31 Julai 2014, Khamis, 4 Syawal1435 Hijrah, 4.58pm
Update..
Assalamualaikum semua..
Rini aku nak kongsi sikit berkenaan dengan buat HIV Test..
Baru kejap tadi aku kuar pergi klinik kerajaan Tanjung Piandang..
Klinik ni sebelah dengan Dewan Tanjung Piandang..
Sebenarnya aku tak buat pun lagi..
Baru nak bertanya..
Lagipun pergi tadi pun da pukul 4 petang lebih da..
Buka je lagi klinik tu..
Tapi dorang kata da lewat da...
Esok pagi-pagi aku pergila..
Buat pengetahuan korang Klinik Kerajaan Tanjung Piandang ni masa operasi seperti kat bawah ni :-
Isnin - Khamis : 8 Pagi - 5 Petang
Jumaat : ??? (Sok aku update- Tengok je tadi tapi da lupa)
Kalu buat HIV Test :-
1. Bagi yang nak berkahwin tu jangan la lupa untuk membawa borang kalian yer..(copy 2 borang ye, pastikan borang korang da lengkap..sebab nanti doktor nak check jugak..)
2. Bayar RM 1.00 sahaja.
3. Result korang akan dapat hari yang sama dengan hari yang korang buat ujian ni..(Mungkin tunggu sejam untuk result).
4. Bersedialah fizikal dan mental, mudah- mudahan semuanya selamat..
Prosedur:
1. Datang klinik cakap nak buat HIV Test.
2. Dia akan cakapla da ada borang ke belum. Kene isi borang lengkap dulu. Dan klinik pun ada sediakan borang rujukan untuk dorang gak.
3. Da isi borang baru boleh amik no.
4. Lepas tu korang kene tunggu giliran untuk check tekanan darah, berat dan tinggi.
5. Lepas tu pergi bilik untuk suntikan amek darah. Kene tunggu giliran jugak. Sikit je dorang amik darah. Dorang cucuk macam derma darah tu..
6. Lepas tu korang yang kene bawa sendiri tabung uji darah korang tu ke makmal untuk check. Serius tak lama pun, dalam 15 minit da boleh dapat result.
7. Da dapat result doktor cakap sikit da boleh balik.
TQ kepada nurse2, medical assistant dan doktor kat Klinik Kesihatan Jalan Pantai, Tanjung Piandang, Perak kerana perkhidmatan yang cekap dan lancar.
Untuk peta jalan..boleh rujuk sini..Pelan lokasi klinik sebelah dewan
Esok aku update cerita lagi details yer..
Good Luck!!!!
No comments:
Post a Comment