Adam a.s merupakan manusia pertama yang dicipta di dunia. Allah SWT menciptakan Nabi Adam a.s daripada pelbagai jenis tanah yang terdapat dimuka bumi.
Sewaktu mencipta Nabi Adam a.s Allah SWT memerintahkan para malaikat mengumpulkan pelbagai jenis tanah. Tanah- tanah ini diambil dari tempat yang berlainan. Tanah ini berwarna coklat, merah, putih dan hitam. Ada yang lembut dan mudah dibentuk, keras dan berkerikil.
Hal ini berlaku kerana Allah SWT telah merancang untuk keturunan Nabi Adam a.s. Sebab itulah kita semua berlainan sifat seperti tanah yang diambil itu juga. Setiap manusia mempunyai sifat serta penampilan yang berbeza, asal - usul yang berlainan serta kualiti yang tidak sama.
Surah Al- Baqarah (2:30), Surah Al - Hijr (15:26), Tafsir Ar- Razi, bahagian 9, halaman 131.
No comments:
Post a Comment