Nuffnang Ads

Thursday 17 July 2014

Nasi Goreng Sambal Belacan

Khamis, 17.07.2014, 19 Ramadhan 1435 Hijrah, 11.24am

Hai ollss..
Alhamdulillah kita selamat menjalani bulan Ramadhan yang penuh barakah ni hampir 3 minggu..
Kira lagi seminggu je lagi kita nak raya..
Macammana persiapan raya korang???
Aku ni baju raya pun tak ada lagi..
Tengok la sabtu ni try p cari baju yang da siap kat jalan TAR..
Tu pun kalu rajin..hehe..
Kalu tak pakai jer baju apa yang ada..
Kuih muih suma aku tak beli lagi..
Borong hari akhir puasa gamaknya..
Begitula hidup bujang..
Semuanya last minit..
Semalam aku buka puasa aku buat nasi goreng sambal belacan..
Al kebetulan sambal belacan yang mak aku bagi masih ada lagi..
Nasi guna nasi semalam masa buka puasa..
Aku simpan dalam peti sejuk..
Alhamdulillah tak basi lagi..
Almaklumla sekarang kan musim panas..
Aku memang cukup-cukup pelik..
Aku masak nasi subuh tadi, tapi bila petang da basi..
Kemungkinan sebab nasi aku lembik..
Orang cakap kalu nasi lembik ni mudah basi..
Nak buat macam mane, aku memang suka makan nasi lembik ni..
Bukan lembik macam bubur..
Tapi lembik yang bukan rasa beras keras tu..
Korang paham tak???hehe..

Jom kongsi pic nasi semalam..


Nasi goreng simple yang sedap..


Bahan-bahan :
Bawang merah
Nasi putih
Sambal Belacan
Hotdog
Carrot
Garam
Timun

Cara masak:
1. Panaskan minyak, lepas tu tumis bawang dan campurkan hotdog sampai masak dan keluar bau.
2. Selepas itu masukkan sambal belacan, kacau bagi sebati dengan bawang dan hotdog.
3. Masukkan nasi kacau bagi sebati, campurkan carrot dan garam. Kacau sebati, siap..
4. Hiasla dengan timun..

Untuk pengetahuan korang, ni nasi goreng simple aku yang malas..hehe..Sebab tu cara masak macam caca merba..Tapi serius sedap..

Bahan-bahan korang boleh tukar mengikut citarasa, tapi bahan utama iaitu sambal belacan memang wajib ada k..Maafla jika banyak kekurangan..Selamat mencuba..


No comments: