Nuffnang Ads

Tuesday 29 July 2014

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Selasa, 29.7.2014, 9.19pm, 2 Syawal 1435 Hijrah


Sebaik sahaja menyempurnakan ibadat haji, Nabi Muhammad SAW dapat merasakan bahawa hayatnya sudah dipenghujung. Baginda ingin melakukan tawaf widak( selamat tinggal) di Makkah.


Baginda menghimpunkan kesemua umat Islam di Gunung Arafah lalu berkata, 
" Wahai kaumku! Aku mengetahui bahawa tidak akan ada tahun selepas ini buat diriku untuk kamu semua."

"Ingatlah, kamu perlu muncul sebelum Tuhan kamu meminta segala perbuatan kamu. Wahai kaumku, kamu mempunyai hak terhadap isterimu dan isteri mu mempunyai hak atas kamu. Sesungguhnya, kamu telah membawa mereka di bawah perlindungan Allah dan menjadikan mereka patuh kepada Allah."


"Hambamu pula yang kamu beri makan apa yang kamu makan dan memakai pakaian apa yang kamu pakai dan jika mereka melakukan kesalahan dan tidak mendapat kemaafan daripada kamu, ingatlah bahawa mereka merupakan hamba Allah dan janganlah kamu berkasar dengan mereka."


"Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah bersaudara. Wahai kaumku, dengarlah kataku ini, dan fahamilah ucapanku. Kamu semua bersaudara, janganlah kamu berbalah kecuali atas keizinan. Jauhilah dirimu daripada bersikap tidak adil. Sampaikanlah kepada saudaramu yang tidak hadir."


"Kemungkinan sesiapa yang mendengarnya daripada kamu akan mengingati pesanan ku ini lebih daripada orang yang mendengarnya."


Sahih Al Bukhari : (6:2593 Hadis no:6667)

No comments: