Aku ni jenis langsung tak berseni..
Masa sekolah pun seni dapat D..
Memang bagus..
Klu tak cantik dan tak puas hati aku koyak kertas aku buang..tak hantarla kiranya..
Pastu result, "tidak hadir"..kekeke..
Seni ni banyak jenis..
Seni lukisan, pertukangan, tangkap gambar dan macam-macam..
Banyak jenis la bak hang..
Yang aku nak belajar ni seni tangkap gambar..
Aku tak taw la kenapa setiap kali aku tangkap gambar mesti mengecewakan..
Bukan aku kata na..tapi kebanyakan orang kata..
Pertama: Gambar jenis yang tak bersedia..tak foto genik(buat orang marah..aku suka ja tangkap gambar candid..tak paham kenapa orang lain tak suka)
Kedua: Gambar gegar..(walaupun aku da cuba tak bagi gegar tetapla gambar tu bergegar, maksudnya tak dapat shape yang cantik..)
Ketiga: Latar gambar(aku tak pandai cari "pose" yang cantik).
Ok..cukup tiga dahulu..
Jap nak check tenet pasal tangkap gambar ni..
Untuk minggu ni belajar berkenaan komposisi..
Komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Elemen seni ni seperti garisan, warna, tekstur, bentuk, ruang dan banyak lagilah.
Cara terbaik untuk belajar kompsisi ialah dengan melihat contoh gambar di internet, google dan tiru gambar tersebut.
Asas komposisi:
1. Garisan : Caranya dengan meletakkan subjek pada kawasan garis harus la selari dan seimbang.(tidak senget).
2. Simetri : Subjek diletakkan di tengah-tengah untuk menampakkan persamaan kiri dan kanan. Tapi subjek kena kuat, kalau tak subjek akan kelihatan tenggelam.
Sumber : Google
Setakat ini dahulu untuk minggu ini..
Salam..
No comments:
Post a Comment