya..
Aku tak banyak kawan..
Abah dengan angah jer kawan aku yang terbaik..
Tempat aku meluahkan perasaan, tempat aku menangis..
Malam tu lepas Majlis Tahlil aku kene balik universiti balik..
Sebab esoknya aku ada exam lagi..
Walaupun letih aku kuatkan semangat..
Semoga Roh Arwah Abah, Arwah Angah Pah dan Arwah Angah Tan tenang di taman syurga..
Aja akan selalu doakan dan lakukan yang terbaik untuk kalian, dan berharap kita akan berjumpa di taman syurga nanti.. InsyaAllah..
Love u very much,
Aja