Nuffnang Ads

Sunday 20 July 2014

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Ramadhan 2014 Setiap Negeri

 Ahad, 20.7.2014, 2.23pm, 22 Ramadhan 2014

Asslamualaikum..
Ramadhan sudah  sampai ke minggu penghujung..Syawal sudah hampir tiba..Aku baru teringat nak bayar zakat..Bukan tak ingat, hari-hari lalu nampak kaunter dibuka untuk bayar zakat..Aku tak berkesempatan lagi..Sebab tak balik kampung lagi..Setiap tahun aku bayar zakat dikampung, tempat bermastautin..Zakat ni termaktub dalam rukun Islam ke 3..Sebagai umat Islam kita wajib menunaikan zakai bagi yang berkemampuan..Tujuan berzakat ini adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan atau miskin yang layak sahaja..Bayaran zakat boleh dibuat bermula pada awal bulan Ramadhan dan selewatnya sebelum bulan Syawal. Tadi aku saja cari kadar bayaran zakat..korang boleh rujuk bawah..













Kelantan = RM 7.00
Terengganu = RM 4.50 / RM 7.00 / RM 7.60
Pahang = RM 7.00
Perlis = RM 6.50
Kedah = RM 7.00
Pulau Pinang = RM 7.00
Perak = RM 7.00
Selangor = RM 7.00
Negeri Sembilan = RM 6.50
Melaka = RM 6.70
Johor = Rm 5.00 / RM 8.00
Sarawak = RM 7.00
Sabah = RM 7.00
(WP) Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan = RM 7.00

* Untuk Johor dan Terengganu, kadar bayaran berbeza mengikut harga gred dan beras yang dimakan.

Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah
  • Orang Islam- Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.
  • Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta tersebut telah cukup Nisab- Maksud Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)
  • Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi
Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah
  1. Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  2. Bayaran zakat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.
Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah
  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Sumber : http://www.melvister.com/2014/06/kadar-rasmi-bayaran-zakat-fitrah-2014-setiap-negeri.html


No comments: